Wednesday, June 4, 2008

'AHLI AKADEMIK KURANG TERBIT BUKU BERMUTU?'

Tahap intelektual di Malaysia masih rendah berbanding negara-negara membangun lain ekoran kurangnya terbitan tulisan akademik yang bermutu daripada ahli akedemik di negara ini.

Menurut bekas Timbalan Naib Canselor Kajian dan Akademik Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, salah satu petunjuk intelektual sesebuah negara bergantung kepada jumlah tulisan akademik bermutu yang dihasilkan ahli akademik di negara itu.

"Saya berasa kesal kerana kurangnya penerbitan bahan-bahan berbentuk akademik di negara ini sedangkan kita memiliki ramai ahli akademik yang berkaliber.

"Selain itu, sikap kurang minat terhadap bahan seperti ini menjadikan pengeluaran bahan bacaan berbentuk akademik menjadi terhad," katanya lagi.
(Petikan: Utusan Malaysia 4 Jun 2008)

Persoalan: "Salah ahli akademik, pembaca atau penerbit?"

P/s: 'Aku pernah mendengar drama-drama radio yang skripnya, kalau tak silap ditulis oleh seorang pensyarah (profesor) di sebuah universiti tempatan, bertemakan kisah seorang wanita gemuk yang berasa rendah diri dengan keadaannya dan kisah seorang wanita yang mempertahankan dirinya daripada dimadukan oleh suaminya'.

Okey ke...? Lu pikirlah sendiri...

2 comments:

Angah said...

mungkin sebab khalayak sekarang lebih mahukan bahan bacaan yang ringan kot ek...

ikut kehendak pasaran untuk dapat untung?

tapi memang susah nak cari bahan bacaan yang akademik tapi ditulis dengan santai..

atau bahan bacaan macam fiksyen tapi penuh dengan nilai akademik..

saya suka satu buku oleh Rehman Rashid 'A Malaysian Journey' banyak yang saya belajar pasal negara ni dari buku tu...

AL-BIMA SAKTI said...

betul kata angah, tapi utk bacaan santai dah ada penulisnya. yg akademik, tulislah akademik tapi seronok dibaca. biarlah tulisan tak membebankan akal pembaca, tapi dlm masa sama ia mampu meluaskan akal pembaca.