Wednesday, May 6, 2009

MAT REMPIT...

GEJALA YANG MENGHANCURKAN NEGARA

Kenapa perlunya merempit? Apakah faedahnya..?

Kalau tak ada faedah takkan mereka merempit. Faedahnya ialah dapat 'alat' untuk memuaskan nafsu secara percuma. Alat itu ialah minah rempit, gadis bohsia dan 'barangan pemuas nafsu' terbaru mat rempit ialah 'cikaro' atau gadis bawah umur.

Kerana itulah mereka beriya-iya merempit. Dapat hadiah syurga dunia secara percuma.

Nampaknya hadiah yang mereka terima dengan kemenangan merempit lebih hebat daripada hadiah yang dianugerahkan oleh pihak berkuasa sekiranya mereka didapati salah merempit. Mana tidaknya, mereka tetap akan terus memburu hadiah 'syok' itu.

Walaupun apa hadiah dan keseronokannya, merempit tetap perbuatan kurang ajar yang menyusahkan ramai orang, yang juga boleh menghancurkan negara sekiranya tidak ditangani dengan sempurna.

Bermula dengan merempit, kaitannya ialah bergaduh, meyamun, merompak, merogol dan sehingga sanggup pula membunuh.

Kaki rempit pula telah merebak kepada remaja bawah 16 tahun. Terlalu mentah, tapi telah terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral dan memalukan bangsa.

Perbuatan merempit yang membimbangkan ini perlu ditangani dengan sebijak dan setangkas mungkin. Perlu dihapuskan sehingga 'ke titisan darah terakhir'. Kerana kewujudannaya cukup 'menyeksakan' orang ramai.

Ibu bapa usah pandang remeh perbuatan ini. Ambil tahu mengenai pergerakan anak-anak anda. Usah lepas tangan begitu saja. Padahnya tertanggung di pundak anda sudahnya.

Dan pihak berkuasa pula, kalau ibu bapa mat-mat rempit itu perlu dihukum atas sikap tidak ambil tahu tentang anak-anak mereka, teruskanlah dengan hukuman yang difikirkan berpatutan sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, keperluan undang-undang dan hukuman yang tegas perlu untuk mengatasi perbuatan tidak bermoral dan bermaruah itu daripada terus menular dan berleluasa sehingga membebankan negara.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Bunuhlah musuh itu dengan senjata apa dan apa cara sekalipun, asalkan musuh itu tidak membahayakan kita."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

7 comments:

A t i Q a h said...

Nafsu je semua tu. Haih.

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm..kita xleh selesaikan isu ini dengan akal fikiran kita...kita semua perliu kembali kpd agama...lebatkan diri dngn usaha dakwah...bukan dlm ibdat sj..tp dl usha dakwah skaali...

ku tak sempurna said...

ibu bapa kena perhati betul2 anak2 ..

Mak Su said...

iya, jangan pandang ringan, mula kecil tapi lama-kelamaan boleh menjadi nanah yang jelik

noorlara said...

masalah rempit sudah menjadi masalah negara, semua ahli masyarakat bertanggungjawab untuk membendung perkara ini dari terus berleluasa. kebebasan yg diberi kepada anak-anak oleh ibubapa, sikap di kawasan kejiranan "anak hang, anak hang,anak aku, anak aku" harus dikikis. itu lom lagi berlambaknya menda hiburan yg merosakkan akhlak yg mudah didapati tanpa penguatkuasaan yg berterusan dari pihak berkaitan. Rempit masalah kita!!!

AL-BIMA SAKTI said...

atiqah;
nafsu yg berpuncanya haru-biru...


anak pendang sekeluarga;
salam,
libatkan dengan dakwah
dekatnya mereka di sisi allah...
dan insya-allah...

(terima kasih sudi singgah).


ku tak sempurna;
ibu bapa kena ambil tahu
agar anak2 tak jadi hantu...


mak su;
kita selalunya bila dah parah baru nak terngadah. bila dah bernanah baru nak bersemah...


lara;
anak hang, anak hang,
anak aku, anak aku,
mula2 anak hang lintang pukang,
lepas tu terkena pulak anak aku...

dan sesungguhnya rempit itu satu penyakit...

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes