Wednesday, January 28, 2009

BAHASA YANG TAK PERNAH SELESAI

TAK STANDARD?

Kalau ada isu bahasa yang tak pernah selesai, tak lain tak bukan itulah Bahasa Melayu. Dulu, kini dan mungkin selamanya.

Kalau menggunakan bahasa yang tak betul, bahasa pasar, bahasa rojak dan bahasa yang mengelirukan, mesti ia ada kaitan dengan Bahasa Melayu juga.

Kenapa? Tak 'standard'kah Bahasa Melayu sehingga ia mesti dirojakkan dengan Bahasa Inggeris? (Takkan kerana ramai orang Melayu kahwin dengan Mat Saleh, bahasa pun nak kena dikahwinkan juga, baru nampak standard?).

Atau acara 'pemasaran' dan pengajaran Bahasa Melayu itu sendiri oleh pihak-pihak berwajib yang tak standard, sehingga ia jadi tak standard di kalangan penggunanya?


KELIRU LAGI MENYUSAHKAN?

Benar. Bahasa Melayu sentiasa berkembang. Tapi perkembangan yang bagaimana? Yang menyusahkan lagi mengelirukan? Bukannya perkembangan yang mengujakan dan memudahkan penggunaannya?

Malah terlalu banyak kerenah dan birokrasinya. Sebagai contoh, yang terbaharu arahan penggunaan perkataan 'baharu' yang asalnya dari perkataan 'baru'.

Apakah yang tak kenanya dengan 'baru' sehingga ia perlu digantikan 'baharu?' Adakah pengguna Bahasa Malayu tak memahami perkataan itu?

Apa perlunya perkataan yang mudah dan ringkas dan berpuluh-puluh tahun digunakan dan semua orang memahaminya (termasuk anak-anak kecil yang belum sekolah) perlu ditukar dengan perkataan yang lebih panjang dan maksudnya pula tetap sama?

Kalau mahu dilakukan perkembangan pun, biarlah yang sesuai dan perkataan yang terbaru dalam BM.

Apakah kerana ada orang yang terlalu pandai dalam soal bahasa yang mahu menonjolkan kepandaiannya sehingga ia menjadi 'memandai-mandai' yang boleh mengelirukan orang ramai?


MEDIA ELEKTRONIK JADI KAMBING HITAM?

Bila dikaitan dengan bahasa pasar atau bahasa rojak, yang dipersalahkan atau menjadi kambing hitamnya ialah media elektronik. Media itu dipersalahkan kerana mempengaruhi pengguna sehingga ramai yang tak tahu nak guna Bahasa Melayu yang sesuai?

Adilkah? Atau sekadar lepas tangan atau melepaskan batuk di tangga?

Kenapa media itu yang harus dipersalahkan. Ia hanya berperanan menyampaikan maklumat yang mudah untuk difahami dan diterima pendengar atau penontonnya. Media elektronik bukannya tempat mengajar dan memperbetulkan Bahasa Melayu. (Namun harus diberikan ucapan terima kasih kepada media elektronik yang berprihatin dalam soal Bahasa Melayu).


PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAK BERKESAN?

Sejak mengenali alam persekolahan, kita telah diajar Bahasa Melayu. Dari tahun satu hingga tahun enam. Namun cara penggunaannya seharian masih kabur. Ada murid yang tak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

Kemudian dari tingkatan satu hingga lima. Masih juga ramai yang tak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan sempurna. Ada ramai pelajar tingkatan lima yang masih tak tahu dimana perlu digunakan penambahan 'di' sama ada didekatkan atau dijarakkan dengan sesuatu perkataan lain itu. Itu belum lagi menggunakan perkataan 'pada', 'dari' dan 'daripada' (yang setiap hari digunakan dalam percakapan) dengan betul.

(Sepatutnya 'di' dengan 'tempat' dijarakkan. Contoh: 'Di Kuala Lumpur'. Jika perkataan bukan maksud 'tempat' seperti 'wajib', jika ditambah 'di', ia akan dieja 'diwajib'.

Di manakah silapnya? Adakah cara pengajaran di sekolah yang tidak betul atau tidak berkesan? (Pihak berwajib seperti DBP sesekali perlu meninjau cara pengajaran Bahasa Melayu oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah).

Sehubungan itu, para pelajar yang bijak pandai akan melanjutkan pengajian ke universiti. Namun penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu masih juga tidak mencapai tahap yang memuaskan. Dan mereka inilah yang akhirnya akan memenuhi alam pekerjaan dengan membawa bersama mereka cara penggunaan Bahasa Melayu (BM) yang tidak sempurna, walaupun mereka adalah Melayu.

Lebih menyedihakan apabila mereka memasuki alam pekerjaan di media (terutama media elektronik) dengan menjadi penerbit berita, wartawan dan editor berita Bahasa Melayu dan penyampai, sedangkan pengusaan BM mereka sendiri tidak sempurna dan memuaskan. Maka tidak hairanlah akan terdapat ayat-ayat yang pelik dan mengelirukan, sama ada di dalam berita atau pelbagai rancangan lagi. Bagi mereka, asalkan mereka faham, sudah.(Pada amatan saya, situasi sedemikian jarang berlaku dalam media cetak arus perdana).

(Nota: Ada sebilangan majalah dan akhbar nyamuk, juga media elektronik yang sering tersalah sebut dan eja dua perkataan ini: Sepatutnya 'istirahat' tapi disebut 'istirehat'. Sepatutnya 'cendekiawan' tapi disebut 'cendiakawan'. Terlalu kerap berulang kesilapan ini. Sepatutnya penerbit, editor, wartawan dan penyampai harus peka tidak terlepas pandang. Nampak remeh tapi amat memalu lagi memualkan).

Monday, January 19, 2009

PENGALAMAN @ KENANGAN SEMALAM

Entah kenapa timbul keinginan
setelah mendengar nasib seorang rakan
yang bekerja di sektor awam
yang meluahkan segala kepahitan.

Lalu teringatlah penglamanku yang semalam
bukan mengutuk atau rekaan
tapi ia sebuah pengalaman dalam kehidupan
sewaktu bertugas di sektor swasta dan sektor awam.


Sewaktu bertugas di sektor awam:

1. Jika anda pekerja bawahan, idea atau 'ilmu' anda tak dihargai atau diperlukan oleh mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss. (Kebanayakan boss sebegini adalah mereka yang tak tahu buat kerja atau bahasa kasarnya boss bodoh sombong). Melainkan jika boss anda cerdik dan berilmu.

2. Jika anda ada idea yang bagus, jangan cuba tunjuk pandai kepada mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss yang tak tahu buat kerja atau bahasa kesatnya hampeh. Jika anda buat juga, maknanya anda sengaja memasang api di sekeliling anda. (Beruntung jika boss anda jenis yang berilmu tinggi, maka anda akan dihargai).

3. Jika anda bekerja dengan kelulusan SPM / Diploma, sedangkan anda memiliki ijazah ( mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss tahu mengenai kelulusan anda itu), dan anda mempunyai banyak idea yang bagus untuk kebaikan jabatan, maka bersedialah untuk berdepan dengan 'kemusnahan' kerjaya anda. (Sementelah lagi jika mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss itu tak tahu buat kerja atau bahasa ganasnya 'happrak' yang merasakan dirinya terancam dengan kelebihan anda). (Jika boss anda berilmu tinggi dan tahu buat kerja, anda dianggap sebagai aset jabatan).

4. Jika anda tak tahu buat kerja, kenalah bijak mengampu dan membodek sekiranya anda ingin terus selamat di bawah mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss yang sama seperti di atas atau bahasa ngilunya boss 'pherak'. (Hasil siasatan tak rasmi - bodek dan ampu masih releven hingga kini). Awas! membodek dan mengampu itu teramatlah hinanya...).

5. Boss / 2nd boss yang mudah diampu dan dibodek adalah mereka yang tak tahu apa tugas sebenarnya, manusia jenis tanpa pendirian, bermuka-muka, serta takut dan bimbang dengan kebijakan pekerja bahawahanya.

