Thursday, August 21, 2008

APA PUNYA JANTAN..!

"What..?!! Kau dah putus tunang..?"agak tinggi suaraku. Bila sahabatku, Zek beritahu dia dah tak ada apa-apa lagi dengan tunangnya, Vee.

Aku cerlong muka Zek.

Dia selamba aje pandang mukaku.

"Gila kau..!!" tambahku.

"Dia curang," beritahu Zek lagi.

"What..?!!" suaraku agak tinggi sekali lagi. Terperanjat kali kedua aku dibuatnya dengan kata-kata Zek. "Vee curang..?!" seratus peratus aku tak percaya.


"Dia ada jantan lain. Orang macam tu ke aku nak buat bini?" tegas suara Zek.

"Mana kau tau dia ada jantan lain?" soalku.

"Aku tau laa..!" tegas Zek dengan yakin.

"Kau nampak?" soalku lagi.

"Ada orang nampak dia dengan jantan tu..!" Zek bersungguh, konon mempertahankan keputusannya.

"Oo... ada orang nampak? Bukan kau yang nampak sendiri?" aku sinis sambil cerlong Zek.

"Ah... kira sama ler tu...!" Zek tetap berkeras.

"Mana boleh sama, Zek. Mata kau dengan mata orang yang cakap tu tak sama..!" aku bantah.

"Tak ada angin takkan pohon bergoyang..!" Zek cuba menegakkan kebenarannya.

"Hey Zek..! Sekarang ni, tak ada angin pun, pohon boleh bergoyang tau...?" balasku.

"Tapi... aku dah banyak dengar pasal dia dengan jantan tu..!" balas Zek yang seolah-olah Vee pernah buat perkara tak senonoh dengan jantan lain.

" Banyak pun, tak semestinya benar. Apa... kau dah tanya Vee sendiri?"

"Dah. Dia tak mengaku."

"Habis tu?"

"Orang dah buat salah, mana nak mengaku, Bima..?" ujar Zek seolah-olah kebenaran berada di pihaknya.

Aku baik dengan Zek. Dan aku kenal baik dengan Vee sejak dia jadi tunang Zek setahun lalu. Vee cantik, bertudung, baik budi bahasa, ada kerjaya, ada pegangan agama. Takkan dia nak keluar (dan buat tak senonoh) dengan jantan lain.

Aku macam tak percaya. Itulah... bertunang lama-lama banyak dugaannya.

Melalui siasatanku, dua bulan sebelum Zek putus tunang dengan Vee, Zek ada berkenalan dengan seorang gadis. Ada orang perkenalkan Zek dengan gadis itu. Kononnya gadis itu business woman. Kononnya dia juga anak orang berada. Tapi yang sebetulnya, dia lebih cantik dari Vee. Budi bahasanya aku kurang pasti. Tapi dia tak bertudung.

Sejak berpisah dengan Vee, Zek semakin rapat dengan gadis yang dipanggil Rin tu. Khabar terbaru, mereka dah merancang nak bertunang. Agak terlalu pantas.

Aku siasat lagi. Hasilnya aku dapati Vee tak bersalah. Dia menjadi mangsa fitnah pihak tertentu, yang ada kepentingan terhadap Zek.

Zek mulanya tak percaya. Tapi setelah aku beri dan tunjukkan bukti-bukt bahawa semua itu adalah fitnah dan Vee menjadi mangsanya, barulah Zek sedar kesilapannya. Tapi bagi Zek, sayang semuanya sudah terlambat.

Dan melalui siasatan terbaruku lagi, Rin sebenarnya bukan business woman. Dia hidup mewah dengan kerjayanya sebagai pisau cukur. Aku dah cakap dengan Zek, tapi haram dia tak percaya. Sudahnya, aku yang dimarahinya. Dia tuduh aku dengki sebab dia nak kahwin dengan anak orang kaya.

"Astaghfirullah-al-azimmm..." mengucap panjang aku bila dituduh sebegitu.

(Fuh... bejadah punya sahabat. Tapi tak apa, kerana sahabat aku harus bersabar. Benar tetap benar).

Pelik betul aku..., sesuatu yang tak betul mengenai Vee, dia mudah percaya. Dan sesuatu yang tak betul mengenai Rin, dia tak nak percaya pula.


Seminggu selepas bertunang dengan Rin, barulah Zek tahu siapa Rin sebenarnya. Tapi Zek agak serba salah. Terlalu payah baginya untuk mengundurkan diri dari Rin.

Apalah punya jantan macam tu..! Macam dah tak boleh fikir mana yang elok dan tak elok. Dia dah kena black magic ke..?

"Dulu masa dengan Vee, aku yang minta putus tunang. Sekarang dengan Rin, aku nak putus tunang lagi?" Zek garu kepalanya yang stail rambutnya macam Mawi. Tapi dia lebih hensem dari Juara AF3 yang banyak kontroversi itu.

"Apa salahnya. Takkan kau nak teruskan juga dengan Rin?"

"Malulah. Nanti apa kata mak ayah aku... sedara mara aku..." ujar Zek.

Aduh...,Buat sakit hati aje bila dengar jawapannya.

"Habis macam mana..?" tanyaku.

Zek pandang muka aku. Bersahaja.

Aku terus bertanya menggunakan isyarat mata dan kening.

"Aku... aku tak sampai hati nak tinggalkan Rin."

"Laa... memang kau ni dah sah terkena BM..!" aku melepaskan geram.

"BM...? BM tu apa...?" Dahi Zek berkerut.

"Kalau kau nak tau, kau tanyalah tunang kau tu..?"

Zek terkebil-kebil. Mungkin dia tertanya-tanya, ada kena mengena ke antara tunangnya itu dengan BM?. Sedangkan dia pun tak tahu apa itu BM. (aku agak ajelah...)

__________________________________________________________

GURUH

JIKA DENGAR GURUH BERDENTUM
USAH MUDAH MENGUKIR SENYUM
AIR DITEMPAYAN USAH DIBUANG
BELUM TENTU HUJAN MENDATANG

36 comments:

Afida Anuar said...

BM tu apa ya?? kisah benar ke ni Encik Al-Bima??

blackpurple @ jowopinter said...

BM itu apa? Isk!

S.YanaZ said...

Salam Enche' Al-Bima,
Selagi manusia MELIHAT dgn mata org lain...
selagi itu dia BERFIKIR dgn nafsu, jauhhh sekali dgn IMAN.

Buat Zek,
moga diberi balasan yg setimpal.
Huh! Apa macam...?
:P

jagoan said...

Wo' oh kamu ketahuan!

sakurasa 2 said...

Wo"oh aku ketahuan
pacaran lagi...

Mak Su said...

periksa dulu sebaik-baiknyer, ek

Unknown said...

dengan dirinya, teman baik ku wo' oh!

Yana Ismail said...

BM=black magic kah?

hehe,dasyat seyh cite ni. hm, cian vee. Tapi apakan daya,mungkin ada insan yg lebih baik;)

Sbar ek dgn kawan kamu itu. buat ape nak jeleskan?kamu sudh ada insan tsyg..hehe

tegezoot said...

betui punya jantan la mamat tuh!!!

AL-BIMA SAKTI said...

afida;iyo. semuanya benar belaka..

AL-BIMA SAKTI said...

BP;BM? hang pikiaq ler sendiri... hehehehe...

AL-BIMA SAKTI said...

s.yanas;itu ler susahnya. melihat dgn mata orang lain, tp berfikir dgn nafsu sendiri. jadi kepala belut, otak ular...

AL-BIMA SAKTI said...

ah tok;  iyah... aku memang ketahuannnn... itu ler jadinya penceritaan..

AL-BIMA SAKTI said...

sakurasa;   he hi he hi he hik...

AL-BIMA SAKTI said...

mak su; tu ler, tersilap periksa ler tu agaknyer...

AL-BIMA SAKTI said...

kuih; wou wo... kantoi...

AL-BIMA SAKTI said...

pricess; betul..., kena belanja makan ek..?takde nak jeles pon... aku punya lagi cannnnnnt...... (tak terhabis).

AL-BIMA SAKTI said...

terkezoot;   betul punya jantan yang kantoi...

melayuangkat said...

Assalamualaikum Anakku Al Bima,

Kalau ini cerita betul kawan awak mesti putuskan pertunangan dengan Rin ini dan mahasabah diri sebelum ada apa apa hubungan dengan gadis lain dulu.

Kalau betul dia pisau cukur. Susah nanti, takut kalau dah kawin ada pulak hubungan dengan lelaki lain.

Tudung atau tidak bukan ukurannya sangat dan tidak pula boleh mencerminkan peribadi keseluruhan sesorang itu, tapi kalau dah sah ada sikap pisau cukur, tak perlulah sambung hubungan macam itu.


WaAllahuAlam.

A t i Q a h said...

Ayat jahat aku, 'Ha ha ha! Padan muka Zek!!'

:P

l.i.f.e said...

urrghhh...kata kat zek gini...
terlajak simpang boleh u-turn
terlajak perbuatan, fikir2 lah sendiri.

BM pun dia tak tahu? orang putih ke haper dia ni

Danielle_Corleone said...

saya tertarik dengan untaian kata-kata di bawah. :-) jangan terlalu memberi atau menanti harapan yang tinggi.

Yana Ismail said...

hahaha,tahu kamu punye lagi canntikkkk:)ahaks!

artsoul said...

tu la dia...bila terlalu setia mcm rin slalu jadi mangsa..ish,zek ni..tkkan tk tau buat decision kuttt...

t i u n g said...

BM? bahasa melayu.. :D

kad0k. said...

bm? sbb tu x bole percaya melalui ckp2..kena selidik..kalau dapat tangkap depan mata..barulah bole buat keputusan yg sewajarnya..kesian si vee...:)

AL-BIMA SAKTI said...

melayuangkat;  itulah problemnya bu. saya sudah jadi orang tengah yg sudah ditolak ke tepi. kesian saya...

AL-BIMA SAKTI said...

atiqah;   ayat jahat aku plak: otak letak kat kepala lutut ka...?

AL-BIMA SAKTI said...

l.i.f.e;   aku dah kata kat dia gini:  terlanjak makwe boleh tepis. terlajak pilih makan tak habissss....

AL-BIMA SAKTI said...

danielle; apa-apa pon kita kena gubna otak sendiri. jgan sesekali mudah terpengaruh dgn janji2 manis atau terlebih manisss... itulah kalau nak selamat....

AL-BIMA SAKTI said...

princess:  pandai kamu teka. anak sapa nih...? isk...isk... bijak sungguh no....

AL-BIMA SAKTI said...

artsoul;   hang sokong budak rin tu kah...?

AL-BIMA SAKTI said...

tiung;  BM = black magic. brapa kali nak cakap nih...?

AL-BIMA SAKTI said...

kadok;  aku pon tumpang fening....

Sri Diah said...

Akak sokong budak Rin tu. Baru padan.

Yana Ismail said...

anak cikgu ismail:)hik2