Saturday, August 30, 2008

MERDEKA..! MERDEKA..! MERDEKA..!!

MEGAH MERDEKA NEGARAKU MAKMUR
DARI BARAT SEHINGGALAH KE TIMUR
RAKYAT BERPADU SETIA DAN JUJUR
BUMI BERTUAH SEMAKIN SUBUR.

MERDEKA KITA MERDEKA BERDAULAT
BERSEMAH DARAH DAN TUMPAHAN KERINGAT
SAMPAI BILA-BILA AKAN TETAP DIINGAT
JASA BANGSA DISANJUNG DAN DINOBAT.

NEGARA KITA NEGARA BERTUAH
BERBILANG KAUM BUDAYANYA INDAH
BUMINYA SUBUR HASIL MELIMPAH RUAH
RAJIN BEKERJA REZEKINYA MEWAH.

SESEKALI BERPALING KEPADA SEJARAH
NEGARA KITA PERNAH DIJAJAH
KUASA-KUASA LUAR MENUNJUK GAGAH
HIDUP RAKYAT BERSUSAH DAN PAYAH.

MAKNA MERDEKA BUKAN KEPALANG
SEKALI MERDEKA SELAMANYA DIJULANG
HASRAT YANG SATU HARUS DIPEGANG
TERUS MERDEKA TAK MUNGKIN TUMBANG.

MERDEKA KITA MERDEKA NAN MURNI
PELBAGAI KAUM BERSATU HATI
DARI GENERASI BERGANTI GENERASI
GENGGAMLAH MERDEKA SEHIDUP SEMATI..!

MERDEKA..! MERDEKA..! MERDEKA..!!

4 comments:

t i u n g said...

MERDEKA! Salam merdeka bro,bersatu kita berganding bahu menjadikan malaysia sejahtera selalu..

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Princess Liyana said...

Salam kemerdekaan!:)

Dan slmt berpuasa ok:)

S.YanaZ said...

Al-Bima Sakti,
Selamat Menghayati Ramadan yg mulia.

:]]

Al-BIMA SAKTI said...

tiung;
salam merdeka...
selamat berpuasa...


princess;
salam merdeka jua...
dan selamat berpuasa ya..?


s.yanaz;
selamat menghayati ramadhan yg mulia,
keimanan teguh dan sejahtera...