Monday, July 7, 2008

PERIHAL NYAMUK - 2

Nyamuk - antara hidupan di dunia yang paling aku benci.
Tak ada yang tak benci, melainkan aku benci sebenci-bencinya.
Sebab ia merupakan hidupan yang yang membawa penyakit
dan menyebabkan banyak masalah lain kepada manusia.

Tetapi nyamuk ini hidupan yang tak sedar diri. Ia perasan
kononnya ia lebih bagus daripada hidupan lain. Dan cita-citanya pun cukup tinggi.
Sebab itulah ia selalu nak duduk dalam rumah (bangunan), walaupun tak pernah
mendapat izin pemilik rumah.

Jadi, kerana mahu menyempurnakan hajat dan hasrat tersembunyinya (tapi memang telah diketahui oleh manusia - untuk hisap darah) ia terpaksa juga menceroboh tempat tinggal manusia walaupun secara tak halal (haram).

Kononnya nyamuk yang tak pernah sedar diri ini, juga perasan yang ia lebih besar daripada hidupan lain di dunia.

Dan disebab ia terperasan yang ia kononnya lebih besar dan serba bagus, maka ia rasa ia boleh buat sesuka hatinya kepada hidupan lain, termasuklah manusia. Tak lain dan bukan, kerjanya ialah menghisap darah.

Itu bab menghisap darah. Tak kira siang atau malam. Janji ada
peluang dan kesempatan. Macam darah yang ada dalam tubuh kita ni ia yang
punya. Macamlah ia yang kasi makan pada kita. Banyak cantik..!Jahanamlah lu..!
Apa ke jadahnya semua ni..?! Mak bapak kita pun tak pernah hisap darah
kita macam tu. Puuii...! Puii..! (Oopp... sorry... terlebih pulak. Hee...hee..hee. Aku kalau dah marah memang macam tu. Tapi tak selalulah...)

Berbalik semula bab nyamuk yang suka wiieeuung... weeeiiuungg kat telinga manusia. Itu adalah
bab lain. Tapi kenapa ia suka buat macam tu...?

Haa... inilah yang nak diceritakan ni. Seperti yang dikatakan tadi bahawa ia sejenis hidupan yang serba serba terperasan.... jadi tujuan ia berweeiiuung... weeiiuung kat telinga manusia tu... kononnya... (diulang sekali lagi) konon-kononnya... ia berhasrat dan bercita-cita nak memotong (menggergaji) telinga manusia yang didekatinya itu.

EH.., iye ke..? Kenapa pulak ia nak buat macam tu...?

Hmm... aku pun tak pasti. Tapi kalau mengikut apa yang pernah aku tahu, sang nyamuk ni kalau boleh bukan nak hisap darah manusia aje. Tapi ia nak telan dengan manusia tu sekali. Sebab... kan ia jenis yang terperasan bagus dan bercita-cita tinggi.

Tapi yang menjadi masalah bagi nyamuk durjana tu ialah ia menganggap telinga manusia itu menjadi penghalang besar baginya. Kerana, kalau dia nak telah manusia, telinga itulah yang bakal tersangkut dan tersengkang di mulutnya nanti.

Jadi... caranya...?

Haaa... jadi itulah pasal ia nak potong telinga manusia. Dan bila telinga manusia dah dipotong, anggapannaya akan memudahkan ia menelan manusia yang ingin ditelannya itu.

Percaya tak..?

Boleh percaya ke...?

Tapi begitulah ceritanya tentang perihal nyamuk... sebagaimana yang
pernah diceritakan oleh arwah nenekku semasa aku kecil dulu...

(Sendal Otak: Mungkin juga masa zaman nenek aku punya nenek dulu, nyamuk di dunia ni sebesar gajah kot. Aku agak ajelah. Tapi aku tak suruh kau orang percaya tau..?)

Perlibahasa: Nyamuk sama nyamuk berjuang, manusia mati di tengah-tengah.

