Monday, January 25, 2010

MALAS PUN DAPAT GAJI JUGA..!

Kehidupan setiap orang tersedia dengan peranan atau tanggungjawab masing-masing. Setidak-tidak pun, tanggungjawab seseorang itu kepada Tuhannya. Itu sesuatu yang wajib.

Ada orang pula diberikan peranan dan tanggungjawab dengan disediakan imbuhan atau gaji. Tanggungjawab menyelesaikan apa saja masalah manusia yang lain. Ini sebenarnya tanggungjawab yang teramat berat. Jika dia menerima upah (gaji), sedangkan tanggungjawab yang diberikan padanya diabai atau diperlecehkan (boleh dikatakan pemalas dan ambil remeh dengan tanggungjawab), apakah maknanya upahan yang diterimanya itu? Maknanya upah itu tidak halal.

Sepatutnya mereka yang diupah atau diberikan gaji, mestilah berusaha menjalankan tugasnya dengan sesempurna mungkin. Jika tidak, semakin banyak masalah yang timbul dan akan berlanjutan. Tapi ada yang tidak bertanggungfjawab. Itu sebab banyak masalah yang pernah selesai. Banyak beralasan untuk melepaskan kesalaghan diri dan tak pernahh rasa bersalah dengan sikapnya itu. Manusia jenis apakah itu? Itulah manusia yang tak bermaruah dan bermoral.

Dalam masa yang sama, masih ramai orang yang tak pernah berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin pun (atau pemalas) itu, turut juga dinaikkan gaji atau pangkat. Bukannya 'denda' yang dikenakan. Ini menyebabkan orang yang tak bermaruah dan bermoral itu tak pula rasa bersalah. Malah lebih rasa berbangga kerana setiap bulan dapat gaji, setiap tahun dinaikkan gaji. Dapat pula anugerah khidmat cemerlang. Malah jika tak ada aral melintang, pangkat juga turut dinaikkan bila tiba masanya.

Bagaimana pula dengan bos yang menyokong kenaikan gaji atau kenaikan pangkat anak buahnya yang malas itu? Atau bos yang tak pernah ambil tahu mengenai anak buahnya yang tak bertanggungjawab itu? Maknanya bos itu juga tak bermaruah dan bermoral serta tak bertanggungjawab. Tak jalankan tugas dengan sempurna, dengan mengenali setiap anak buahnya yang tak 'mendatangkan kebaikan' kepada jabatannya.

Tapi dalam dunia kehidupan hari ini, soal tanggungjawab pada kerja itu yang sepatutnya 'besar' tapi dianggap remeh. Tak sempurna kerja pun gaji tetap dapat setiap bulan. Tindakan jarang diambil terhadap mereka itu. Maka, tidak hairanlah masalah akan tetap berterusan sampai bila-bila. Sampai orang makan gaji itu pencen dan pencennya bersambung kepada keturunannya yang berpanjangan.

Kemudian tanggungjawan orang yang malas itu digantikan dengan orang lain. Jika sikap 'malas'nya sama, akan tetap samalah juga kedaannya dengan masalah yang akan berterusan itu entah di mana penghujungnya.

2 comments:

Nek Cun said...

Salam Bima, orang2 yang dapat gaji tapi tak menjalankan tanggungjawabnya dengan betul, mungkin dia nampak gak kerana gaji naik, pangkat naik dan macam2 lagi tetapi adakah rezeki yang diterima itu berkat atau tidak? Macamanakah statusnya samada halal atau tidak ketika dibelikan makanan untuk menjadi darah daging isteri dan anak-anaknya?... sebab-sebab itu jugalah mengapa ramai anak-anak yang tidak bermoral atau derhaka zaman sekarang ini kerana asal usul rezeki yang menjadi makanannya tidak mendapat keberkatan Allah!... marilah sama-sama kita beringat-ingat...

AL-BIMA SAKTI said...

Nek Cun;

Salam Nek Cun. Stuju sangat2 apa yg Nek Cun perkatakan itu.

Ada orang, bila perangai anak macam setan, lagi dihamun dan dihentam. anak itu terus dipersalahkan. mereka tak kaji kenapa anak itu jadi begitu? halalkah makan minumnya selama ini? sedangkan didikannya cukup...

maka sedar2lah kita... apa yg kita makan, itulah asas sikap dan perbuatan...