Sunday, June 29, 2008

AL-KISAHNYA TENTANG JANJI ITU

Al-kisah maka tersebutlah cerita tentang seorang jejaka yang teramatlah kurang tampannya. Sudahlah terkurang tampan, akan tetapi terkuranglah juga akan segala hartanya. Namun sedemikian, hiduplah ia dalam kesederhanaan yang sekadar cukup makan dan cukup pakai, dan tidakalah pula ia dalam kedaifan adanya.

Namun akan si jejaka itu, teramatlah tinggi akan cita-cita dan impiannya, bahawa berhasrat akan ia untuk memiliki akan seorang dara yang teramatlah cantik rupa parasnya yang tidak akan dapat ditandingi akan sesiapa, termasuklah Erro Fazirrro sekalipun. Begitulah cantiknya akan ia, sehinggakan tidak temampu untuk dibandingkan dengan sesiapa pun si dara yang terwujud di muka bumi ini.

Maka, saban hari akan terindu dendamlah akan si jejaka untuk memiliki akan si sdara itu. Berfikirlah akan ia sehingga hampir terpecah akan kepala otaknya untuk mencari idea bagaimana untuk memikat si dara itu. Namun ia tetap rela kepala itu terpecah demi memikirkan bagaimana hasratnya itu akan tercapai. Sehinggakan tidak terfikir akan ia, jika terpecah akan kepalanya, tentulah ia akan mati dan tidak dapat lagi berkahwin akan ia dengan si dara idamannya itu. Terbukti bahawa begitu bahlolnya ia.

Setelah sekian lama berhempas pulas membantingkan usahanya, maka tercapailah jua hasrat si jejaka untuk mendekati si dara idamnya itu. Si dara yang pada mulanya ternyata ingin menjual mahal, akhirnya terperangkap jua akan cinta si jejaka yang teramat bijak memborak dan berkata-kata itu.

Maka akan terasyik-maksyuklah akan kedua -dua insan yang sudah dilamun dan dilambung cinta itu bercinta sehingga terlupa akan dunia dibuatnya.

"Hamba berjanji akan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada adinda, sekiranya adinda sudi menjadi teman hidup hamba," begitu kata si jejaka.

Si dara sedikit terkejut. "Apakah benar akan kata-kata kakanda itu?" si dara terbeliak akan biji matanya kera terlalu terkejut.

"Benar, adinda. Malah bukan itu saja...."

"Oh.., ada lagikan hadiah untuk adinda..?" tingkah si dara dengan teramat teruja dan tersenyum lebar, sebelum sempat habis akan kata-kata yang mahu diluahkan oleh si jejaka.

"Benar, dinda..."

"Hmmm... boleh dinda tahu apakah hadiah itu, wahai kakanda..?" tanya si dara yang semakin teruja lagaknya.

"Hamba juga akan hadiahkan kepada dinda sebuah banglo sepuluh bilik, yang lengkap dengan kolam mandi dan taman landskap yang indah dan mengangumkan..!" ujar si jejaka dengan bangganya.

"Oh... betapa gembiranya hati adinda..., sunguh beruntungnya dinda menjadi isteri kakanda..." teruja si dara semakin menjadi-jadi. kasih sayang akan si jejaka juga semakin bertambah mendalam.

Al-maklumlah, sekadar mendengar janji sudah pun terpegun akan si dara, itu belum lagi akan terbukti segala janji-janji itu. Mungkin akan bertambah-tambah terpegunlah akan ia nanti.

Segala-galanya telah terancang dengan baik sekali. Belum pun sempat sehingga satu perlima purnama kedua-duanya bercinta, makan di dara pun mendesak akan si jejaka agar segera meminang akan ia, kerana si dara bimbang ia akan di sunting oleh si jejaka yang lain. Sebenarnya si deara yang tidak mahu akan kehilangan si jejaka yang difikirkan berkaya raya itu. Maka, pucuk yang dicita, ulam pun mendatang. Tanpa membuang akan banyak masa, mereka akhirnya di satukan sebagai suami isteri.

Betapa gembiranya akan si jejaka kerana si dara idamannya telah pun menjadi miliknya. Berguling-gulinganlah akan ia kerana terlalu gembiranya. Berminggu-mingguan dan sehinggalah berbulan-bulanan akan ia asyik bersiul-siulan sahaja kerana terlalu gembira akan hatinya setelah 'bunga' yang diidam-idamkannya itu telah pun berada dalam genggamannya. Bangga akan hatinya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.

Ternta sungguh berbahagia hidup mereka suami isteri.

Namun akan si isreri pula, selalu tertanya-tanya akan ia, bilakah lagi si suaminya itu akan menunaikan segala janji-janjinya itu, sebagai bukti akan cintanya itu kepada isterinya. Walaupun hampir sepurnama usdah berlalu, masih jua tida satu pun janjinya uitu menjadi bukti.

Setiap kali si isteri bertanya mengenainya, si suami hanya meminta si isterinya itu supaya bersabar dan terus bersabar.

Setelah makin hilang sabar akan ia, maka bersuaralah lagi akan si isteri kepada si suaminya: "Kanda.., sampai bila lagi kita akan mendiami rumah pangsa yang sempit ini? Sedangkan tidak lama lagi akan bertambah lagi keluarga kita...?"

"Bersabarlah sedikit masa lagi, dinda," jawab si suami bersahaja.

"Bagaimana pula dengan kereta mewah yang kanda janjikan itu? Masih juga tidak nampak bayangnya. Macam mana ni, kanda? Bila lagi..?" desak si isterinya lagi.

"Sabarlah. Akan tiba jua masanya nanti..." ujar si suami lagi dengan bersahaja juga.

"Sabar.., sabar...! Itu sahajalah yang jawapan kanda. Akan tetapi, sampai bilakah dinda harus bersabar? Tak lama lagi perut dinda ini akan meletup..." bentak si isteri seperti orang yang telah hilang akan kesabarannya.

"Kan kanda sudah minta agar dinda bersabar. Tak bolehkah bersabar sedikit lagi...?" bentak si suami pula.

"Sudah hampir sepurnama dinda bersabar tau..? Namun satu pun janji-janji kanda belum tertunai lagi...? Sampai bila lagi dinda harus bersabar...?"

"Ternyata dinda ini sebenarnya materialistik... mata duitan..! Dinda fikir, kanda mampukah tunaikan semua itu?" bentak si suami semakin keras.

"Oh.., tak mampu..? Kalau tak mampu, kenapa berjanji...?" bentak si isteri pula.

"Sesungguhnya untuk pengetahuan dinda, kanda 'hanya berjanji' untuk membelikan dinda sebuah kereta mewah dan sebuah banglo yang serba-serba lengkap itu. Akan tetapi kanda tidak pernah berjanji untuk menunaikan janji-janji kanda itu. Kanda sekadar berjanji sahaja. Faham..?"tingkah si suami lagi.

"Oh.., kanda berbohong kepada dindalah selama ini...? Sungguh dinda tak sangka...!"bentak si istyeri dengan keras.

"Kanda terpaksa berbohong. Kalau kanda bercakap benar tentang diri kanda ini, adakah dinda akan menerimanya? Dengan keadaan sebenar diri kanda, tentu dinda tidak sudi menerima kanda sebagai suami bukan..?" ujar si suami bersungguh-sungguh.

"Habis.., kanda ingat dinda tergila-gila akan kanda sangat? Kalau tidak kerana lagak dan janji-janji kanda itu, jangan harap dinda sukakan kanda... menerima kanda sebagai suami dinda..! " bentak si isteri lagi.

Maka, sejak itu tiada lagi akan keamanan dan kedamaian dalam rumah tangga kedua-duanya. Hanya menunggu masa untuk roboh buat selama-lamannya.

