Tuesday, January 19, 2010

ROKOK... OH... ROKOK..!

smoke Pictures, Images and Photos


Merokok itu hak individu. Tak salah merokok jika bukan di tempat terlarang. Perokok berhak merokok beberapa bungkus sehari ikut kemahuan dan kemampuannya.

Perokok tak pernah takut pada 'amaran' yang dilekatkan pada kotak rokok. Malah perokok semakin meningkat pula dari masa ke semasa.

Perokok degil tak mahu henti hisap rokok itu hak mereka. Kalau sakit, mereka. Kalau nak mati pun, mereka juga.

Kerajaan tak seharusnya membazirkan wang dengan pelbagai macam kempen anti merokok. Tak ada faedahnya. Orang nak berhenti merokok bukan kerana adanya kempen anti merokok. Tapi dengan adanya kesedaran diri. Mungkin setelah dihinggap beberapa jenis penyakit. Baru nak kembali ke pangkal jalan.

Saya ada beberapa kawan yang pernah beberapa kali berhenti dan kemudiannya merokok semula. Alasan mereka, kerana kerap berjumpa orang ramai. Tipis benar alasannya. Macam budak tadika.

Jadi saya sarankan supaya kerajaan jangan lagi membazirkan wang dengan kempen anti merokok. Yang penting ialah hebatkan penguatkuasaan di tempat-tempat larangan merokok dengan lebih berkesan. Mereka yang bersalah dikompaun disitu juga. Kalau tak mampu bayar, heret ke balai polis. Jangan hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Dalam pada itu, sudahlah penguatkuasaan hanya nyawa-nyawa ikan, malah di tempat-tempat yang dilarang merokok pun ada dijual bermacam jenis rokok. Contohnya, di setesen-setesen minyak yang sememangnya tak boleh merokok pun ada dijual rokok. Kenapa jadi macam itu. Macam mana nak berkesannya kempen anti merokok?

Memang sejak dulu ada juga yang cadangkan agar rokok itu diharamkan terus di pasara. Haram dijualkan kepada sesiapa saja. Itu sebenarnya jalan paling mudah membasmi mereka yang merokok. Namun semuanya senyap dan sepi. Rokok masih juga dijual dengan cara terbuka dan berleluasa sehingga kini.

Naiklah harga rokok sebanyak mana pun dalam sekotak. RM50? RM100? RM1,000? Perokok tegar tak hairan pun. Mereka tetap akan berusaha juga untuk memilikinya. Mungkin dengan mencuri untuk mendapatkan wang. Kalau sekitar tahun 60-an atau 70-an dulu bermula dengan mencuri ayam. Ke tahun-tahun ke depan sikit, mencuri seluar baju di ampaian. Ke tahun-tahun ke depan lagi, mereka mula berani pecah masuk rumah orang. Dan begitulah seterusnya.

Dan sesungguhnya benar kata orang mengenai sikap manusia itu, bahawa manusia itu sanggup melakukan apa saja untuk kepuasan diri, sekalipun di sebalik kepuasan itu tersembunyi kemudaratan, kesusahan, sekalipun merosakkan nama sendiri!.

5 comments:

syahza said...

pilih saya ke rokok?

ROKOK!! rokok x reti membebel..

*fainted*

Afida Anuar said...

Tak suka dengan lelaki yg merokok...walau hensem mana pun, tp kalau dah merokok..erkkk...

PS: alamak cik syahza dah pengsann!!heheh

noorlara said...

ade sorang kawan yg ngidap barah tahap 4, masih merokok dengan alasan ubat penahan sakit tak bisa mengkilang rasa sakit ngilu tapi rokok boleh!

kulatlapok said...

SALAM BRO:

WA PUNYA KAWAN SEPEJABAT BARU LEPAS PENCEN TAHUN LEPAS. DIA NI PROKOK TEGAR. KALAU HISAP ROKOK MASA HUJAN, SANGGUP TUTUP ROKOK DARI KEPALANYA YG KENA HUJAN.

SUATU HARI DIA JATUH SAKIT DAN PERGI JUMPA DOKTOR. BILA DOKTOR TRESS DIA RUPANYA DIA BATUK2 AKIBAT BERHENTI MEROKOK SECARA MENGEJUT.

KEMUDIAN YG MEMERANJATKAN JAWAPAN DARI DOKTOR IALAH MINTA BELIAU SAMBUNG KEMBALI TABIAT MEROKOKNYA SEHINGGALAH DIA PENCEN, BATUKNYA PUN KINI DAH HILANG.

ITULAH AGAKNYA PENANGAN 'CANDU' YG BETUL2 HOWLIOWWW DAH MELEKAT DALAM BADANNYA.

AL-BIMA SAKTI said...

syahza;
saya? tetap tak pilih rokok walaupun dikerat 14. he he he he....

alamak... mujur tak terpengsan...


afida;
bagus. stuju. ramai lg yg hensem & tak merokok... hhh...macama... macam... macam sape ekkk..?


lara;
kalu candu dah sebati dgn tubuh, ubat dah tak guna... candu juga yg jadi ubat... ubat lagi cepat pi...


kulatlapok;
salam bro.
sorang kawan wa dulu cam tu gak. tinggal rokok tubuh gigil. hisap balik sampai hilang nyawa... innalillah hiwainna ilaihirajiun... usianya masih muda... tp nyawanya dah terlebih tua... banyak penyakit...