Tuesday, August 26, 2008

SENDU MENJELANG ULANGTAHUN MERDEKA 51

Menjelang ulangtahun bertamu
kemerdekaan negara ke lima puluh satu
hatiku terkedu dan tiba-tiba sayu
menatap suratkhabar bertulisan Melayu
yang melaporkan nasib anak-anak melayu
di pusat pemulihan akhlak yang ramai Melayu
di penjara pun yang lebihnya Melayu
yang bersabit dengan dadah pun ramai Melayu
ditahan di bawah ISA juga majoriti Melayu.

Itu belum lagi yang merempit dan melahu
dihitung dikira yang lebihnya juga Melayu
yang bergaduh dek fahaman politik melulu
yang terpampang juga muka-muka Melayu
yang memaki hamun sesama bangsa dan tak tahu malu
tak lain dan bukan mereka adalah Melayu.

Banyak lagi perkara tak molek dibuat Melayu
lari dari rumah ikut jantan Indon pun Melayu
yang bohsia dan bohjan tak segan silu
ditelek dipandang ramai muka Melayu.

Bangganya yang masuk universiti pun ramai Melayu
tapi yang lulus atas pagar pun ramai Melayu
yang berdemonstasi sebab bantah AUKU
dengan semangat bergegar-gegar pun muka Melayu
sebab itu yang menganggur pun ramai Melayu
yang lulus dan terbaik pula ramai bukan Melayu.

Ini negara terbaik namanya Tanah Melayu
kalau dah namanya ada perkataan 'Melayu'
maknanya tanah air ini milik asalnya Melayu
yang ramai berjuang tumpah darah pun Melayu
dan yang tak kisah sejarah pun ramai Melayu
pun tak reti nak balas jasa pejuang pun Melayu.

Tapi sekarang yang tak ada perasaan adalah Melayu
tak sayangkan tanah air sendiri pun Melayu
andai kata tergadailah ini Tanah Melayu
di manakah agaknya tempat Si Melayu
dan ke manakah agaknya Melayu nak melahu?

Malang sungguh yang bernama Melayu
di tanah air sendiri mungkin hidup segan mati tak mahu
bangsa lain tumpang bangga menimba ilmu
mengorek kekayaan sepenuh-penuh saku
bangsa sendiri banyak yang merapu
kalau lebih sikit pun muka mula berbul
nasib bangsa sendiri tak peduli tak tak tahu.


Apalah nak jadi dengan Melayu
yang buruk dan tak elok ramai Melayu
kalau fasal hiburan berilah pada Melayu
berseronok dan melepak pun muka Melayu.

Oh.., malu sungguh rupanya menjadi Melayu
yang hidup di tanah asal-usul Melayu
tak tahulah sampai bila nak jadi begitu
agaknya kerana tak cukup ilmu.

Sedarlah kita wahai Melayu
bangkit bermoral atas nama bangsamu
usah tergadai negara yang satu
itulah pentingnya kita bersatu.

Banyak pengalaman di wajah waktu
yang dapat dilihat satu persatu
orang asing mendengki selalu
melihat kita hidup aman bersatu padu.

Orang asing hanya menunggu saat dan waktu
nak menguasai kita seperti dulu
kalau kita ambil sikap tak tahu
sudah terkena baru menangis tak berlagu.

Banyak contoh yang kita tahu
orang asing memang mencari kesempatan itu
lihatlah apa terjadi pada Palestin sekarang dan dulu
ramai menderita kehilangan anak, suami, isteri, ayah dan ibu
penderitaan bertimpa-timpa dan menderu-deru.

Beringatlah sebelum terjadi sebegitu
bila negara sudah haru biru
hendak dipulihkan memakan waktu
atau terus berkubur satu demi satu.

Apa lagi nak dikesalkan sesudah itu
lebih baik kita sesal dahulu
kalau sudah terjadi air mata darah dah tak perlu
bersedialah hidup dalam penderitaan selalu.

ALLAH SELAMATLAH MELAYU
ALLAH LINDUNGILAH MELAYU
ALLAH SELAMATKANLAH TANAH MELAYU
ALLAH LINDUNGILAH TANAH MELAYUKU..!

23 comments:

kad0k. said...

nama aja merdeka bro..tp masih lagi dijajah..:)..selamat hari merdeka..dan selamat berpuasa..

S.YanaZ said...

Salam Wahai Al-Bima Sakti,
aku sangat optimis ttg Melayu...
Melayu tidaklah begitu 'dijajah',cuma Melayu terkadang bejat di mata Melayu itu sendiri...

:]]

cendawanintim said...

Salam kemerdekaan..

t i u n g said...

pada zahirnya nampak melayu,jiwa,pemikiran dah dijajah..aku pon kesal gak dengan nasib melayu yang macam ni..mungkin mereka terlupa yang mereka melayu dan islam..

salam merdeka & selamat menyambut ramadhan al- mubarak..

