Wednesday, May 28, 2008

TIADA KEBEBASAN YANG MUTLAK

"Kebebasan bersuara sememangnya adalah hak asasi tetapi ia bukanlah sesuatu yang mutlak atau boleh dilakukan tanpa kawalan. Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk merosakkan reputasi dan harga diri seseorang atau menghina agama lain termasuk agama Islam," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tegas belaiau lagi, "Setiap negara termasuk Malaysia memerlukan undang-undang untuk melindungi rakyatnya daripada sebarang dakwaan berunsur fitnah dan mempertahankan institusi terasnya daripada kenyataan berbentuk hasutan."

Moral: Setiap kebebasan bergerak ada hadnya. Setiap kebebasan bersuara ada batasannya. Kenapa perlu bersuara seandainya boleh menyinggung puak atau individu tertentu, sedangkan kita mahu sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian kehidupan di negara yang aman damai ini. Kenapa perlu dicetuskan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama? Mereka yang cenderung ke arah itu sebenarnya mempunyai motif tertentu dan niat tersembunyi serta tidak ada perasaan syukur dan sayangkan negara ini. Individu sebegini sepatutnya tidak dibiarkan terlepas bebas di negara ini, dan perlu menerima hukuman.

No comments: