Friday, August 1, 2008

OH, SUNGGUH MENJELIKKAN MATA..!

Petang itu di sebuah tempat Pasar Malam.

Di tepi jalan berdekatan Pasar malam itu penuh dengan kenderaan. Kata mereka yang selalu ke situ, keadaan begitu memang biasa. Tak tahu pula aku. Sebab aku jarang sangat ke mana-mana Pasar Malam. Tak minat.

Mataku terpandang ke sebuah kereta Kancil yang parking di situ. Pemandunya seorang wanita berusia lingkungan 40-an.

Dan beberapa minit kemudian, mataku yang masih terang ini terlihat sebuah Pajero dengan tiba-tiba parking di sebelah kanan kereta Kancil itu. Tempat itu memang sempit. Tapi pemandu Pajero itu terpaksa menghimpitnya kenderaannya agak rapat dengan Kancil itu.

Wanita pemilik Kancil yang baru tiga langkah meninggalkan keretanya, agak terkejut dengan 'perangai kurang sopan' si pemandu Pajero itu.

Kemudian wanita itu kembali semula ke keretanya dan berkata sesuatu kepada pemandu Pajero yang baru keluar dari kenderaannya itu.

(Si pemandu/pemilik Pajero itu siap berpakaian baju Melayu dan bersongkok - kebetulan hari itu hari Jumaat).

Mungkin wanita itu menegur sikap biadap si pemandu Pajero itu, yang meletakkan Pajeronya terlalu rapat dengan keretanya. Kalau dilihat, pintu kereta wanita itu memang tidak dapat dibuka dengan sempurna. Dan sukar untuk dia masuk ke keretanya.

Tapi aku perhatikan, sikap lelaki itu memang sesungguhnya biadap. Dia buat muka selamba dan langsung tak hirau apa yang diperkatakan wanita itu. Sebaliknya lelaki itu dengan bersahaja beredar dari situ dan meninggalkan wanita itu terpinga-pinga.

Kemudian wanita itu juga turut beredar. Kecewa.

Lebih kurang 45 minit kemudian, wanita itu kembali semula ke keretanya dengan membawa pelbagai bungkusan hasil beliannya di Pasar Malam itu. Namun dia kelihatan bertambah kecewa apabila melihat Pajero itu masih terparking di sebelah keretanya.

Malang. Wanita itu tak dapat masuk ke keretanya. Pejero itu masih menghalang pintu keretanya. Dia terkinja-kinja. Geram.

Beberapa orang yang terpandang 'peristiwa' itu (termasuk aku) menggeleng-gelengkan kepala dek sikap biadap + kurang ajar si pemandu Pajero itu.

Hatiku berbisik; "Masih adakah lagi perangai manusia sebegini di dunia yang serba canggih ini?"

Lebih kurang 20 minit kemudian, barulah Pemandu biadap itu muncul dengan muka selambanya dan terus masuk ke Pajeronya, hidup enjin dan berlalu. Tanpa meminta maaf kepada wanita malang itu.

Darahku tiba-tiba mendidih. Aku bersabar kerana bukan aku yang kena.

Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki di sebelahku; "Kalau kena kat aku, kalau tak rabak muka lelaki tu, kereta dia yang rabak!".

Begitulah agaknya... jika kita kurang berilmu. Kita fikir kita saja yang betul, walaupun apa yang kita lakukan itu tidak bernilai dan boleh menyusahkan orang lain.

"Oh ya..., sesungguhnya di kalangan kita ramai manusia yang berpendidikan, tapi tidak ramai pula yang berilmu dan berpengetahuan!"

*********************************************************************************
Kita Sesama Kita:

SIAPAKAH ORANG YANG BODOH?
ORANG ITU IALAH ORANG YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH BERUSAHA SEKUAT TENAGA UNTUK DUNIA, SEDANGKAN AKHIRAT DIABAIKANNYA.

14 comments:

A t i Q a h said...

Payah situasi begini. Kalau ikut hati, mesti saya buat macam orang lelaki di sebelah encik tu. Tapi ikut hati je la. Eheh.

Yana Ismail said...

Sungguh tidak sopan tindakan lelaki itu.
Alahai.

Rajuna said...

aku orang muda.
kalau aku yang tulis cerita ni mesti penuh maki hamun carut marut. hahaha


tapi tu lah.
agama apa yang dianuti pemandu pajero itu?

Afida Anuar said...

Owhh....mentang-mentang pompuan tu pakai kancil, dia pakai pajero. Dia pandang sebelah mata je, buat dek je dengan keadaan pompuan tu!

Uishhh geram gak ni! Grrrrrrrrrrrrrr

tasekM said...

mmg ada org yg sebegini... 3 hari lepas apak aku telah memaki seorg yg nampak mcm bagus tapi kuang hajar.... terdiam lelaki itu...

Bunga Rampai said...

Moga masih ada sayang Tuhan kepada si lelaki pajero itu.

Salam :)

Danielle_Corleone said...

Org2 kereta besar ni memang perangai raksasa!

Meera Melati said...

kesian... kekurangan kejaran lelaki itew...

*pst mintak alamat gmail boleh?

Unknown said...

fuhhh ini mcm pun ada ka?

Kaktiny said...

itulah dia namanya.. ada otak pandai, ada bijak gadai..
last2 jadilah kurang a***...

macam bagus tapi hampes.. kan..

kad0k. said...

aku punya satu teori..mungkin tidak benar..hanya utk ingatan aku sahaja bahawa sesetengah orang2 yg berkereta besar ini kadang2 kurang ajar..:)

Mak Su said...

oh... hebatnya orang-orang yang sombong.... hishh

AL-BIMA SAKTI said...

atiqah;
kerana geram, menyampah...segalanya boleh jadi...

princess;
btul... sebab ilmu tak cukup, akal pun lingkup...

rajuna;
aku masih ada sabar lagi.
Agama pajero agaknya... sebab tu tak ada iman...

afida;
haaa... tu la pasal. dia ingat dia beso sangat dah... takde akey...aku pun kira terlebih geram gak. tapi mujur iman masih tebal jer...

tasikmerah;
org camtu patut kena basuh cukup2...

bungarampai;
mudah-mudahan dia akan sedar, setelah keimanannya menyinar...

danielle;
iye le agaknye...

meera;
kurang agama dan ilmu...

kuih;
macam2 perangai ada kat malaysia ni...

kaktiny;
ada otak mamai, ada lagak pun hancai buncai... memang hampehh...

kadok;
nak kata tidak pun bukan. nak kata bukan pun tidak. dah tu apa lagi.../ sekor kebau bawa lumpur, semua terpalit...

mak su;
hebat yg laknat...

wallahualam....

t i u n g said...

bodoh sombong tu..