Tuesday, August 5, 2008

DIA SAHABATKU..!

Dia sahabatku. Baik orangnya.

Kami bekerja sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan yang sama hampir 10 tahun. Dia editor novel. Aku editor majalah.

Selepas 10 tahun, aku beralih angin. Aku bekerja di syarikat penerbitan lain. Tawaran pun bagusss... dan tak bisa ditolak.

Setahun kemudian aku dengar khabar dia berhenti kerja. Dia buka syarikat penerbitan sendiri. Tapi kami terputus hubungan. Aku pula tak tahu apa nama syarikatnya.

Aku memang suka mencari sahabat-sahabat lama. Setelah bertanya sana-sini, aku akhirnya dapat bercakap dengan sahabatku itu. Seronok rasanya.

Dia minta aku siapkan sebuah novel untuk penerbitannya. Alasannya, dia nak terbitkan novel penulis yang dah ada nama macam aku pula. Selama ni dia banyak beri peluang kepada penulis-penulis baru. Baguslah tu.

Kenapa? Tanyaku.

Dia sebenarnya tak berminat nak terbitkan novel penulis-penulis yang ada nama. Banyak karenah, katanya. Pengalaman banyak pengajarnya.

Aku akui juga. Syarikat kecil macam syarikat dia, kalau penulis buat karenah, boleh jadi lingkup.

Nak tulis novel untuk aku tak? Dia seakan mendesak dalam berharap

Sebab kesian punya pasal. Aku sanggup.

Dalam masa sebulan lebih aku telah siapkan sebuah novel yang setebal 600 muka surat lebih untuk diterbitkan oleh sahabatku itu.

Namun setelah novelku siap, aku terputus hubungan dengannya pula. Kedua-dua talian telefon bimbit yang diberikan padaku selama ini tiba-tiba saja tak boleh dihubungi. Aku pula yang menjadi serba salah. Syarikatnya pula telah ditutup (sementara?).

Apa hal pula ni? Aku mengeluh. Bagaikan tak keruan. Bukan kerana novel. Tapi risau sesuatu yang tak baik menimpanya.

Kucuba tanya kawan-kawan lain. Semuanya tidak tahu apa yang telah terjadi. Eh, pelik juga.

Kami terputus hubungan lagi. Hampir setahun lebih juga. Haru betul.

Apa dah kena dengan sahabatku itu? Sehingga bermacam-macam tanggapan yang kurang baik terlintas di benakku.

Dan akupun terpaksa buat keputusan. Daripada novelku itu basi di tangan sendiri, terpaksalah aku serahkan ia kepada syarikat lain. Sebuah syarikat besar dan ternama.

Novel itu diterbitkan akhir tahun lalu. Tajuknya 'K******* S******'. Masih berlegar di pasaran. Khabarnya, sambutannya hangat juga. Alhamdulillah...

Dan baru-baru ini, sahabatku itu tiba-tiba muncul lagi. Dia menghubungiku. Aku agak terkejut. Katanya, banyak masalah yang berkaitan dengan syarikatnya. Kesihatannya juga kurang baik. Sebab itu dia menghilangkan diri hampir setahun lebih. Mencari semangat diri yang baru serta modal baru.

Kini dia muncul dengan semangat dan tekad baru. Dia masih berminat menjadi usahawan. Dan dia minta aku siapkan sebuah novel baru untuk penerbitan sayarikatnya. Katanya, dia mahu aku siapkan sebelum masuk bulan Syawal.

Aku sanggup. Bukan saja kerana kesian. Lebih-lebih lagi kerana seorang sahabat yang baik. Tak sampai hati nak menolak.

Dan sekarang aku sedang pulun nak siapkan novel itu sebelum puasa. Bulan puasa boleh rehat.

Dan mudah-mudahan (aku selalu doakan) agar semangat barunya akan berhasil dengan kejayaan.

Dan masalah lamanya takkan berulang.... Amin..!

15 comments:

Meera Melati said...

apa tajuk novel awak tu?
saya nak cari, beli & baca...

kalau bukan sahabat yg membantu sahabatnya... siapa lagi kan?

ganjaran bukanlah keutamaan, tetapi memberi semangat dan membantu sahabat lebih penting... insyaallah kita memberi ngan ikhlas pasti ada ganjaran yg menanti walaupun tak terlintas di hati...

ops! pjg lak membebel...

Afida Anuar said...

Baru nak tanya, dah ada orang tanya. Apa tajuk novel En. Al Bima ek? Walaupun sy tak minat baca novel, tp teringin nak baca hasil karya En. Al- Bima.

Betul tu Meera, kalau bukan sahabat yang bantu sahabatnya siapa lagi kan?

Kenapa En.Al Bima tak promote novel-novel En. Al Bima dalam blog ni? sy tengok ramai gak penulis buku or novel yang promote buku2 dan novel2 dlm blog mereka..

Kaktiny said...

semoga dimurahkan rezeki kawan en-al-bimasakti dengan usaha dan semangat barunya itu.. dan juga dimurahkan juga rezeki saudara al-bima dengan novel2 yang diterbitkan.. amin..

Afida Anuar said...

Eh lupa nk ucap.
Selamat Berkarya...

Yana Ismail said...

Alahai.huhu apa tajuk novel tu?lalalala nak baca jugak!

t i u n g said...

semoga berjaya..

artsoul said...

sesetengah org bile ade masalah,mereka menyepikan diri untuk mencari ketenangan...beruntung dia dpt sahabat mcm awak...semoga bejaya..

tasekM said...

bgtau la tajuk novel...

Butaseni@Wan Raja said...

bila siap bagitau
nak beli hehe

A t i Q a h said...

owh. selamat berjaya!
nanti dah siap, promote2 la. hehe

kad0k. said...

skrg ini masa dia...lagipon apa guna sahabat..sgt jarang utk bertemu seorang yg bernama sahabat utk masa ini..yg ada cuma kawan...betul tak?..:)

Danielle_Corleone said...

harap2 semua berjalan lancar! amin.

sakurasa 2 said...

Salam kenal kembali, kita pun nak sekeh sket....!!!!

AL-BIMA SAKTI said...

hissyy... tak sukalah aku nak promote novel aku kat sini.

sebab blog ni aku gunakan untuk sekeh sket. sebab itu aku guna nama al-bima ni.

untuk novel aku guna nama lain.

apa-apa pun terima kasih banyaklah kepada semua yg sudi menjenguk ke sini. terima kasih jua atas sokongan anda yang budiman & budiwoman....

(al_bima@yahoo.com.my)

SATIRA + KACAU said...

Al-Bima: Sdr ni bond ker? Jangan marah.

Satira + Kacau