Sunday, January 10, 2010

JUARA LAGU YANG KELIRU..?

Hujan Band Pictures, Images and Photos

Aku nak komen sket pasal Juara Lagu. Aku dapati dari mula Juara Lagu hingga yang terbaru malam tadi, aku rasa ramai yang terkeliru.

Sebenarnya Juara Lagu adalah untuk pencipta lagu dan penulis lirik. Bukan untuk penyanyi. Tapi wartawan hiburan akhbar arus perdana pun terkeliru. Lebih banyak mencoret mengenai penyanyi-penyanyi yang terlibat dengan Juara Lagu itu.

Harus diingat, yang dapat menyertai Juara Lagu ialah pencipta lagu dan penulis lirik. Mereka sepatutnya yang diberikan tumpuan. Bukan lebih-lebih kepada penyanyi. Aku tak pasti wartawan-wartawan berkenaan sedar atau tidak mengenai itu.

Apabila diumumkan pemenang pula, penyanyi juga yang lebih dahulu ke depan. Macam acara untuk penyanyi pula. Tapi nak kata apa, pengacara pun tak faham juga 'majlis' itu untuk siapa. Mungkin pengacara hanya ikut skrip. Maknanya penulis skrip pun tak faham apa yang dia patut tulis.

Dalam pertandingn Juara Lagu, hadiah untuk penyanyi hanyalah bagi kategori 'Persembahan Terbaik' dan 'Vokal Terbaik'. Itu aje. Manakala hadiah pertama hingga ketiga adalah untuk pencipta lagu dan penulis lirik.

Namun aku tak pasti sama ada para pengadil yang dipilih faham atau tidak mengenai 'Juara Lagu' itu. Sama ada mereka terkeliru memilih pemenang berdasarkan persembahan penyanyi atau keistimewaan atau kelebihan sesebuah lagu yang dipertandingkan itu. Harap-harap tak adalah pengadil yang terkeliru kononnya majlis itu untuk memilih penyanyi yang terbaik.

Seperkara lagi, kenapa setiap kali pertandingan Juara Lagu, kebanyakan lagu-lagu yang terpilih akan digubah semula. Kenapa tidak dipersembahkan sebagaimana lagu asal? Bukankah lagu asal itu yang dipertandingkan dari awal? Apakah istimewanya jika lagu-lagu itu digubah semula? Di manakah orginaltinya..?

6 comments:

Khairi said...

Salam,

mungkin suda tukar.. :)

tapi aku rasa betul dah tu aizat mng.
cuma hadiah tak segempak dulu eh?

kks.com

syahza said...

khairi, x setujuk!!

cinta adam dan hawa patut menang..

aizat? hmmm x rasa berat sebelah ker sbb ada datuk farid ridzuan & fatimah sebagai juri?

ryann said...

diorang dah tahu tu. tapi saja mengelirukan. bukan highlight pete teoh menang, tapi aizat menang!

Mak Su said...

stujus, tak per, nanti boleh cakap beramai2, alamak,keliru sudah...

setuju utk dinyanyikan lagu asal, tak mahu yg diubahsuai, dah tak best ler.

noorlara said...

setuju dengan al tu tapi nak buat camna dah memang budaya Malaysia camtu lembu punya susu sapi dapat nama alahai macam injin amende tu yang ilang ....hahahaha. Wartawan Malaysia kena tingkatkan profesionalisma mereka bagi mengelakkan timbulnye kekeliruan kepada rakyat yang ramai dah sedia keliru dan harubiru.Akhbar ari nipun rata rata paparkan wajah penyanyi bukan wajah komposer...fenin

AL-BIMA SAKTI said...

khairi;

salam.
dah takde lagi kategori tertentu...


syahza;
hmmm... saya pun rasa macam stuju dgn syahza...


ryann;
agaknya la...

mak su;
dia orang faham tak apa yg dia orang buat..?

lara;
belacan + cili, belacan juga dapat nama... ha ha ha...


trima kasih semua..!