Jika tak tahu, bertanya
tak payah berlagak serba tahu
jika ada nanti yang tak kena
sendiri juga yang malu.
Bertanya itu tak rugi apa-apa
tak bertanya itu yang rugi sebenarnya
bertanya juga bukan satu kesalahan
malah di situlah ilmu akan kedapatan.
Ular menyusur akar takkan hilang bisanya
manusia gemar bertanya tak jatuh martabatnya
malah yang tiada menjadi ada
mana yang kurang bertambah di dada..!
8 comments:
ke-kadang pepatah orang lama-lama(dulu-dulu) boleh dipakai, jgn di lupakan...nanti lupa diri...
malu bertanya sesat jalan tapi kekadang kita tanyepun sesat jugak hahahha (kes terpencil. ular menyusur akar memang tak hilang bisa tapi silap-silap tercabut sisik...
Apapun memang perlu bertanya akan menjadi lebih tau macam Al cakap tu...
nak tanye banyakke kibarkan bendera Mlaysia sempena sambutan bulan kemerdekaan? Saya? ermmm
salam ziarah.... saja ja nak beritahu, rasa2nya dah malas nak berblog.
have a nice day :)
ada jugak sesetangah manusia yang berilmu tak suka orang bertanya padanya..aduiiii....nk buat apa kat sesetengah manusia ni???erkkk
Bima,
Selamat menjalani Ibadah puasa.
Salam Ramadhan Al-Bima, selamat berpuasa.
Baik-baik saja hendaknya.
ilmu itu jika tidak digali, tiada kita temui. Bertanya salah satu wadah yang berkesan ketika beguru (eh apa saya merepek ni?)
Salam ramadhan!
kerislekuk;
lupa diri mati hati..!
lara;
bertanyalah pada mereka yg tak sesat akal. he he he...
kibar kat kete dan kat kete dan kat umah. (3 aje).
mak su;
malas? rasa macam sama plak kite...
afida;
loket ilmu kira bidaah tuh...
aishah jamal;
selamat berpose juga... walaupun terlambat nak ucap.
bunga rampai;
salam ramadhan juga buat bunga rampai. selamat berposa.
moga baik2 juga hendaknya.
izariza;
salam ramadhan. moga bertambah ilmu pd bulan mulia ini...
Post a Comment