Sunday, March 27, 2011

SELAGI TAK DITEGUR SELAGI ITU RASA TAK BERSALAH

Ada orang, walaupun berterusan membuat kesalahan, tapi selagi tidak ditegur, selagi itu dia merasakan dirinya betul.

Ada orang yang berterusan membuat kesalahan, walaupun dia tahu perbuatannya itu salah, tapi selagi tidak diambil tindakan, selagi itu dia merasakan dia tak pernah buat kesalahan.

Ada orang yang berterusan melakukan kesalahan, selagi tidak ditegur atau diambil tindakan, selagi itu dia merasakan orang lain tidak tahu dia telah melakukan kesalahan.

Agaknya (makhluk jenis itu) dalam setiap kesalahan yang dilakukankannya, apakah yang kerap terfikir di benak kepalanyanya..?

Saturday, March 26, 2011

MACAM-MACAM BOLEH JADI...

Dalam hidup ini, semua benda perlu dicari. Tak ada yang datang sendiri. Kalau tak dicari, tak akan ditemui.

Apatah lagi sesuap rezeki, ada yang kasi pagi makan pagi, kais petang makan malam nanti, kalau tak dikais perut tak akan berisi.

Dalam mencari sesuap rezeki, ada yang cuba meraih simpati, sama ada benar2 ikhlas di hati, atau sekadar ambil kesempatan kepentingan diri, atas dasar ada yang murah hati?

Entahlah... manusia hari ni macam2 boleh jadi... macam2 boleh menjadi... macam2 boleh terjadi.
Huh..., apalah nak jadi...

Friday, March 25, 2011

YANG BENAR DAN YANG SALAH

Yang benar dan yang salah
seharusnya tak boleh diambil mudah.

Yang benar jangan mudah mengalah
yang salah seharusnya disanggah.

Yang benar dipertahankan sampai sudah
yang salah jangan dibiar bermegah-megah.

Yang benar itu maruah
yang salah itu masalah.

Thursday, March 24, 2011

SEKADAR MEMANDAI-MANDAI TAPI NAMPAK MACAM PANDAI

Bijaknya jauh sekali. Tak ada apa yang nak dibanggai. Ibarat jauh panggang dari api.

Pandai pun taklah seberapa. Cuma sekadar tahu tunjuk pandai dan yang selebihnya hanya tau memandai-mandai.

Tapi kerana hebat dalam soal tunjuk pandai dan terlebih memanda-mandai, maka nampaklah macam orang bijak pandai.

Namun yang peliknya, orang yang diberikan kepercayaan untuk menilai pun, tak tahu nak menilai mana yang pandai dan mana pula yang sekadar tunjuk pandai atau memandai-mandai.

Maka terpilihlah yang terlebih tunjuk pandai dan sekadar memandai-mandai... dan hasilnya pun boleh dilihat sekadar memanda-mandai...

Wednesday, March 23, 2011

ASAM GARAM HIDUP

BUAT SALAH YANG TAK RASA BERSALAH

Kekadang sebilangan kita ni, kalau cerita pasal keburukan orang lain, kitalah ke depan. Tak takut dosa langsung. Macamlah kita ni baik sesangat.

Kekadang ada juga antara kita, sebanyak mana pun kita asyik buat perkara yang tak baik, selagi kita rasa orang tak tahu apa yang kita buat tu, selagi itulah kita tak pernah rasa bersalah.

Eh, saya bukan mengata. tapi berkata-kata...

Hai... entahlah...



SEKEHAN KAKI

Isteri Presiden Guatemala, Sandra Tores terpaksa minta cerai dari suaminya, kerana dia berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden.

Tores tak layak bertanding jawatan itu selagi dia ada hubungan rapat dengan Presiden, menerusi pertalian darah atau ikatan perkahwinan.

Agaknya suatu ketika nanti di Malaysia pun, jika si isteri atau suami nak bertanding menjadi YB, kena bercerai dulu dengan suami atau isterinya. Tak mustahil kan..?


Tuesday, March 22, 2011

BERTEMU DAN BERPISAH

Jangan disalahkan pertemuan seandainya berlaku perpisahan. Kerana tiada pertemuan, tiada juga perpisahan.

Sebuah pertemuan mungkin tidak terduga atau di luar perancangan. Namun berlakunya perpisahan pastinya bermula dari perancangan. Jika tiada perancangan atau niat, tidak mungkin berlakunya perpisahan.

Monday, March 21, 2011

CINTA

Kalau cinta itu berubah menjadi benci, maka benci itu seribu kali lebih kuat berbanding cinta yang mula.

Sunday, March 20, 2011

BUNUH... DIBUNUH... TERBUNUH... MEMBUNUH...

Bunuh, dibunuh, terbunuh dan membunuh. Dengar pun amat mengerikan.

Baca surat khabar, ada kes bunuh. Tengok kat TV, ada kes bunuh.

Ada yang dibunuh kerana dendam. Ada yang dibunuh kerana serakah nafsu.

Ada yang terbunuh disebabkan kemalangan jalan raya. Orang lain punya angkara, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Pun ada juga yang nekad membunuh diri. Mungkin kerana masalah peribadi.

Pendek kata perkara yang berkaitan dengan 'bunuh' dah jadi macam perkara biasa pulak di negaraku Malaysia ini.

Apa sebenarnya yang tak kena ya..?

Lebih sedih lagi, ada bayi atau kanak-kanak yang terbunuh disebabkan sikap lalai manusia yang dipertanggungjawabkan.

Kenapa dengan semua ini..? Masya-Allah..!!

Saturday, March 19, 2011

SYARAT-SYARAT BARU MEMILIKI KAD KREDIT

*Syarat2 baru Bank Negara mewajibkan pemohon kad kredit mempunyai pendapatan minimum RM24,000 setahun. (Sebelum ini hanya berpendapatan RM18,000 setahun).

*Bagi pemegang kad berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad saja.

*Had maksimum kredit dengan setiap pengeluar yg diberikan kpd pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan.

*Dan ada beberapa syarta lagi yg berkemungkinan akan menyusahkan pemilik kad kredit yg sedia ada.


Yg sepatutnya, syarat2 baru itu dikuatkuasakan kepada pemohon2 baru.

Yg sepatutnya juga, biarlah pihak pengeluar kad yg menilaikan sesiapa yg layak diberikan kad yg sesuai dgn pendapatannya.

Tapi Bank Negara boleh membuat syarat, antaranya sesiapa yg di hukum muflis kerana kegagalan membayar hutang kad kredit, akan dikenakan hukuman2 tertentu seperti digantung atau dibuang kerja bagi mereka yg bekerja kerajaan atau swasta.

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula , akan dikenakan hukuman penjara dalam tempoh2 tertentu. Dan pihak pengeluar kad juga harus dipersalahkan dan dikenakan hukuman kerana mengeluarkan kad kpd pemilik yg dihukum muflis itu.

Dengan adanya syarat2 sevegitu, bukan saja individu, malah pihak pengeluar kad juga akan berhati2 untuk mengeluarkan kad kpd individu.


Friday, March 18, 2011

KISAH SEORANG SAHABAT

Tika dia susah, kita yang dia terjah. Mengadu susah itu dan ini. Tak larat nak dengar, ita pun bersimpati. Bantu sedikit sebanyak yang termampu diberi. Bukan sekali atau dua tiga kali, tapi... malaslah nak diungkitkan lagi. Yang terlintas di hati kita ni, biarlah dia sedikit sebanyak tersenang hati.

Setahun lebih masa berlalu dan pergi, nasibnya berubah dari hari ke hari, dengar khabar dia tak susah lagi, malah makin melimpah-limpah rezeki. Alhamdulillah..! Tumpang gembira di hati, sahabatku tak menderita lagi, Allah masih menyanyangi dia dan keluarganya yang dicintai...

Tapi tergamaknya dia punya hati, sahabatnya ini bagaikan tidak dikenali lagi, tapi aku tak pernah berkecil hati, jauh sekali untuk mengambil hati, malah aku terus berdoa dia makin dilimpahkan rezeki.

Walaupun dia tak ingatiku lagi, aku tak mungkin kesedihan sendiri, atau kelaparan perut tak terisi, malah aku terus bersyukur dengan rezeki yang aku miliki, dengan segala kemudahan yang aku miliki...! Terima kasih Allah Ya Rabbi...

Terima kasih juga buatmu sahabat yang tak pernah aku benci..!