Friday, May 16, 2008

APA YANG PELIKNYA..?

Hari Khamis, pukul 8.30 malam aku menonton berita di TV swasta. Kata penyampainya, berita seterusnya agak pelik tapi ada kebenaran,iaitu berita mengenai seorang lelaki yang sudahpun beristeri tiga, tapi dia mahu bernikah seorang lagi dan dipersetujui oleh ketiga-tiga isterinya itu.

Mungkin itu yang dikatakan pelik, kerana ketiga-tiga isterinya mengizinkan suaminya itu berkahwin seorang lagi, walaupun dibantah oleh mahkamah.

Tapi apa sebenarnya yang pelik kalau isteri yang sedia ada membenarkan suaminya berkahwin, asalkan tidak melebihi empat orang, sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat Islam. Lagipun berkahwin empat itu memang ada dalam hukum agama Islam. Jadi tak ada yang peliknya.

Sebenarnya yang pelik ialah bila isteri yang sedia ada tak membenarkan suaminya berkahwin lagi, walaupun suaminya itu mampu segala-galanya. Itulah yang sepatutnya dikatakan pelik. Sebab sesuatu yang sepatutnya boleh, tapi tidak dibolehkan, itulah yang pelik. Kalau yang sepatutnya boleh dan diberikan pula keizinan, apa yang peliknya..? Cubalah kita fikir-fikirkan.

Moral:

1.Manusia hari ini sentiasa dalam kekeliruan dan sentiasa pula dikelirukan oleh manusia yang merasakan dirinya pandai dan serba tahu, sedangkan dia tidak tahu apa yang dia rasa dia tahu.

2. Manusia hari ini suka sangat benda-benda yang sensasi. Jadi peluang itu sentiasa diambil kesempatan oleh manusia-manusia yang sengaja suka cipta sensasi.

3. Sebagai manusia yang waras, kita kembalikan akal kita kepada asas... ke akar umbi dengan tahu membezakan antara yang realiti dengan yang sensasi.

No comments: