Monday, May 25, 2009

SEEKOR ANJING YANG TETAP ANJING

Seekor anjing yang sedang tersepit. Menyalak tak keruan.

Dia datang cuba menghulurkan bantuan. Untuk melepaskan anjing itu dari tersepit.

Sebaik selepas anjing itu terlepas. Anjing itu terus menerkamnya. Mujur dia sempat mengelak.

Anjing itu masih berkeliaran. Terlalu kelaparan dan kehausan.

Masih juga ada simpati di hatinya.

Dia mendekati anjing itu dan menghulurkan sebekas makanan. Tiba-tiba anjing itu menerkamnya sekali lagi. Kali ini tangannya terluka.

Dia merungut dan menyumpah-nyumpah sambil menahan kesakitan.

Dan buat sekian kalinya, dia benar-benar menyesal mendekati anjing itu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Jika kamu disukai seribu orang, itu adalah biasa. Tapi jika kamu dibenci oleh setiap orang, itu amatlah luar biasa."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

5 comments:

Afida Anuar said...

Salam Incik AL-Bima

Isk isk isk..x patut anjing tu terkam dia...erkk..

'bagai melepaskan anjing yang tersepit' huh!

Rajuna said...

ini anjing zaman sekarang.
ini tak boleh jadi.
kena telefon dbkl!

IT'S Me N.a.N.a said...

salam,
blog yang rapi dengan kata-kata yang simple dan penuh dengan maksud yg sgt tersembunyi.

-lagi baik diterkam anjing dari diterkam manusia.
=)

kad0k. said...

kalau dah anjing..anjing juga namanya bro..so let it be..biarkan aje dia..hahaha

AL-BIMA SAKTI said...

afida;
salam cik afida. itulah anjing...


rajuna;
suruh dbkl tembak... mati katak... eh, mati anjing.


n.a.n.a;
tima kasih.
ahaa... betul juga kan, kekadang biar diterkam anjing drp diterkam manusia kan (?).


kadok;
anjing yg tetap anjing. biar anjing terjun dgn tulang2nya...