Saturday, March 19, 2011

SYARAT-SYARAT BARU MEMILIKI KAD KREDIT

*Syarat2 baru Bank Negara mewajibkan pemohon kad kredit mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun. (Sebelum ini hanya berpendapatan RM18,000 setahun).

*Bagi pemegang kad berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad saja.

*Had maksimum kredit dengan setiap pengeluar yg diberikan kpd pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan.

*Dan ada beberapa syarta lagi yg berkemungkinan akan menyusahkan pemilik kad kredit yg sedia ada.


Yg sepatutnya, syarat2 baru itu dikuatkuasakan kepada pemohon2 baru.

Yg sepatutnya juga, biarlah pihak pengeluar kad yg menilaikan sesiapa yg layak diberikan kad yg sesuai dgn pendapatannya.

Tapi Bank Negara boleh membuat syarat, antaranya sesiapa yg di hukum muflis kerana kegagalan membayar hutang kad kredit, akan dikenakan hukuman2 tertentu seperti digantung atau dibuang kerja bagi mereka yg bekerja kerajaan atau swasta.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula , akan dikenakan hukuman penjara dalam tempoh2 tertentu. Dan pihak pengeluar kad juga harus dipersalahkan dan dikenakan hukuman kerana mengeluarkan kad kpd pemilik yg dihukum muflis itu.

Dengan adanya syarat2 sevegitu, bukan saja individu, malah pihak pengeluar kad juga akan berhati2 untuk mengeluarkan kad kpd individu.


4 comments:

azza_irah said...

Assalam Abg Naz..

..teringat pesan abah dulu sewaktu mula2 Azza memohon kad kredit bila saja tamat belajar.

..sekali dah guna..bermakna menambah hutang/sesak/pening dalam hidup..

ada pro n kont nya ayat Abah di atas...

pro - benar..sb kita sntiasa fikir BOLEH nk bayar hujung bulan wl tiada cash nak didahulukan..akhirnya..terdesak.. tak bayar2...

kontra - kadangkala kita tidak bawa cash..kad kredit perlu dlm situasi yg terdesak..dan utk menyenangkan spt isi minyak kereta..

..apapun..semuanya terpulang pada diri..

AL-BIMA SAKTI said...

Wlkmslm Azza,

semuanya terletak pd kebijaksanaan diri sendiri. yg lebih penting biarlah segalanya bersederhana...

kita perlu tau apa yg perlu kita buat...

Afida Anuar said...

Hmmm...alhamdulillah sepanjang 4 tahun kerja ni, tak pernah sekali pakai kad kredit. eh kad kredit pun takde:D

AL-BIMA SAKTI said...

Afida,
lebih baik tak ada, drp ada yg akhirnya menyesakkan dada... hehehe..