Wednesday, July 23, 2008

SUSAH HATI vs BAIK HATI

PAGI minggu lalu. Lelaki itu pergi memancing lagi. Kerana itulah saja hobi keramatnya.

Sebelum dia keluar rumah. Isterinya meminta agar dia menemankannya ke pasar raya. Banyak barang dapur yang perlu dibelikan.

Lelaki itu menolak. Katanya, dia sudah berjanji dengan rakan sehobinya untuk pergi memancing.

Disebabkan itu, berlakulah perang kecil antara dia dan isterinya. Kata si isteri, dia lebih mementingkan hobi dan rakannya daripada isterinya sendiri.

Lelaki itu sengaja diamkan diri. Kalau dilayan berterusan, mungkin akan timbul perang besar.

Lelaki itu keluar rumah tergesa-gesa. Malas nak dengar leteran isterinya berterusan.

Si isteri semakin meradang. "Pergilah ikut hobi awak tu. Kalau tak dapat ikan, awak jangan balik. Tidur kat situ sampai besok!" lantang suara si isteri dalam kemarahan.

Si Lelaki pura-pura tak dengar. Terus keluar dengan motosikal cabotnya. Saja tak bawa kereta.

Kemudian lelaki itu singgah di rumah rakannya. Mereka bertolak bersama dengan motosikal masing-masing.

Belum pun setengah jam mereka memancing, rakan si lelaki menerima panggilan dari isterinya. Anak mereka yang berusia lima tahun terjatuh di tangga rumah. Tangan kanannya sakit. Mungkinkah patah?

Rakan si lelaki minta diri untuk pulang ke rumah. Cadangannya untuk membawa anaknya ke hospital jika sakitnya serius.

Tinggallah si lelaki itu memancing tanpa rakannya. Tapi masih ramai lagi pemancing lain di situ.

Apalah malang nasibnya hari itu. Seharian dia memancing, seekor ikan pun tidak kedapatan. Sedangkan pemancing-pemancing lain semakin beransur pulang seorang demi seorang dengan hasil tangkapan masing-masing.

Lelaki itu hanya mampu mengeluh. Dan hanya mengeluh lagi.

Akhirnya tinggallah lelaki itu keseorangan. Semua pemancing lain sudah pulang.

Lelaki itu bermenung panjang. "Adakah ini kerana sumpahan isteriku?" bisik hati kecilnya.

Hari semakin senja. Suasana beransur kelam. Lelaki itu masih bermenung jauh.

"Hai.., kenapa tuan termenung?" tiba-tiba seekor ikan timbul di depannya dan bertanya kepadanya.

Lelaki itu terkejut dan tergamam. Dia hanya memerhatikan ikan itu melompat-lomapat di atas air di depannya.

"Tuan susah hati sebab tak dapat ikan ke...?" tanya ikan itu lagi.

Lelaki itu tiba-tiba menarik nafas panjang. "Apakah benar apa yang aku lihat ini?" hati kecilnya berdetik dalam keliru.

"Betul ke tuan susah hati?" tanya ikan itu seterusnya.

"Ya. Aku susah hati sebab tak dapat ikan. Nanti isteriku akan marah lagi padaku," ujar lelaki itu.

"Ha...ha...ha..!" ikan itu ketawa kecil.

Lelaki itu membeliakkan matanya. "Ikan pun tertawakan aku?" detik hatinya lagi.

"Maafkan saya, tuan. Saya hanya bergurau tadi," ujar ikan itu kemudiannya.

Si lelaki tersenyum dalam paksaan.

"Sebenarnya saya kasihan melihatkan tuan..."

"Kalau kau kasihankan aku pun, apa yang kau boleh bantu?" suara lelaki itu agak tinggi.

"Macam ni lah tuan.., apa kata kalau tuan ambil diri saya ini sebagai hasil tangkapan tuan untuk hari ini," kata ikan itu dengan rela hati.

"Kau ni biar betul, ikan. Kau jangan nak permainkan aku. Dahlah aku ni tengah susah hati..."

"Betul tuan. Saya rela serahkan diri saya kepada tuan. Saya rela menjadi hidangan makan malam tuan sekeluarga," ujar ikan bersungguh-sungguh.

"Betul ke kau sanggup serahkan diri kau padaku?" tanya lelaki itu yang masih ragu-ragu.

"Betul, tuan," kata ikan lalu berenang mendekati lelaki itu. "Tangkaplah saya..." tambah ikan itu lagi.

"Lelaki itu terdiam seketika. Matanya tajam merenung ke arah ikan yang semakin hampir dengannya itu.

"Apa tunggu lagi, tuan. Saya sudah menyerahkan diri saya pada tuan," ujar ikan itu lagi.

"Oh.., ikan. Kau sungguh baik hati. Tapi aku tidak sanggup untuk menangkap kau, untuk dijadikan laukku sekeluarga," balas lelaki itu.

"Kenapa?" tanya ikan.

"Kerana kau terlalu baik hati. Aku tidak tergamak untuk memakan kau..." balas lelaki itu seterusnya.

Akhirnya lelaki itu pulang ke rumahnya dengan tanpa sebarang tangkapan ikan. Isterinya tidak berkata-kata apa-apa. Hanya mukanya masih mencuka kerana masih merajuk agaknya.

Sehingga tengah malam, suami isteri itu berbaik-baik dan mampu bermesra semula. Apa nak dihairankan, kerana selama ini mereka adalah sepasang suami isteri yang bahagiaaaaa...!!

Kita Sesama Kita:
DALAM DUNIA KEMANUSIAAN, SELALUNYA ORANG YANG BERHATI MULIA AKAN MENJADI MANGSA ATAU TOHMAHAN KEJAHATAN. TETAPI ORANG YANG TIADA KEMULIAAN PULA SERING DISANJUNG DAN DIBERIKAN LEBIH PENGHORMATAN.

17 comments:

ah tok said...

Orang yang baik-baik hanya untuk orang baik.

Jika sebaliknya,
anggaplah ia dugaan. Amin.

Redho isteri juga perlu kan. kan?

Najwa Aiman said...

Kalau dia balik bawa ikan yang serah diri tu, mesti dia dapat bermesra sejak petang sampai besok paginya.

KAKTINY said...

org yang berhati mulia sering diperlakukan seperti hamba.. dan yang 'berlagak dan berpura2 mulia' itu yang disanjung dan dipuja... SETUJU!!!..

tapi lebih percaya dan yakin akan ganjaran dan pembalasan di sana kelak.. (dunia kan sementara..)

Afida Anuar said...

Adakah bererti, kalau kita susah hati, kita akan jadi baik hati?

Atau sebaliknya?
It depends rite?

Moral of the story: Nak gi mancing pun, kene la dahulukan keperluan isteri. Isteri kita lagi penting dr hobi. Dok gitu Encik. Al Bima Sakti?

meera said...

dunia dah hampir ke penghujung mmg itu lah tanda2nya...

yg melakukan kemungkaran akan disanjung2...

yg menegakkan kebenaran akan dihina, difitnah...

fahmi said...

:)

Princess Liyana said...

Kalau dah sayang, dapat ikan ke tak, semua tak penting:)huhu

Al-BIMA SAKTI said...

ah tok;
aku setuju. dan org baik-baik selalunya banyak hadapi dugaaaannnn...

najwa aiman;
hmmm... aku pun rasa macam tu gak... entah-entah hingga terlebih mesra tak..?

kaktiny;
betul... kerana Dia yg maha mengetahui...

afida;
selalunya, klu kita susah hati, kita mudah mengenali diri.

Peliknya, masih ada manusia yg tak tau nak beza yg penting dgn yg kurang penting. itulah punca hura-hara tu...

meera;
btul. yg benar diketepi. yg salah disanjungi. itulah 'kebenaran' hidup hari ni...

fahmi;
(:?) kau keliru ke..?

princess;
ikan boleh ditukar ganti, kan? sayang mana boleh ditukar-tukar... kan..? kan..? kan..?)ehek...ehek...

Mr penyubiru said...

tengah malam baru berbaik semula.hmmm...oooo..

tasikmerah said...

kalau aku, ikan tu bg salam je aku dh cabut.. ha ha...

marjerin said...

salam ziarah..:)

Al-BIMA SAKTI said...

mr penyubiru;
hmmm...ok la tu...

tasekmerah;
kalu ya pun, jawab le salam dulu, baru cabut...

marjerin;
salam ziarah...

Danielle_Corleone said...

nasib baik dia berdiam diri awal2. haha.

t i u n g said...

yang baik tu org susah nk nmpak,dok nampak tang keburukan ja..
amalan berteraskan kemuliaan akan membawa kesejahteraan..

Rajuna said...

kalau ditangkap ikan itu.
aku yakin dan percaya
ikan itu akan menjadi

wanita yang seksayyy!!!
hehehe

Bunga Rampai said...

Kita sesama kita: manusia melihat sesuatu hanya dengan sebelah mata.

Salam :)

kad0k. said...

pelik aku ikan bole berbicara dan ketawa..kamu masih dialam nyata?...:p