Wednesday, June 18, 2008

"SERONOKNYA AKU...'

Seronoknya aku.

Puncanya? Hari ini hari terakhir anak mak mentuaku berkursus. Maknanya hari inilah dia balik dan dapat aku tengok muka dia semula.

Rindu..? Mestilah. Siapa tak rindu bini ooiii..! Tiga hari dua malam berpisah, macam tiga bulan tiga hari lamanya. Kematu jiwa aku dibuatnya.

Tengah hari tadi, dia telefon aku beritahu dia bertolak selepas pukul lima. Orait. Aku dah mula nak seronok dah.

Pukul 6.40pm aku sms tanya dia dah bertolak ke belum, katanya belum lagi. Ada sikit hal lagi nak bereskan. Alamak... sabar...!

Tak apalah... asalkan hari ni dia balik. Aku pujuk hati aku sendiri.

Pukul 6.57pm dia sms kat aku, beritahu dia baru bertolak. Okey la tu..!

Seronoknya aku..! Redah aje...!

Kerana terlalu seronok, aku tak tahu (terlupa lirik) apa lagi nak tulis.

Itulah masalah aku... selalu macam tu. Tak boleh seronok lebih sikit. Otak aku jadi blank dengan serta-merta.

Sebab itu aku bukannya suka sangat kalau aku tersonok lebih. Risau takut jadi macam itulah...!

Tapi hari ni aku dah memang terseronok lebih. Nak buat macam mana...? Dah tak boleh nak control lagi dah...

Tak apalah...! Yang penting aku dah terseronok hari ni... yahuuuuuuuu..hu..huu...!

5 comments:

kad0k. said...

aku pun tumpang seronok tgk kawan2 seronok..hehehe...:p

tasekM said...

suka je aku tgk org lain seronok.... 2 ronok... 3 ronok :P

AL-BIMA SAKTI said...

kadok & tasik merah;

tq... tq... semoga korang akan seronok juga macam aku...heeee..hee..heeop...

Angah said...

Yer aku faham kenapa ko seronok sangat...

Aku berseronok hujung minggu sajork huhuhuhu

tapi super duper seronok laaaa ekekeke

AL-BIMA SAKTI said...

hai angah;

awak ni betul-betul isteri sejatilah... semoga rahmat tuhan ke atasmu berterusan...