Friday, May 1, 2009

HARU-BIRU

REMAJA CELARU
Remaja kita makin celaru
suka buat perkara yang haru biru
jalan yang salah terus dituju.
**
Salah dan silap tak pernah nak ingat
susah pula nak dengar nasihat
silap-silap jadi budak jahat.
***
Remaja keliru kurang bimbingan agama
belajar di sekolah pun tak bermakna
cikgu mengajar dia ternganga.
**
Mak bapak pun dia boleh kelentong
tak kira tempat terpekik terlolong
macam hilang akal terasuk polong.
***
Keluar petang balik awal pagi
nasihat mak bapak langsung tak peduli
astaghfirullah al-azim... takut terbuat benda terkeji.
**
Dalam banyak-banyak perkara yang elok
benda tak elok juga yang dia ikut
dah rasa gah bila dapat sedut rokok.
***
Bila hidup dah makin celaru
otak pun jadi beku dan keliru
hidup tak ke mana akhirnya mati kutu.
**
Usah dicari kebencian orang
ke mana tak selamat langkah pun kecundang
segeralah mencari jalan pulang.
***
Kalau terpesong kembali ke pangkal jalan
buat yang baik demi kebaikan
selalu-selalulah ingatkan Tuhan.
**
Berkawan berpada-pada
usah berkawan ikut sesuka
tersilap kawan boleh bawa celaka.
***
Buatlah benda yang berfaedah
mak bapak pun tak rasa gundah
sedara-mara dan rakan sekampung tumpah bermegah.
**
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
***
SEKEHLOGI
**
"Berhati-hati itu senjata budiman.
Kelalaian itu adalah senjata makan tuan."
***
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

7 comments:

ryann said...

remaja yg celaru ni bijaknya ke lain

noorlara said...

remaja itu hanya sekali
biar betul mencari identiti
agar terserlah kualiti dan jatidiri
barulah selamat di dunia dan akhir nanti

pernah tempuh masa remaja yang penuh liku dan lara...

A t i Q a h said...

Remaja adalah golongan manusia yg paling kuat diterjah cabaran dan pengaruh buruk. Semoga orang sekeliling yang sudah bergelar bekas remaja dapat temani mereka ke jalan yang lurus. :|

arsaili said...

salam..remaja adalah peringkat mencabar dalam perjalanan hidup sesorang manusia..kalau tersalah langkah...banyak padahnya

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

masa remaja aku dulu, seperti anak seluang berenang di lautan luas!...

AL-BIMA SAKTI said...

ryann;
bijaknya menyusahkan orang lain...


lara;
liku dan lara ada kalanya pengajaran. malah ada juga menjadi dendam dan ancaman...


atiqah;
banyak cabaran dan pengaruh. tersilap langkah terjerumus ke baruh (lumpur).


arsaili;
salam,
tersalah langkah buruk padah. terbetul langkah banyak faedah...


cikgooden;
remaja dulu jahatnya terkawal. baiknya bersendal... tahu dalam percaturan agar tidak terlalu kesumbangan...

k said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes