Tuesday, June 2, 2009

KERANA MAT BANGLA

Malang seorang rakanku. Seorang usahawan muda yang semakin maju.

Dua minggu lepas dua orang Mat Bangla yang bekerja dengannya telah menghilangkan diri. Kedua-duanya cabut lari tanpa alasan diberi. Membuatkan rakanku itu amat susah hati.

Gaji setiap bulan tetap dibayar. Tapi kedua-dua Mat Bangla tu sengaja cari onar.

Rakanku telah pun buat laporan kepada pihak yang berkenaan. Namun sampai sekarang tiada apa-apa perkembangan.

Dua bulan kemudian dia terjumpa salam seorang Mat Bangla itu di sebuah tempat yang pernah dikunjunginya. Tapi Mat Bangla itu buat muka selamba dan macam tak ada terjadi apa-apa.

Rakanku menyapa dan berkata dengan nada geram; "Eh, Bangla.., berani kau lari ya? Pasport kamu berdua ada pada aku tau?".

Nak tau apa Mat Bangla tu jawab?

"Apa aku heran. Kau ingat kalau tak ada pasport, kami tak boleh hidup? Tak boleh cari makan ka? Mana-mana pun kami boleh cari makan la..," begitu jawab Mat Bangla itu dengan selamba.

Kemudian Mat Bangla itu terus berlalu.

Rakanku makin geram. "Kita, kalau nak bergerak ke mana-mana, risau kalau tak bawa i/c. Sedangkan ini negara kita. Tapi diorang sikit pun tak takut." dia merungut dan mengeluh.

"Apa nak heran," tingkah seorang lagi rakanku dengan pantas. "Di negara kita ni orang luar boleh buat apa saja. Kau tengoklah di sekeliling kita. Tapi kalau orang kita... " tingkah rakanku itu lagi yang tak tergamak untuk meneruskan kata-kata. Hanya kepalanya yang tergeleng-geleng.

Aku yang nak tersenyum, tapi tak jadi tersenyum, bila mengingatkan betapa ramainya Mat Bangla yang bekerja di sebuah tapak pembinaan yang berhampiran dengan tempat tinggalku. Ada kalanya mereka melalui jalan di sebelah kediamanku untuk berulang-alik ke kedai.

Hiss.., risau juga hati kecilku ini.
Risau jikalau mereka tergamak melakukan sesuatu yang tidak diingini yang boleh mengganggu ketenteraman komuniti di taman perumahan tempat tinggal kami.

Kami hanya mampu berdoa. Mudah-mudahan tiada apa-apalah yang akan berlaku.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Enggan memahami perasaan orang lain adalah satu tindakan yang tidak baik. Namun jika terlalu akur akan perasaan orang lain juga boleh menyebabkan terjadinya sesuatu yang tidak baik,"

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

10 comments:

arsaili said...

salam...sangat bersetuju, satu kenyataan...kekadang kita menjadi prasangka...kerana mereka seakan2 kebal undang2..bole buat apa saja

Yana Ismail said...

hmm agak menakutkan la bila tgk mereka dlm jumlah yg ramai tu..alaahai

S.YanaZ said...

Mat Bangla, Myanmar, Mat Indon...bersepah-sepah.
Benda2 mcm nih boley bikin gua panazzz!

:/

Unknown said...

last week, aku pegi nak gunting rambut kat kedai yang biasa aku pegi. slalunye ada satu brader ni yang guntingkan.tapi ari tu ada pulak mat bangla kat situ.aku ingat dia tu nak gunting rambut.tiba je turn aku, mat bangla ni panggil...bukan aku racist ke ape ke tapi ni negara aku, hanya anak bangsaku saja yang leh pegang kepala aku nih...tak tergamak aku nak biarkan bangsa asing yang pegang sbb masih ramai lagi kat negara ni yang mampu buat semua tu.

D'Rimba said...

Salam penulis handalan.

noorlara said...

malaysia ni kata org ape tu" kera di hutan disusui anak sendiri kehausan" Kerana terlalu berbudi bahasa, kerana terlalu bersifat kesihan kita jadi mangsa atas sikap sendiri yg keterlaluan, kekadang perlu untuk curiga dan berwaspada terutama kepada mereka yg asing!
salam hujung minggu, berbahagialah

melayuangkat said...

Assalamualaikum Bima,

Rakan Mak Cik baru kecurian. Oleh Mak Indon pembantu rumahnya yang bekerja 5 tahun dengannya!

kak ja said...

Kat taman perumahan umah kja ni, penduduknya TERSANGATLAH berbilang kaum.. bkn setakat Melayu, Cina, India, Punjabi.. tp 'diserikan' jugak dgn Indon, Bangla, Viet, Nepal.. mcm2 ada!! Dan sdh tentulah masaalah sosial pun sgt membimbangkan!!

Khairi Mohd said...

xmasuk lagi yg merompak tu semua. hishh!

masa ekonomi kuncup ni baik antar pulang je kan.

AL-BIMA SAKTI said...

arsaili;
kekadang mereka bebas sebebasnya...


princess;
alahai... habih camno..?


s.yanaz;
gua pun panazzz...


krulz;
anda berprinsip...


d'rimba;
salam.
trima kasih sudi singgah.


lara;
kekadang kecurigaan itu perlu.

salam juga buat lara... dan sejahtera hendaknya...


melayuangkat;
waalaikummussalam bu,

kasihan. sesungguhnya perlu juga bercuriga...


kak ja;
wahhh, meriahnya. bimbang akan meriah juga dgn macam2 gejala...


khairi;
sepatutnya begitulah...