Begitulah al-kisahnya...

Kita Sesama Kita: BERCAKAP BENAR ITU SYURGA. BERBOHONG ITU NERAKA.

18 comments:

Mak Su said...

oh? sadissss

Yana Ismail said...

alahai..berkahwin kerana harta semata2?tidakkah itu tak best? materialistik sungguh! tp kan,hehe lain kali jgn bjanji.pe kata janji bg kasih syg je.huhu

blackpurple @ jowopinter said...

No 1;
Zaman pasca moden ini, janji mulut tak boleh pakai. Sedangkan statutory declaration pun orang boleh main-mainkan.

No 2,
Perempuan sekarang materialistik. Tapi bukan semua-lah.

Desperado said...

Terima Kasih atas ziarah saudara...
Saudara mempunyao blog yang istimewa...satu lagi blog yang bisa membuat desperado ingin bikin filem....
Tahniah

Kaktiny said...

teringat lirik lagu 'janji manismu' aishah.. heheh

tasekM said...

dunia... penuh tipu daya...

AL-BIMA SAKTI said...

mak su: > uhuh...uhuk...

princess: > terserah...

blackpurple: > no: 1 - betul tu...
no: 2 _ betul tu...

desperado: > t. kasih. izinkan blog sdr jadi singgahan mata hamba.

kaktiny: > hamba pun teringat juga...

tasikmerah: > manusia punya hal, dunia dapat nama... hahaha...

t i u n g said...

materialistik btui bini dia..
tapi kalo dah janji tu,
mesti la kena tunaikan..
tapi kalo nama janji ni, kebanyakkannya susah nk tunaikan..

Afida Anuar said...

Lelaki ohh lelaki..
pompuan ohh pompuan..

:)

Diary of my now said...

tu lar akibatnya orang tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang2...
betul tak wahai al bima sakti~??

kad0k. said...

sbb itu jgn suka berjanji...ahahaha

Yana Ismail said...

terserah plak:)huhu janji mesti dikotakan.kalau tidak,jgn berjanji. simple!

AL-BIMA SAKTI said...

tiung: > janji susah nak tunai sebab niat dia memang
nak menipu...

afida: > itulah dunia, pentas sandiwara kehidupan.

kuncop: > org tamak selalu tertipu. Penipu ambil kesempatan...

kadok: > kalau mampu tunai takpe...

princess: > maksudnya terserah pada pendapat masing-masing. Org buat janji tak semestinya dia tunaikannya. Mungkin muslihat aje...

KESIMPULANNYA; BERJANJI MEMANG MUDAH. NAK TUNAI JANJI TAK SEMESTINYA SENANG. SO, HATI-HATI DENGAN JANJI. USAH MUDAH DITELAN HIDUP-HIDUP. NANTI ADA YANG TERTIPU HIDUP-HIDUP KALAUPUN TAK MERANA SEPANJANG HIDUP!!!

Meera Melati said...

kejujuran itu amat payah dilakukan, tetapi hasilnya amatlah manis dikemudiannya...

Rajuna said...

politician dan perempuan melayu adalah antara punca membaranya kebencian dalam diri aku.

dua-dua susah aku nak percaya.
dua-dua suka berjanji macam hampas.
tapi bukan semua macam tu.
mungkin fobia/trauma aku yang masih belum pulih sepenuhnya.

jadi, aku lagi "concern" dengan perempuan bangsa lain. haha

azlishukri said...

cerita ini kalau difilemkan, akan kalah filem ayat-ayat cinta..

AL-BIMA SAKTI said...

meera: > kejujuran itu manis tp bisa bertukar menjadi pahit...

xrajunax: > terserah pada masing-masing... kerana pengalaman mengajar seseorang itu erti kematangan...

M. azli shukri: > iye ke? pakai tajuk 'ayat-ayat tipu...' hahaha...

artsoul said...

duit number satu,cinta number 2 ataupun mumber 10..??