Monday, June 2, 2008

MASIH ADA LAGI MANGSA SINDIKET ANTARABANGSA

Malang masih menimpa
ada lagi rakyat Malaysia yang terpedaya
dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa
kali ini seorang lelaki remaja
diumpan kononnya menghantar barangan kristal ke Taiwan pula.

Tak tahulah apa nak jadi
dengan kebanyakan rakyat Malaysia ini
diumpan dengan wang beribu
mata terus menjadi kelabu
tak usul periksa terlebih dulu.

Sekarang siapa yang susah
adik beradik mak dan ayah
hati tenang bertukar gundah
makan tidur jadi tak kebah
walaupun nangis air mata darah
perkara malang terjadi sudah.

Berwaspadalah wahai rakyat Malaysia
yang lelaki perempuan tua atau muda
jangan terlalu mudah percaya
kalau ada kata manis bak gula-gula.

Kalau ada ditawarkan kerja yang mudah
dengan upah yang agak mewah
jangan mudah nak terjah
gelap mata terus aje redah
fikir dulu masak-masak jangan mudah percaya
bimbang terjebak sindiket durjana
hidup terseksa langsung merana.

Dalam media banyak dah cerita
rakyat Malaysia diumpan diperguna
oleh 'Mat Hitam' yang celaka
sudah ramai terperangkap dan dipenjara
namun masih ramai juga yang terleka.

Biar hidup berhati-hati
jangan hidup serupa mati
tubuh bernyawa macam tak punya erti
yang susah diri sendiri
mak bapak saudara mara tercalit sekali..!

3 comments:

abdullahjones said...

walau sudah terkenal dan tulisan banyak tersiar merata akhbar, apa kata jika kamu ikut serta dalam www.esastera.com :)

tasikmerah said...

duit punya angkara.... ramai jadi kelabu mata...

yg kesempitan wang tu tak kata la... ni yg kaya nk bertambah kaya pun ramai...

salam ziarah

dArI iLhAm KePaDa RaSa... said...

* elok cadangan abdullahjones tu. bagaimana caranya?

* betul kata tasikmerah.kalau yg nk tmbah kaya dengan pakai hentam saja, akibatnya dirilah yang celaka.