Tuesday, June 10, 2008

"TAK ADA TONGKAT ALI.., SIAP..!"

"Apa nak tulis?"

Diam.

"Nak kongsi berita dalam surat khabar, tak ada yang menarik!"

Diam.

"Hari-hari cerita pasal minyak naik... barang naik... tambang bas naik... Naik... naik..."

Diam lagi.

"Aku termenung, saja melayangkan fikiran di sofa yng empuk itu seketika.

Dan tiba-tiba terlayang ingatanku akan suatu peristiwa ketika anak lelakiku berusia dalam lingkungan empat atau lima tahun, iaitu kira-kira lima tahun lalu....

Ketika itu di dapur, aku menemani isteriku memasak, sambil berbual-bual dan sesekali menghirup air kopi tongkat ali yang aku buat sendiri. Aku sejak dulu macam tu, suka buat sendiri air kalau di rumah. Sampailah sekarang. Malas nak ganggu isteri.

"Papa minum air apa tu..?" tanya aku lelakiku yang tiba-tiba muncul di sebelahku sambil terkinja-kinja mahu menjengah ke dalam cawan yang berada di tanganku.

"Kopi." jawabku ringkas.

"Ayeep nak... "ujar anak lelakiku itu sambil merenung tepat ke mukaku.

"Tak boleh. Ni air untuk papa aje... budak-budak macam Ayeep tak boleh minum air ni." balasku sambil mencubit manja ke pipinya yang gebu dan comel itu.

"Apasal tak leh...? Air papa minum, Ayeep pun boleh minum gak kan...?"

"Itu air lain. Ini air lain..." tingkahku bersahaja sambil memberikan perhatian kepada peti TV yang terpasang.

"Sikit aje, pa... bolehlah..!" mintanya sambil merapatkan badannya padaku.

"Tak boleh. Air ni untuk orang dewasa aje..." balasku lagi sambuil menggosok-gosok manja kepalanya yang berambut lebat itu.

"Sikit je..." rayu anak lelakiku lagi, dan tak mudah berputus asa itu. Agaknya dia terbau aroma kopi tongkat ali yang mengharum semerbak itu yang membuatkan dia tertarik dan terselera mahu mencubanya. Agak aku ajelah. Dalam hati anakku itu manalah aku tahu.

Muka anakku itu sedikit kelat mungkin kecewa dengan keputusanku agaknya. Lalu dalam diam dia beralih kepada isteriku. Dengan perlahan dia memujuk dan mendesak supaya isteriku membuatkan kopi tongkat ali yang seperti aku minum itu untuknya.

"Heh.., mana boleh..!" tegah isteriku dalam tersenyum, yang sejak awal tadi memang dia mengikuti perbualanku dengan anak lelakiku itu.

"Ayeep nak jugak..!" agak tinggi nada suara anak lelakiku itu.

"Tak boleh... sebab..."

"Tu papa minum tu...?" sampuk anak lelakiku itu dengan tegas sebelum sempat isteriku menjelaskannya dengan sepenuhnya.

"Papa minum tu kopi tongkat ali. Hanya untuk orang dewasa aje. Ayeep budak lagi... tak boleh minum air kopi tu. Bila Ayeep dah besar nanti, barulah Ayeep boleh minum." jelas isteriku dengan panjang lebar sambil meneruskan kerja dapurnya.

Aku pura-pura tak dengar dan tak ambil tahu. Cuma sesekali aku menjeling ke arah anak lelakiku itu. Mukanya yang sedikit berisi itu makin mencuka. Mungkin dia tak puas hati dengan kata-kata iateriku.

Kemudian tanpa aku duga aku terdengar kata-kata ini terpacul keluar dari mulut anak lelakiku setelah lebih kurang tiga minit dia terdiam seketika:

"Mama..! Bila Ayeep besar nanti, kalau kopi tongkat ali tak ada lagi, siap mama..!" ujarnya dengan air muka yang semakin berkerut. Kemudian dia berlalu ke ruang tamu dengan mukanya yang bertambah mencuka.

Isteriku sedikit tergamam dan sepantas kilat memandang ke arahku yang masih menghirup kopi tongkat ali yang tinggal sedikit lagi itu. Dan... aku hanya tersenyum.

"Anak awak..!" tingkah isteriku bersahaja sambil sekali menjeling ke arahku.

"Aku ketawa kecil. "Anak bapak..!!" balasku pula.


Kita sesama kita: 'ISTERI ADALAH ANUGERAH TUHAN YANG AMAT
BERHARGA. JADI HARGAILAH ANUGERAH ITU
DENGAN KEMULIAAN HATIMU.
ANAK PULA MERUPAKAN KURNIAAN PERMATA
YANG TAK TERNILAI. JADI NILAIKANLAH KURNIAAN
ITU DENGAN SESUCI JIWAMU'

6 comments:

tasekM said...

anak aku pernah gak mintak... aku bagi je sikit....

errkk.... tak boleh ke bro??... :)

Lily Abdullah said...

Alahai kesian Ayeep.

Mungkin benar telahannya. Apabila dia dewasa nanti, si pokok yang bernama tongkat Ali itu telah pupus

Dan yang tinggal TONGKAT ALI sahaja.

:)

saudagar gaRAM.. said...

hahahaa....

btol ke tak boleh??


btol ke??

alamak,dulu gua minum masa kecik..apa akan jadik kat gua ya??

AL-BIMA SAKTI said...

hai tasik;
tongkat ali tu panas, utk lancarkan darah. begitu juga ngan kopi, kan taak sesuai untuk kanak-kanak. Kalau dia ketagih nanti camana? Lu jawablah sendiri.

hai WL;
kalau telahannya benar, bukan dia aje risau, mungkin ramai lagi yg risau tak?

hai saudagar;
mujur hang tak ketagih... kalau tak tentu hang dah jadi saudagar tongkat ali... hii...hii...hiut...(just kidding -:)

Angah said...

mohon izin tuan rumah amik kata2 dalam entry ni, nak paste kat blog angah...

AL-BIMA SAKTI said...

hai angah;

takda hal punya...