Monday, June 16, 2008

'JADI SURA & SURI RUMAH TANGGA'

Aduhai... nak dijadikan cerita, bermula hari ini dan akan berlangsung selama tiga hari dua malam berturut-turut, aku akan jadi sura dan suri rumah tangga sepenuh masa.

Puncanya? Sebab anak mentua aku kena pergi kursus selama tiga hari. Hari Rabu petang baru dia balik.

Alahai... nak buat camana. Kursus tu ada kena mengena dengan kerja dia... diambil kira untuk naik pangkat ke, naik gaji ke, tapi tak ada kena mengena dengan naik harga minyak atau harga barang.

Antara tambahan tugasku di rumah pun bermula:- Kena hantar anak sekolah dan ambil anak dari sekolah. Masak nasi. Mujur lauk aku tak payah masak, mak mentua aku janji nak tolong masak. Cuma aku kenalah pergi ambil lauk tu. Takkan dia orang nak hantar pulak. Banyak cantik muka aku...

Untung aku... dapat baik punya mak mentua. Lagi pun kami tinggal tak jauh dari rumah mak mentua. Lebih kurang sekilo meter lebih sikit aje agaknya. Itulah untungnya.

Kau orang jangan salah faham pulak. Aku tak dera mak mentua aku. Dia yang janji nak tolong masak. Itulah kata anak mak mentua aku. Betullah agaknya kata dia tu. Takkan dia nak tipu menantu mak dia pulak. Tak gitu..?

Moral of the story: Jika anda ada mak mentua, berbuat baiklah dengan mak mentua anda, kerana mak mentua anda mungkin lebih pandai dan rajin memasak daripada pak mentua anda.

7 comments:

saudagar gaRAM.. said...

waaa....

menantu soleh kiranya ni..

disayangi mentua..



hahahhaaa....
gua nak mentua camni jgklah..
yang sayang gua..

hahahahaa...

meera said...

menantu mithali ni...
kalo tak takkan mak mertua sayang camtu skali kan hehehe...

*saya suri rumah gak tp tak bertangga :D

Al-BIMA SAKTI said...

s.garam;
Semua org cakap cam tu kat aku. kira betullah tu agaknyer ek...? kau jgn dengki kat aku lak...


meera;
kira okey la kan..?

*rumah kita tangga kat dalam rumah. penatlah sikit... tapi tak apa mak mentua sayang...

kadOk. said...

tang statement last tu..tu la yg tgh dok buat skrg ni...hahaha..kena baik2 dgn depa seme...:p

tasikmerah said...

bukan senangkan menjadi wanita bekerjaya dan berumahtangga...

sesekali ambil tugas isteri tu bagus... lama2 u lebih faham... lebih rasa menghargai...

psttt... sampai anak masuk sekolah pukul 8 ok... :P

Mak Su said...

kerja sapu-menyapu halaman rumah tak buat ker?

Al-BIMA SAKTI said...

kadok;
alhamdulillah...


mak su;
hang macam perli aku jer... tapi takpe, aku flexible...