Alangkah baiknya jika kita selalu mendekati diri kita sendiri, dan kerap pula mengenali siapa diri kita, dan di manakah letaknya kita dalam diri kita atau di mata orang lain.
Maka, selalu-selalulah bertanya pada diri sendiri, adakah kita ini kaki...
1. Tamak
2. Bakhil / kedekut
3. Sombong
4. Bongkak
5. Bangga diri
6. Mengeji / Menghina
7. Prasangka buruk
8. Diperbodoh-bodohkan
9. Panas baran
10. Mengumpat
12. Dayus
13. Rasuah
14. Lari dari tanggungjawab
16. Penipu
17. Tak tahu bersyukur
18. Suka ambil kesempatan
19. Pentingkan diri sendiri
20. Kufur nikmat
21. Pecah amanah
22. Suka buat orang marah
23. Tak tahu berbudi bahasa
24. Kurang ajar
25. Pak turut
26. Ampu / bodek
27. Batu api
28. Lalai
29. Cincai
30. Bad mood tak menentu.
Adapun kesemua yang dibangkitkan di atas itu adalah sama sekali tidak baik atau tidak elok untuk kita miliki sama ada secara kecil-kecilan ataupun besar-besaran, pun sama ada secara langsung ataupun tidak terlangsung.
Semoga semua itu tiada kaitan walaupun sekelumit atau sebesar hati kuman pun dalam hidup seharian kita hendaknya.
Andainya untuk kita tidak memiliki atau dijauhi daripadanya, selalu-selalulah mengenali diri kita, di samping memahami sesiapa sahaja yang berkaitan dengan diri kita dan sesiapa di sekeliling kita, serta hendaklah mendekati diri kita dengan Dia Yang Maha Berkuasa dan turutilah segala suruhan-Nya.
Insya-Allah akan selamat hidup kita di dunia dan hingga ke akhir nanti.
Sekian, Terima kasih.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
SEKEHLOGI
"Apa gunanya seseorang itu menyarungkan pakaian yang dianggap bermoral dan bermaruah yang menutupi tubuhnya, jikalau dirinya tidak bermoral dan bermaruah."
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sudah terang lagi bersuluh
Kenapa bersuluh di dalam terang
Dalam terang tak perlu bersuluh
Tak bersuluh pun ia tetap terang
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
11 comments:
Hu hu........insaf...insaf..!!
aik? saya juga sedang memikirkan tentang bersuluh, terang, pakaian, selimut :)
salam...
minta dijauhkan dari menjadi titik-titik hitam dalam hati seiap kita...
Assalamualaikum,
Apakhabar sekarang?
Sifat yang tidak baik boleh diikhtiarkan untuk diubah dengan Azam yang kuat serta dorongan keluarga terdekat.
InsyaAllah.
Salam Incik Al-Bima..manusia itu tidak boleh lari dari sifat yang buruk itu..tp sebaik2 manusia adalah mereka yang sentiasa berubah ke arah kebaikan...erkk...
itulah, dah terang2 nk suluh lagi..adehhh;)
dalam terang kena suluh sebab rabun ayam...
:D
sering terlupa...
terima kasih kerana mengingatkan :D
alahai tu sifat-sifat mazmumah wajib dijauhi, tapi kekadang lara ni kuat risyuah ke suami, kekadang tak tau nak bersyukur, nampak yg takde yg ada depan mata tak dihargai namun most of d time amupu suami supaya dapat habuan, hahahahha yg lenlain tu... ngumpat... ish ish ish camna nak bagik ilang terus ekkk..
terima kasih atas ingatan yg mesti direnungkan.
Kebanyakan kita bile ditegur akan berkata "sebagai manusia mana bisa lari dari dosa"... kalau camtu jadik hewan lagik senang hahahaha
salam..bila terbaca persoalan persoalan di atas tu..terasa diri ni terlalu banyak kelemahan yg cuma Allah saja yg tahu, hati kita ni mungkin tidak sesuci embun pagi...terima kasih kerana persoalan tersebut membuatkan saya muhasabah diri.
al-bima, cemana nak cuba-cuba hantar sajak ke s/khabar arus perdana? apa yg mereka cari utk penyiaran?
Yang pasti dalam diri setiap manusia ada sisi gelap dan terang...
Semoga segala sifat yang baik akan terus bersinar dan yang buruk tu tak payah le nak disuluh-suluh.
kayteeze;
keinsafan itu bermakna nafas kita masih sempurna.
mak su;
sekadar kebetulan yg tak direncanakan...
mak su, tentang karya tu, antaranya cuba hasilkan yg terbaik.cuba dan terus mencuba...
naz ilyn;
salam,
titik2 hitam yg mewarnai kebencanaan.
melayuangkat;
waalaikummussalam bu,
saya sihat2 saja bu.
ikhtiar + azam + jujur + dorngan = jaya.
afida;
waalaikummussalam cik afida,
manusia tak pernah sempurna. berubah ke arah kebaikan itu suatu tuntutan.
bersuluh demi menentukan kepastian... mengelak kekeliruan...
ku tak sempurna;
mencari kesempurnaan yg sempurna...
terlupa, biasa. terlalai, binasa.
lara;
bersyukur itu redha.
nampak yg tak ada, bersedia. lupa yg di depan mata, buruk angkara. usah terlalu terbiasa.
mengumpat itu kehidupan. dosanya sudah ketentuan...
manusia, sentiasa beralasan. beralasan menutup keburukan.
marzalina;
sesekali harus bermuhasabah membaiki kelemahan.
aishah jamal;
bersuluh menerangkan yg gelap. biarlah sisi terang yg sentiasa terang.
sisi gelap yg terang, masih berpeluang. sisi terang yg semakin kegelapan, kehilangan...
Post a Comment