Saturday, July 19, 2008

KITA & PERASAAN

Kita hanya manusia biasa
punya hati dan berjiwa
jika ada yang tak kena
akan mudah tersentuh dan terasa.

Mungkin berminda terbuka
sedia ditegur dan diperkata.

Kalau bersenda
kita tak suka dipersenda
ataupun mempersenda.

Kita juga macam yang lain
suka berteman atau bersaing
kalau bermain
tak suka dipermain-main
jika bermain-main
tak suka main-main.

****************************

Tak payahlah nak buat penafian
selagi kita berjiwa kemanusiaan
kita selalu bertindak ikut perasaan
soal kewarasan selaluanya terkemudian.

Perasaan selalu mengawal kita
hati dan akal selalu kita lupa
selalu bertindak apa yang kita suka
itu selalunya mendatangkan bahaya.

Bila sudah bertindak dan terbuat
barulah semuanya kita nak ingat
ada kalanya sesuatu itu sudah terlambat
andai sesuatu itu tidak mendatang musibat
mujurlah nasib masih selamat.

Selalunya kalau bertindak ikut hati
selepas itu kita akan menyesali
itulah buktinya kita manusia sejati
hidup di dunia bergelar insani
salah dan silap tidak mampu diketepi.

Sepatutnya kita sebelum bertindak
perlu berfikir secara bijak
tiada kata atau perbuatan yang terlajak
tiadalah masalah berlambak-lambak.

Hati yang satu dan kita miliki
perlulah dijaga berhati-hati
biar sentiasa bersih dan murni
tidak mengata tidak mencaci
sentiasa sedar kekurangan diri
suruhan Allah sentiasa patuhi
Insya-Allah sejahtera dilindungi Ilahi.

Kita Sesama Kita:
"SIAPAKAH ORANG YANG MEMPUNYAI AKAL? ORANG ITU IALAH ORANG YANG MENGHUNI SYURGA KELAK, KERANA DIA TELAH MENGGUNAKAN AKALNYA SEWAKTU DI DUNIA UNTUK MENGHINDARI SEKSA NERAKA"


15 comments:

xrajunax said...

alhamdulilah...
tiba2 sejuk je hati aku ni.
hahahaha..

A t i Q a h said...

Ikut hati mati,
ikut kata binasa.

Puisi yang mantap.
Saya pun ikut sejuk hati.
;)

bunga rampai said...

Perhati dan fikirkan apa yang diperhati, insyallah tercetuslah ilmu.

Salam, dan moga yang indah-indah saja buatmu minggu ini :)

ah tok said...

saya selalunya ikut hati :D

KAKTINY said...

masih belum berakal rupanya aku.. dan tika dan saat ini rupanya masih belum layak merasa indahnya syurga..

Al-BIMA SAKTI said...

rajuna;syukur... tanda kau dah dapat rahmat-Nya...
atiqah;alhamdulillah... rahmat buatmu...
bunga rampai;wassalam... trima kasih. yg indah2 juga buatmu hendaknya...
ah tok;jgn selalu2 ikut hati. nanti kau sendiri yg sukar dimengerti...
kaktiny; jika kita sentiasa sedari kekurangan diri, maknanya kita ke arah 'berakal' itu...

Princess Liyana said...

Best puisi ni:)
Marilah kita gunakan akal kita sepenuhnya;)

Al-BIMA SAKTI said...

princess;
t.q):
klu kita guna akal dgn baik, maka akan baiklah akal kita. tak gitu..?

kad0k. said...

puisi tu sgt bermakna bro...tp kan..ermm..kdg2..nafsu melebihi akal..so mcm mana?

t i u n g said...

lumrah hidup..berpikiaq sebelum buat adalah lebih baik dari buat sebelum pikiaq..
haa sama2 la kita pikiaq..

butaseni said...

best puisi ni.
ikut rasa binasa,ikut hati mati.habis nak ikut apa?hehe

Al-BIMA SAKTI said...

kadok;
nafsu melebihi akal sesekali takpe. klu selalu, jaga-jaga 'malang' bakal mnimpa...

tiung;
haaa... tau takpe... tak tau rosak binasa...

butaseni;
ikutlah akal... akan kekal dan terkawal... tak gitu..?

(maaf, sekadar pendapat...)

Mak Su said...

yezza

Rosmalina said...

selalu doa supaya tuhan bersihkan jiwa dan minta jauhkan sifat dengki, iri hati dan dendam!

Al-BIMA SAKTI said...

maksu;
yezzzapp...

rosmalina;
alhamdulillah...semoga doamu dimakbulkan Tuhan hendaknya...amin...