Thursday, January 21, 2010

BELI KERETA MEWAH TAK SEMUDAH BELI NASI LEMAK

KAD PENGENALAN WANITA DISALAHGUNA

Malang seorang wanita. Dia dijatuhi muflis kerana tak mampu bayar bulanan sebuah kereta mewah yang dibelinya. Sebenarnya bukan dia yang beli kereta tu, tapi orang lain yang menyalahgunakan kad pengenalannya.

Segalanya bermula bila kad pengenalannya itu hilang. Sedih juga dengar cerita wanita beranak lima yang hidup pun bukannya senang sangat itu.

Dipercayai, 'pembeli penipu' itu juga menggunakan kad pengenalan wanita terbabit untuk membeli sebuah motosikal.

Soalnya, nak beli sebuah kereta (apatah lagi kereta mewah) bukannya sama macam nak beli nasi lemak atau nasi bungkus di warung tepi jalan. Tak semudah itu. Banyak syarat dan prosedurnya.

Kalau ikut prosedur biasa, pembeli/peminjam dikehendaki menyediakan kad pengenalan dan slip gaji. Kalau tak ada slip gaji kena tunjukkan buku akaun bank atau salinannya. Adakah 'pembeli penipu' itu dapat menunjukkan nama di kad pengenalan itu dengan nama di slip gaji atau di buku akaun banknya sepadan? Kalau tak sepadan, macam mana bank boleh luluskan pinjamannya membeli kereta mewah itu?

Seperkara lagi, semasa membuat perjanjian pinjaman bank, tentu 'pembeli penipu' itu memberikan nama dan alamat. Kalau nama dia boleh tipu dengan guna nama dalam kad pengenalan orang lain, bagaimana pula dengan alamat yang dicatatkan pada surat perjanjian itu?(Mungkin tidak sama seperti alamat dalam kad pengenalan orang lain yang digunakan itu). Tidak mampukah bank untuk menjejaki alamat si pembeli penipu itu di surat perjanjian tersebut?

Berdasarkan beberapa perkara yang dibangkitkan di atas, adalah dipercayai hanya orang yang berkaitan saja yang mampu meluluskan pinjaman itu. Oleh itu, pihak bank seharusnya membuat siasatan dalaman, mungkin ada stafnya yang tidak amanah.

Apa-apa pun, jika laporan polis dibuat, pihak polis perlu menyiasat hingga ke lubang cacing untuk menyelesaikan masalah itu. Manusia zalim dan tidak berhati perut yang sanggup menggunakan kesempatan atas kesusahan orang lain itu tidak seharusnya dibiarkan bebas. Nanti ramai lagi yang akan menjadi mangsanya.

3 comments:

Afida Anuar said...

Hairan jugak ye macam mana prosedurnya boleh jadi begitu senang dengan hanya menggunakan kad pengenalan orang lain. Even nak beli kereta biasa pun, punya la payah, siap kene interview dengan pihak bank lagi. Mungkin betul ada orang dalam terlibat. Baik siasat. Kesian kat akak tu..

AL-BIMA SAKTI said...

afida;
apa-apa yg berkaitan dgn apa-apa, tentunya ada apa-apa. kalu tak, takkan ada apa-apa...

bukan senang nak dapat/buat apa-apa kalu takde apa-apa...mesti ada apa-apa, baru jadi apa-apa...

hhmmm apa-apa ajelah...

AL-BIMA SAKTI said...
This comment has been removed by the author.