Wednesday, March 23, 2011

ASAM GARAM HIDUP

BUAT SALAH YANG TAK RASA BERSALAH

Kekadang sebilangan kita ni, kalau cerita pasal keburukan orang lain, kitalah ke depan. Tak takut dosa langsung. Macamlah kita ni baik sesangat.

Kekadang ada juga antara kita, sebanyak mana pun kita asyik buat perkara yang tak baik, selagi kita rasa orang tak tahu apa yang kita buat tu, selagi itulah kita tak pernah rasa bersalah.

Eh, saya bukan mengata. tapi berkata-kata...

Hai... entahlah...



SEKEHAN KAKI

Isteri Presiden Guatemala, Sandra Tores terpaksa minta cerai dari suaminya, kerana dia berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden.

Tores tak layak bertanding jawatan itu selagi dia ada hubungan rapat dengan Presiden, menerusi pertalian darah atau ikatan perkahwinan.

Agaknya suatu ketika nanti di Malaysia pun, jika si isteri atau suami nak bertanding menjadi YB, kena bercerai dulu dengan suami atau isterinya. Tak mustahil kan..?


4 comments:

Afida Anuar said...

Manusia akhir zaman...fitnah orang macam diri tu malaikat..Ya Allah, apa nak jadi dengan negara kita pun tak tahu la..

azza_irah said...

..jarang kita nak nampak cela di wajah sendiri..kl ada pun kita tutup noda itu dengan foundation..bg nampak bersih dan clear kan..

AL-BIMA SAKTI said...

Afida,
Ya Allah..., takut mendengar... apatah lagi melihatnya... minta dilindungi Allah drp manusia sebegitu...

AL-BIMA SAKTI said...

azza,
cela di wajah sndiri sukar nak kelihatan, kerana syik cari cela di wajah orang. Ada yg nampk bersih di luaran, namun di dalamnya... masyaAllah..!