Thursday, May 28, 2009

AKU AKAN KE POLISAS

Sabtu (30 Mei 2008). Aku akan ke Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Semambu, Kuantan. Untuk menemui seseorang.

Pukul 9 pagi atau 10 pagi aku perlu ada di sana.

Untuk tidak terlewat sampai sebagaimana waktu yang dijanjikan, aku perlu bertolak dari rumah sebelum pukul 6 pagi.

Aku suka ikut Muadzam Shah. Selesa. Tidak sibuk dengan kenderaan. Di kanan dan kiri jalannya diredupkan dengan tumbuh-tumbuhan hijau merimbun. Memandu pun tidak membosankan.

Aku memang kerap ke sana. Apa yang aku musykilkan ialah, dari Gambang hingga ke Semambu, tiada satu pun aku temui papan tanda yang menunjuk arah ke Polisas.

Hanya satu papan tanda yang agak besar terpacak selepas jalan susur ke Polisas. Papan tanda itu tidak membantu kepada sesiapa yang belum biasa ke Polisas.

Lagipun, Polisas agak tersembunyi dan jauh ke pinggir hutan yang berbukit. Terlindung dari jalan utama.

Sepatutnya disediakan beberapa papan tanda menunjuk arah ke Polisas di tepi-tepi jalan utama, sama ada dari Gambang atau dari bandar Kuantan.

Sudah hampir setahun aku kerap ke sana, dan aku tertanya-tanya kenapa tiada papan tanda itu? Sedangkan 'penghuni' Polisas datangnya dari seluruh negeri di Malaysia.

Aku yang pertama kali ke sana, kira tersesatlah juga. Kerana belum biasa. Mungkin rama juga 'pendatang' lain yang pertama kali ke Polisas mengalami nasib yang serupa denganku. Aku tak nafikan.

Di manakah silapnya? Sebuah politeknik yang besar, tapi terabai dengan penunjuk arah untuk para pengunjung? Adakah kerana kelalaian? Tidak ambil kisah? Atau pakai ambil mudah?

Sekadar teguran untuk kebaikan bersama.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Aturkan setiap langkahmu biar berarah. Jika ia tidak berarah, kamu pasti akan kehilangan arah."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

8 comments:

S.YanaZ said...

Enche Al-Bima Sakti,
selamattt...!
:]]

ryann said...

banyak gak tempat yg gah tiada penunjuk arah. seolah macam kita boleh cari sendiri.
takkan nak suruh kita guna naluri pulak ye

abah aman said...

Salam,
Biar tidak ada penunjuk arah, janji kita mendapat petunjuk Allah.

A t i Q a h said...

Selamat pergi dan selamat pulang. :)

AL-BIMA SAKTI said...

s.yanaz;
selamat. terima kasih.


ryann;
janganlah anggap semua orang tahu apa yg kita maksudkan dan apa yg wujud.


abah aman;
petunjuk Allah insya-Allah akan kutemui. namun penunjuk arah kekadang amat ku meragui...


atiqah;
trima kasih. ku sudah kepulangan.

kad0k. said...

polisas tu yg kat dgn bandar indera mahkota tu kan? tempat tu sunyi je...

noorlara said...

masalah kekurangan papantanda adalah masalah seMlaysia, kekadang tu terfikir gaks bahawa mereka yg terlibat tu tak pernha naik kenderaan atas jalanraya, gi ikut atas kot!

kalau kehilangan arah
jadi tak tentu arah
boleh mengundang marah
hahahaha sabar aje lah

AL-BIMA SAKTI said...

kadok;
lebih kurang cam tulah...


lara;
ada org yg tak tahu apa yg perlu dibuat, walaupun dia diberikan tanggungjawab.

itulah masalah yg tak pernah sudah2.

sudahnya, banyak yg tak sudah2.