Pabila berkata-kata
suka mencaci cela.
Berlagak pandai
sekadar memandai-mandai.
Pabila berbicara
mengumpat pula.
Tika senang berseorangan
tika susah mencari kawan.
Suka meminta-minta
memberi dilupa.
Suka menerima
bersyukur tiada.
Di bibir lembut bermadah
di hati bersumpah seranah.
Dalam bermesra
mengutuk dan mengena.
Mulutnya manis
di bibir bersulam sinis.
Dalam ketawa
bersindir pula.
Pijak semut tak pernah mati
gajah dijentik pengsan berkali-kali.
Di depan mesra
di belakang mengata-ngata.
Siapakah mereka..?
**********************************************************************************
Kita Sesama Kita:
SIAPAKAH ORANG YANG PANDAI? ORANG ITU IALAH ORANG YANG BERSIAP SEDIA UNTUK HARI KEMATIANNYA, KERANA USIA DI DUNIA HANYA SEKETIKA, SEDANGKAN DI AKHIRAT KEKAL SELAMANYA.
17 comments:
siapa ek mereka itu...
*cek-cek dlm diri sendiri, apakah tergolong dlm mereka itu...
mereka ini mungkin saya, mungkin kamu atau mungkin yang lain. kan?
erk
tiba timbul kesedaran
mahu jadi seorang moralis
haha
Orang itu mungkin orang yang paling rapat amat dengan kita. Atau mungkin kita sendiri.
Isk. Kena muhasabah diri selalu. Itu yang penting.
soklan senang, tp susah nk jwb ni.mungkin juga aku..realitinya kawan² sekeliling kita gak ni..
aku harap aku x tergolong dalam "mereka"
Siapa ek?hmm...kawan2 kita jgak kot..diri sendiri..alahai
Kalau jumpa bomoh mesti dia kata, jiran kita atau orang yang dekat dengan kita.
:D
Aku berharap aku bukan salah seorang dari mereka.
Tapi tanpa aku sedari aku mungkin pernah menjadi salah seorang dari mereka...
Aku insan yang serba kekurangan..
forgive me then..
Forgive my weaknesses.
Siapa yang malu?
Mereka dan keluarga mereka.
ini betul punyer teka teki nih
oh.... saya kenal! saya kenal!
meera;
cek btul-btul...
danielle;
mungkin, mungkin, mungkin dan mungkin...
rajuna;
iye ke? elok la tuh...
atiqah;
kita rasa pun cam tu gak...
tiung;
hmmm... iye le gamaknya...
mr penyubiru;
aku harap aku pun x macam mereka...
princess;
iyo. den ghaso pun cam tu...
ah tok;
klu jumpa doktor plak, dia kata sakit biasa je tu. tp kena makan ubat 3 x sehari... hehehe...
afida;
aku pun tak nak jadi camtu. tp nak buat camana, kita semua memang ada kelemahan kan...?
pegawai khalwat;
siapa yg tak malu?
keluarga mereka dan mereka...
marjerin;
reality...
mak su;
saya pun kenal gak... hehehe...
bukan aku kan al-bima?..:)
siapa makan cili dia yg rasa pedassss...
mengumpat dah jadi satu tradisi..sy takut sy tergolong dlm mereka2 ni..tk pasal2 buat dosa kering
artsoul;
semoga kita semua dijauhi sifat2 yg tak baik... barulah aman sikit dunia ni...
Post a Comment