Mr PenyuBiru said...

aku takde hati nak kibar bendera malaysia tawun nie. berbeza ngan tahun lepas, semangat! tahun nie? huhu..

sakurasa 2 said...

Saya Anak Malaysia. selamat menyambut hari kemerdekaan.

tasikmerah said...

melayu mungkin kena tukar menyegar.. baru ok.. :)

sakurasa 2 said...

nak sekeh sket jom ke blog sakura

Princess Liyana said...

Aminnn...

Semoga Allah melindungi orang Melayu

Rajuna said...

kita punya kelebihan. ada kaum lain yang ada disekeliling kita. kurangnya komunikasi menyebabkan kita selalu berasa sangsi.lebih2 lagi setelah disogok ayat dari politikus perkauman.sebaliknya ini adalah peluang yang terbaik untuk mempelajari apa yang terbaik pernah bangsa lain buat.bukan terus-terusan menganggap mereka seteru.

bagi golongan kelas ketiga seperti aku. aku tak ada rasa sebarang keistimewaan pun. mungkin melayu2 yang ada 'keistimewaan' sahaja yang rasa 'keitimewaan' itu perlu dipertahankan.


sekadar pandangan ye bang Bima :)

Aishah Jamal said...

Aku bangga jadi Melayu
Melayu yang penuh beradat
Melayu yang tidak kaku bisu
menentang musuh laut dan darat
Namun
Gagahnya Melayu makin tercalar
dalam era globalisasi dan ekonomi
kerana Melayu makin jauh dan alpa
tentang nilai mulia serta murni
yang diwariskan kepada kita
bila Agama dijaja dan disenda

:D [terimakasih kerana sudi bertandang ke blog saya]

Danielle_Corleone said...

Gua tersedu.

SATIRA + KACAU said...

Sedap jugak saja kau ini.

Bunga Rampai said...

Tadi tengok tivi, remaja itu pun berkata, "Erti Merdeka ialah public holiday" :-(

Salam :)

blackpurple @ jowopinter said...

Berjiwa. Menarik. :)

Saya Melayu Jawa. Pun Melayu juga. Owh! :D

meera said...

Selamat berpuasa...
ampun maaf dipinta...

MERDEKA!!!

tegezoot said...

Melayu perlukan Islam!

Manusia perlukan Tuhan!

Al-BIMA SAKTI said...

kadok;  merdeka pdahir. minda masih terjajah...s.yanaz; bejat pd sikap dan perbuatan, bejat jugalah pd pandangan dan pemikiran..cendawanintim;salam kemerdekasan juga...tiung;itu yg susah nak cakap tuh...salam merdeka dan salam puasa...mr penyubiru; tidak seharusnya dipadamkan semangat kecintaan negara kerana 'terguris' perasaan...sakurasa 2;saya anak malaysia juga... selamat sambut merdeka 51...tasikmerah; nak tukar apa? sikap? kalau minda tak bertukar, akan ko juga...princeaa; amin ya rabbulalamin... semoga kita semua dilindungi Allah...rajuna;bukan kurang komunikasi. tapi melayu tak pernah sensitif dalam segala segi, termasuk bab bangsa dan agama. melayu banyak lalai. sudah terhantuk baru nak terngadah. tak macam bangsa lain, mereka cukup sensitif dgn bangsa mereka, secara terbuka atau diam.bangsa lain pertikai hak melayu dikatakan kebebasan bersuara. melayu pertahankan hak melayu dikatakan perkauman.bukan kerana perkauman politikus, tp hak melayu semakin banyak diduga dan dicabar.melayu sebenarnya boleh hidup tanpa bangsa lain. tp melayu juga yang menjatuhkan melayu di negara milik asal melayu ini... agaknya di mana melayu selepas ini? fikir-fikirkanlah..(sekadar pandangan juga)M.aishah jamal;melayu yg sanggup meranapkan melayu asalkan hasrat 'hati' mereka tercapai. ramai melayu yg masih tak sedar diri...danielle; gua pun dah lama tersedu-sedu...satira; tq bro...bunga rampai; itulah realiti melayu kini. malangnya melayu di bumi bertuah ini...bp; tq bro...meera;selamat berpusa. maaf jua dipinta... merdeka!!tekezoot;melayu (ialam) perlukan jiwa. jiwa berimankan tuhan (Allah).

Al-BIMA SAKTI said...

SALAM MERDEKA BUAT SEMUA SAHABAT YANG SUDI MENGUNJUNGI BLOG AL-BIMA SAKTI SELAMA INI.


SALAM MERDEKA!!!!

Afida Anuar said...

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan...

dan salam ramadhan Al-Mubarak....
Maaf zahir batin..

Al-BIMA SAKTI said...

afida;
selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan...

dan selamat berpuasa....

Muhammad Azli Shukri said...

salam ramadhan, dan kemerdekaan

aoc gold said...

In A Station of the Metro

The apparition of these faces in the crowd;

Petals on a wet, black bough.

-----by runescape gold