Thursday, July 17, 2008

"SEBENARNYA... SEBENARNYA AKU..."

Kalau diikutkan rasa. Aku sebenarnya malas nak cerita. Takut nanti kau orang kata aku ni mengada-ngada. Nak tunjuk eksyen pula. Nak berlagak pun ada. Yang paling aku takut kalau aku ditohmah riak. Itu yang paling aku nak elak.

*(buat tak tahu + macam tak dengar)

Tapi kalau tak cakap susah juga. Nanti kau orang kata apalah punya member. Itupun nak jadi rahsia. Mentang-mentang la dia dah ka**. Sampai lupa member. Tak sedap juga mendengarnya..!

*(melopong)

Jadi aku dah ambil keputusan. Di sini aku nak jelaskan. Nanti taklah kau orang terkejut sakan. Taklah kau orang tuduh aku yang bukan-bukan.

*(makin terlopong)

Macam ni cerita dia. Kau tau kan tanah pusaka ayah aku kat ****. (Nama tempatnya dirahsiakan di sini demi keselamatan keluarga). Setelah ditukar nama, tanah tu milik aku tiga beradik. Sejak dua tahun lepas, aku dan adik-beradik aku yang lain ada berbincang dengan satu syarikat pemaju perumahan. Dia orang nak buat projek perumahan atas tanah tu.

*(makin terlopong + terbeliak)

Jadi aku dan adik-beradik aku dah setuju. Kami dah pun buat agreement dengan syarikat tu bahawa kami setuju tanah tu dibuat taman perumahan.

*(Terlopong-lopong + terbeliak)

Ikut agreement tu, selagi projek perumahan tu belum siap, syarikat pemaju akan membayar kepada kami dengan jumlah tertentu (mengikut perjanjian dibuat) pada setiap tahun.
Dan mengikut perjanjian, pembayar pertama ialah sebanyak RM100,000.00 dan bayaran berikutnya ialah sebanyak RM80,000.00 pada setiap tahun selagi projek itu belum siap. Perjanjian tu dah berjalan tiga tahun lalu. Bayaran pertama dan berikutnya dah pun kami dapat.

*(Terlopong + ternganga + terbeliak)

Berdasarkan perjanjian tu, nilai keseluruhan projek ialah... (rahsia - atas nasihat peguam kami). Tetapi nilai keseluruhan untuk kami adik-beradik hasil daripada projek itu ialah hampir RM3 juta.

*(Celaka kau... celaka...!)

Kau tak percaya? Terserahlah.

*(Celaka kau...!)

Nota: Siapakah yang bercerita itu? Dan siapakah pula yang terlopong-lopong itu?

Kita Sesama Kita:
KALAU KITA BERCAKAP APA YANG KITA TAHU SEDANGKAN ORANG LAIN TIDAK MENGETAHUINYA, KITA DIANGGAP SEBAGAI SEORANG YANG BERILMU. TETAPI SESEORANG YANG BENAR-BENAR BERILMU IALAH DIA MEMBERITAHU APA YANG DIA TAHU KEPADA ORANG YANG TIDAK TAHU.

8 comments:

kad0k. said...

kamu hanya mampu terlopong sahaja kah al-bima?...:p..wahhhh...kaya2..satu juta sorang...hehehe

butaseni said...

kaya kaya lepas ni boleh buat drama tv tu tuan hehehe

KAKTINY said...

wah kayanyer...

ayah kata dia takdak tanah duit atau harta2 nak bagi kat anak2 dia.. hanya 'pelajaran' shj yang dia tinggalkan.. so.. saya kena 'berusaha' keras utk dptkan 'harta' yang ayah 'bagi' tuh..

tasikmerah said...

engkaukah yg bercerita itu bang?

Al-BIMA SAKTI said...

kadok;
setakat ni masih rahsia... hahaha...

butaseni;
aku pun minat. nak jadi rakan kongsi...?

kaktiny;
belajarlah sungguh-sungguh ya kak...?

tasik;
ekau agak sapo, warih...?

SATIRA + KACAU said...

Al-Bima: Kau ni sebenarnya saper? Bondker?

Ha. Ha. Ha.

t i u n g said...

aku pon terlopong..

Al-BIMA SAKTI said...

satira;
aku...? hahahaha.... aku adalah.... AKU...

tiung;
ekau terlopong lagi ke...?

AKU TAK TERLOPONG PUN...!HEHEHE...