Monday, January 4, 2010

ANTARA KITA TAK SERUPA...

iron dead Pictures, Images and Photos


Antara manusia tak sama sikap dan perangai. Kita tak boleh harapkan orang lain menjadi serupa kita. Kita juga tak boleh mengharapkan kita menjadi orang lain.

Penerimaan, penilaian dan pemikiran juga berbeza. Sesuai pada orang tertentu, mungkin tak sesuai pada orang lain.

Ada orang rasa dirinya sempurna. Pada mata orang lain mungkin dia tak sebegitu. Adat manusia, ada lebih dan kurang. Manusia tak sempurna keseluruhannya.

Ada orang tak mampu membezakan antara yang 'perlu' dengan yang 'tak perlu' (atau yang boleh diabaikan).

Ada orang, sesuatu yang perlu itu dianggap biasa. Buat tak apa, tak buat pun tak apa. Malah boleh diabaikan. (Pada hal ia perlu dibuat. Jika tidak, permasalahan akan wujud).

Ada orang pula, yang tak perlu (boleh diabaikan) itu dianggap perlu. Mesti kena buat. (Pada hal tak perlu buat pun tak datangkan masalah).

Jika kita tak tahu membezakan mana yang lebih perlu atau mana yang tak perlu, maka bukan saja akan berlakunya pembaziran. Malah tak mustahil akan berlaku krisis kehidupan, umpamanya keberantakan rumahtangga.

Nota: Seorang sahabat pernah berkata, jika si isteri menganggap melayan suaminya sesuatu yang dianggap 'buat tak apa tak buat pun tak apa', sementara melayan nafsu kemaruk shopping dianggap lebih perlu, pasti ada sesuatu yang tak kena dalam jiwa si isteri itu. Bersedialah untuk menghadapai permasalahannya.

9 comments:

Tie said...

Takut pulak tengok gambar tu, huhu..

Memang cara permikiran antara kita tak sama. Sedangkan anak-anak pun ada yang rajin , dan ada yang malas.. Perangai masing-masing bagai langit dengan bumi...

Cuma, pandai-pandailah kita menyesuaikan diri, jangan sampai terpengaruh ke arah negatif.

Mak Su said...

inilah masa yang terbaik untuk memikirkan semula tentang2 bab2 kepentingan

IRIS said...

Manusia, tiada yang sempurna. Paling tidak, berikan yang terbaik untuk diri sendiri.

Kagum. Hasil karya sudah ada 7 novel.

Syabas.

Afida Anuar said...

Salam..

Dia kata,sy perlu beli telefon baru memandangkan telefon sy sudah lama..dah takde orang pakai telefon macam ni..

tapi sy kata tak perlu,sebb masih elok. Boleh digunakan lagi. Masih mantap macam baru. Bukan kedekut,tapi kalau beli yang baru pasti membazir..

Katanya,kalau dia, dia takkan pakai dah telefon lama macam tu..tak canggih..kata saya,saya tak kisah asal boleh digunakan...

antara kita memang tak serupa... heheee..

mama ju, said...

Terimakasih tgk N3 mama.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Al-Bima,

Memang kita semua mungkin serupa tapi tak akan sama. Itulah kebesaraan Allah swt pencipta kita. Walaupun dilahirkan kembar namun tetap berbeza.

Tetapi dalam persaudaraan kita, kita mesti 'bersatu'. Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Besatu kita teguh bercerai kita roboh.

WaAllahuAlam.

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
kena tahu di mana nak letak diri kita....


mak su;
sentiasa kena fikir....


IRIS;
tidak semua yg sempurna akan jadi milik kita...


afida;
tak serupa bermakna takkan tak boleh sehatiiii..!


mama ju;
sama2.


melayuangkat;
salam bu,
persaudaraan itu bersatu. persaudaraan itu juga boleh jadi haru-biru...

Khairi said...

setiap orang unik, bukan?

AL-BIMA SAKTI said...

khairi;
unik lagi meyunikkan... he he he...