Friday, January 8, 2010

KITA SESAMA KITA

illustration Pictures, Images and Photos

Kita mencari sesuatu
ketemunya belum tentu.

Kita memilih yang berkenan di hati
kedapatannya belum pasti.

Kita diulit mimpi-mimpi indah
realitinya tak begitu mudah.

Kita buat apa yang kita suka
orang lain belum tentu dapat menerima.

Kita ikut kemahuan hati
belum tentu bahagianya hingga mati.

Tidak susah bagi kita berbuat baik
tapi mungkin susah untuk orang berbaik-baik.

Kita cari apa yang kita suka
mungkin terjumpa sesuatu yang duka.

Selagi hidup badan dikandung nyawa
setelah mati nyawa dikembalikan kepada-Nya.

Mati itu adalah pasti
hidup pula insya-Allah
mati usahlah ditakuti
hidup usah mencari masalah!

Kita sesama kita
walau sama mungkin berbeza
hati dan citarasa tak serupa
tapi kita tetap manusia.

Kita manusia biasa
mampu menjadi luar biasa
bukan kerana mencipta celaka
meruntuhkan maruah dan nama!

4 comments:

Afida Anuar said...

Salam Al-Bima..

kita sesama kita..terima kasih atas bait2 kata ni.... nampak biasa tapi luar biasa. Nampak tohor tapi dalam.. selamat berhujung minggu

PS: alamak,betul ke eja tohor ni..erkk

ryann said...

sesama kita jadi diri kita. harap- harap yang orang suka

AL-BIMA SAKTI said...

cik afida;
salam,

tohor takpe asalkan fahamannya mendalam.

terima kasih kerna sudi menlainya...


ryann;
yg elok akan disuka
anda dia tau menilai dan merasa...
tq

Aishah Jamal said...

Bima Sakti,

Suka sekali membaca kata-kata yang tertera.

Orang kata rambut sama hitam tapi hati berlainan.
Yang sebenarnya warna rambut pun dah ada berbagai pilihan, inikan pula hati manusia. Tentulah berbagai ragam.