Kita Seasama Kita: "SESUATU YANG TERJENGAH DI TELINGA,
HARUS DITELITI DAN USAH MUDAH PERCAYA.
SESUATU YANG MENYINGGAH DI MATA,
ITULAH SEBENARNYA YANG PASTI LAGI NYATA"

20 comments:

Yana Ismail said...

huhu,nyamuk memagla suka hisap darah:p
ahaks!

kad0k. said...

tp yg penting nyamuk betina lah yg hisap darah tu..:)

asuhara sue said...

namrud mati pun sebab nyamuk yg tuhan utuskan..

Afida Anuar said...

Rupanya ade cerita tersirat di sebalik cerita nyamuk ni..

Very nice approach!
Keep on writing then:)

Sir Mute Key Chicks said...

haha.

aku paham.nyamuk.kamu sungguh puitis.

ya dan ya.nyamuk di negara kita semua besar dan bercita-cita tinggi.

haha.

Sir Mute Key Chicks said...

psst..komen utk saja-saja release tensen..

kan ker ader satu lagi soklan tuh..

soklan ke empat berbunyi,
kenapa ibu mengandung.....

haha.aku suka keempat-empat soklan itu.

dan kau akan berfikir bahawa otakku mungkin sedikit berwarna biru kekunning-kuningan.sedikit.

Rajuna said...

percaya la brader
kita dan nyamuk saling memerlukan
kita semua dalams satu kitaran
tak de nyamuk tak gatal
kan? kalau takde nyamuk mana nak datang gatal?

perempuan=nyamuk? haha

ceh

Meera Melati said...

jangan kita pun berperangai spt nyamuk dah la ek...

Najwa Aiman said...

Yang weeiiuung kat telinga selama ni tu nyamuk ke? Astaga wa esta bagadud... kusangkakan keldai....

Err... salamzzz...

t i u n g said...

keji btui nyamuk..
weunggg wengg kat telinga kdg2 siap masuk telinga..

AL-BIMA SAKTI said...

princess;
ehek...ehek... tau takpe(dgn suara yg paling terlembut)

kadok;
mano ekau tau ni..? skolah kek mano dulu?

asuhara;
tentu ada yg lupa tu kan..?

afida;
camno tau ni..? tq...

semut;
Ekau ni tau2 ajelah...itu yg aku risau tu. sebab nyamuk tu bukannya berjenis sangat kan..? eh, yg tu pun ekau tau gak ek? saja aku 'cens...' takut sensitif. tp yang kuning tu aku tak sebut... ekau yg sebut...

xrajunax;
saling memerlukan? tinggi sungguh pengajian tuan hamba...

meera;
itu yg nak kena hati-hati tu...

najwa;
sapo ado pelihara keldai kek malaysia ni..? kau konal ko..? bagitau den...

tiung; itu yg aku benci + menyampah tu...

Afida Anuar said...

Erkk..camne tau?? kene paham bahasa tersirat la kut..br leh tau maksud tersirat di sebalik cerita. ngeh33

Apa pun, mmg nice approach la al bima sakti!

Happy writing!

Kaktiny said...

lupa nak spray nyamuk @ pasang ubat nyamuk masa balik kampung hari tu.. habis muka anak2 dpt bulat2 merah.. sian kat anak2 - mak yang alpa.. alahaiii..

Mak Su said...

nyamuk gergasi ada lagi tak?

AL-BIMA SAKTI said...

afida;pnjang ceritonyo. lain kali ajolah kito ceritokan ek..?
kaktiny;satu pengajaran. lalai sikit, macam-macam boleh jadi...
mak su;cubo tanyo jbtn kesihatan (bhgn vector) hahaha...

artsoul said...

manusia pun ade yang hisap darah gak...

Yana Ismail said...

cewah!suara lembutla plak.hehe

tegezoot said...

kalau tertelan nyamuk pulak, macammana?

Sri Diah said...

Baru semalam tengok gambar Tan Sri Khalid Ibrahim pegang replika nyamuk sempena kempen denggi. Wah besarnya nyamuk itu... Cepat bunuh ia!

AL-BIMA SAKTI said...

artsoul:
itu buktinya darah berguna & banyak makna.

princess:
ehem... ehem... (pun lembut gak).

tegezoot:
sekor? dua ekor? tak kenyang.

sri dia:
iye ke? gantung mandatori la... bahaya tu...