Wednesday, May 28, 2008

TOHMAHAN PERLU DIJAWAB

Dengan ledakan tohmahan di alam siber yang bertujuan memburuk-burukkan kerajaan dan meracuni fikiran rakyat, membuatkan kerajaan tidak akan mendiam diri lagi dan bersedia untuk menghadapinya. Begitu tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, kesilapan besar kerajaan sebe lum ini adalah kegagalan untuk meneutralkan segala tuduhan tidak berasas yang tersebar luas melalui blog di internet. Ia merupakan satu faktor yang tidak dijangkakan dan telah mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kerajaan.

"Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu telah memberikan pengajaran agar kerajaan menyiapkan diri sepenuhnya dengan medium media baru ini," tambahnya lagi.

Moral: Setiap tuduhan atau tohmahan melulu yang dilemparkan kepada sesiapapun, tidak kira melalui internet atau apa saja, mesti perlu dijawab dan diperjelaskan. Manusia yang semakin berilmu hari ini, yang sebenarnya semakin pendek akal, terlalu mudah dan percaya apa saja yang didengarinya tanpa usul periksa.

KALAU SESIAPA YANG KENA TUDUH HANYA MENDIAMKAN DIRI, KERANA PERCAYAKAN 'YANG BENAR AKAN TETAP BENAR', SEBENARNYA DIA SENGAJA MEMBIARKAN DIRINYA BERTERUSAN MENJADI MANGSA SI PEMBUAT FITNAH ITU.

Oleh itu, setiap yang tidak benar itu perlulah dinafikan sekeras-kerasnya. Selagi yang kena tohmah itu berdiam diri, selagi semakin orang akan percaya dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Manusia hari ini memang suka ambil kesempatan untuk memburukkan orang lain, terutama kepada orang yang 'lebih' daripadanya. Mungkin cemburu atau kerana hasad dengki yang bernanah dalam dirinya. Berwaspadalah..! Manusia sebegini berada di mana-mana... dan mungkin dia 'rakan' kita.

3 comments:

AHMOI said...

memang banyak yang mengambil kesempatan...kerajaan perlu mengkaji kembali apa yang telah berlaku..kerajaan tak boleh ambil mudah dengan apa yang berlaku pada pilihanraya yg lalu...

AL-BIMA SAKTI said...

memang benar adikcom... dan tiada yang tak benar. semuanya benar belaka.

terima kasih kerana singgah ke blog saya.

SATIRA + KACAU said...

Tuan Penyair: Tidak teringin meletak link kah?

Jangan marah. Tumpang tanya.

Satira + Kacau