Sunday, March 27, 2011

SELAGI TAK DITEGUR SELAGI ITU RASA TAK BERSALAH

Ada orang, walaupun berterusan membuat kesalahan, tapi selagi tidak ditegur, selagi itu dia merasakan dirinya betul.

Ada orang yang berterusan membuat kesalahan, walaupun dia tahu perbuatannya itu salah, tapi selagi tidak diambil tindakan, selagi itu dia merasakan dia tak pernah buat kesalahan.

Ada orang yang berterusan melakukan kesalahan, selagi tidak ditegur atau diambil tindakan, selagi itu dia merasakan orang lain tidak tahu dia telah melakukan kesalahan.

Agaknya (makhluk jenis itu) dalam setiap kesalahan yang dilakukankannya, apakah yang kerap terfikir di benak kepalanyanya..?

Saturday, March 26, 2011

MACAM-MACAM BOLEH JADI...

Dalam hidup ini, semua benda perlu dicari. Tak ada yang datang sendiri. Kalau tak dicari, tak akan ditemui.

Apatah lagi sesuap rezeki, ada yang kasi pagi makan pagi, kais petang makan malam nanti, kalau tak dikais perut tak akan berisi.

Dalam mencari sesuap rezeki, ada yang cuba meraih simpati, sama ada benar2 ikhlas di hati, atau sekadar ambil kesempatan kepentingan diri, atas dasar ada yang murah hati?

Entahlah... manusia hari ni macam2 boleh jadi... macam2 boleh menjadi... macam2 boleh terjadi.
Huh..., apalah nak jadi...

Friday, March 25, 2011

YANG BENAR DAN YANG SALAH

Yang benar dan yang salah
seharusnya tak boleh diambil mudah.

Yang benar jangan mudah mengalah
yang salah seharusnya disanggah.

Yang benar dipertahankan sampai sudah
yang salah jangan dibiar bermegah-megah.

Yang benar itu maruah
yang salah itu masalah.

Thursday, March 24, 2011

SEKADAR MEMANDAI-MANDAI TAPI NAMPAK MACAM PANDAI

Bijaknya jauh sekali. Tak ada apa yang nak dibanggai. Ibarat jauh panggang dari api.

Pandai pun taklah seberapa. Cuma sekadar tahu tunjuk pandai dan yang selebihnya hanya tau memandai-mandai.

Tapi kerana hebat dalam soal tunjuk pandai dan terlebih memanda-mandai, maka nampaklah macam orang bijak pandai.

Namun yang peliknya, orang yang diberikan kepercayaan untuk menilai pun, tak tahu nak menilai mana yang pandai dan mana pula yang sekadar tunjuk pandai atau memandai-mandai.

Maka terpilihlah yang terlebih tunjuk pandai dan sekadar memandai-mandai... dan hasilnya pun boleh dilihat sekadar memanda-mandai...

Wednesday, March 23, 2011

ASAM GARAM HIDUP

BUAT SALAH YANG TAK RASA BERSALAH

Kekadang sebilangan kita ni, kalau cerita pasal keburukan orang lain, kitalah ke depan. Tak takut dosa langsung. Macamlah kita ni baik sesangat.

Kekadang ada juga antara kita, sebanyak mana pun kita asyik buat perkara yang tak baik, selagi kita rasa orang tak tahu apa yang kita buat tu, selagi itulah kita tak pernah rasa bersalah.

Eh, saya bukan mengata. tapi berkata-kata...

Hai... entahlah...



SEKEHAN KAKI

Isteri Presiden Guatemala, Sandra Tores terpaksa minta cerai dari suaminya, kerana dia berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden.

Tores tak layak bertanding jawatan itu selagi dia ada hubungan rapat dengan Presiden, menerusi pertalian darah atau ikatan perkahwinan.

Agaknya suatu ketika nanti di Malaysia pun, jika si isteri atau suami nak bertanding menjadi YB, kena bercerai dulu dengan suami atau isterinya. Tak mustahil kan..?