6. Jika ada masalah dalaman, mereka yang rasa diri mereka boss / 2nd boss yang 'hampeh' itu tidak tahu cara atau tidak ada idea yang baik untuk menyelesaikan masalah, sebaliknya apa yang dia tahu ialah menukarkan pekerja-pekerjanya dengan membuta tuli. (Kerana itulah banyak terdapat masalah yang berkaitan dengki khianat dan fitnah dan bermusuhan sesama sendiri sama ada secara terbuka atau secara diam dalam satu jabatan).


Sewaktu bertugas di sektor swasta:

1. Walaupun anda pekerja bawahan, jika anda mempunyai idea yang bernas dan bagus untuk kebaikan syarikat, anda amatlah dihargai.

2. Jika anda bijak dan bagus dengan tugasan, anda sentiasa diberikan peluang untuk meningkatkan diri anda.

3. Boss-boss tidak akan merasa terancam dengan kebijaksanaan dan kebolehan anda. Sebaliknya anda adalah manusia yang beruntung.

4. Orang bawahan tidak berpeluang untuk mengampu atau membodek. Kerana mereka yang dipilih bekerja adalah mereka yang benar-benar berkemampuan dengan tugasan dan tanggungjawab.

5. Sukar menjumpai boss yang mudah dibodek atau diampu. Mereka tahu dan faham serta sememangnya berkebolehan dengan tanggungjawab yang diberikan.

6. Sukar kedapatan pekerja yang busuk hati sesama sendiri. Ini adalah kerana kebijaksanaan dan kemampuan boss mengawal dan menyelia pekerja-pekerjanya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Di mana ada tempat yang gatal, perlulah dirawat segera, sebelum ia merebak menjadi kudis atau pekung yang berbisa."

0=================================================0

Saturday, January 10, 2009

ZALIM YANG LAKNAT

Manusia laknat semakin gila
semakin gila mencabut nyawa
mencabut nyawa yang tak berdosa
yang tak berdosa menjadi mangsa
menjadi mangsa Yahudi durjana.
***
Celaka sungguh Yahudi keparat
Yahudi keparat yang dilaknat
yang dilaknat Allah yang Rahmat
Allah yang Rahmat kami pohonkan hajat
kami pohonkan hajat Palestin selamat.
**
Sekelian rakyat kita berikhtiar
kita berikhtiar mencari yang benar
mencari yang benar bangkit dan sedar
bangkit dan sedar doa tersebar
doa tersebar laknatkan Israel yang kurang ajar.
***
Kita buat apa yang patut
apa yang patut boleh kita boikot
kita boikot elakkan kalut
elakkan kalut seruan bersahut
seruan bersahut tiada lagi nyawa diragut.
**
Laknat sungguh si bedebah
si bedebah yang patut terima musibah
terima musibah buat si penceroboh dan si penjajah
si penjajah yang mencipta telagah
mencipta telagah biar dilaknat tak kebah-kebah.
***
Kezaliman Israel bukan sendirian
bukan sendirian sebenarnya ada pakatan
ada pakatan dengan 'si belukar' setan
'si belukar' setan yang patut dimusnahkan
patut dimusnahkan biar dunia kembali aman.
**
Ya Allah Ya Tuhan
kami semua inginkan kedamaian..!
***
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
***
SEKEHLOGI
***
"Percayalah kepada mata, dan jangan terlalu percaya kepada telinga."
***
************************************************

Saturday, January 3, 2009

BERMUHASABAH DIRI

Sempena musim baru yang berganti
bersamalah kita bermuhasabah diri
berubah dengan seikhlas hati
daripada buruk perangai kepada elok pekerti
daripada jahat laku kepada sikap terpuji
daripada kekurangan kepada kelebihan diri
elak daripada dihina dicaci
kemiskinan moral dihindari
bersihkan diri daripada jijik dan keji
kekayaan pekerti ditambah dicari
kekayaan harta harus disyukuri
ingatkan Allah tak berbelah bahagi
insya-Allah akan selamat ke mana pergi.
******************************************
SEKEHLOGI
"Duit bukanlah segalanya. Tapi duit mampu menyelesaikan banyak perkara."
*******************************************