Saturday, May 9, 2009

KEMULIAAN IBU

KASIHMU TAK TERSISIH
*
Siapa lagi insan yang seharusnya dihormati dan dikasihi sepanjang hayat..?
Dialah insan bernama ibu yang seharusnya dimuliakan darjat.

Siapa lagi insan yang peranan dan jasanya tiada tolok bandingan?
Dialah wanita bergelar emak yang martabatnya teramat tinggi di persada kehidupan.

Siapa lagi insan yang mendidik anak-anak sedari tapak kaki sebesar dua jari
dengan kepayahan yang tak pernah berbangkit?
Dialah insan bergelar mama yang tidak pernah mengenal susah dan sakit.

Siapa lagi insan yang menjadi tempat mengadu dan bermanja kasih?
Dialah wanita bergelar ummi yang cinta sayangnya tidak pernah tersisih.

Siapa lagi insan yang Allah perintahkan kita berbuat baik serta menjaga dan memeliharanya sehingga ke umur tua?
Dialah wanita berhati mulia lagi sejati yang tidak pernah meminta kita menilai dan membalas jasa-jasanya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
SEKEHLOGI:
"Martabat seorang ibu itu teramatlah tingginya. Jika ada anak-anak yang tidak tahu mengenang jasa ibu, di manakah letaknya martabat anak-anak itu?"
*
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

10 comments:

kayteeze said...

Rasa terharu bila melihat ibu2 dan bapa ditempatkan di rumah kebajikan atau dibiar bersendirian di kampung.

Setengah2 orang terlalu leka dengan keduniaan hinggakan lupa akan 'permata' dalam hidup mereka.

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Mulianya status seorang ibu sehingga Syurga pun dikatakan dibawah telapak kakinya.

Bertuahlah mereka yang masih ada ibu, masih boleh dapat pahala memandang wajahnya. Masih boleh berbakti padanya.

Sehina-hina manusia adalah yang tidak mempedulikan ibunya.

WaAllahuAlam.

ryann said...

selamat untuk ibu

Nek Cun said...

Bima, seronok benar nekcun rasa bila anak-anak mengasihi dan menyayangi ibu mereka lebih dari segalanya kerana syurga seorang ank lelaki adalah di bawah telapak kaki ibunya sampai akhir hayatnya, kerana berbanding dengan anak perempuan, walaupun hubungannya dengan ibunya tetap akan sampai ke syurga tetapi ia juga perlu ta'at kepada suami apabila dia telah berkahwin. Beruntunglah ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang soleh!...

Bunga Rampai said...

Semoga ibumu sentiasa dalam rahmatNya.

Salam :)

noorlara said...

7 lautan bukan bandingan kasih ibu yg sentiasa mengalir, 7 gunung bukan tara ingatan ibu kpd kita yg tak pernah berakhir...seisi dunia takde satupun setanding dia...

kad0k. said...

selamat hari ibu..:)

AL-BIMA SAKTI said...

kayteeze;
sebilangannya sebegitu...


melayu angkat;
waalaikummussalam,
stuju, bu...


ryann;
semoga semuanya selamat...


nek cun;
rasa bertuahnya saya jadi anak lelaki... syukur...


Bunga rampai;
insya-Allah...semoga doa itu dimakbulkan...

salam...


lara;
benar belaka... doa dan penghargaan ibu adalah yg termulia...


kadok;
selamat hari ibu...

S.YanaZ said...

Terkenang-kenanggg...
Sob!Sob!

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes