Tuesday, September 29, 2009

KEMALANGAN JALAN RAYA: TIDAK AKAN SUSUTKAH..?

Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Terutama pada musim-musim perayaan yang sudah tentu akan meningkatnya aliran trafik dan makin menjuruskannya kepada peningkatan kemalangan maut.

Secara umumnya, memang sikap pemandu yang menjadi punca utama kemalangan, selain keadaan kenderaan yang tidak diurus dengan baik sebelum memulakan perjalanan jauh.

Namun pernahkah kita terfikir bahawa kadar keluasan (kelebaran) bentuk jalan raya di negara kita juga turut menyumbang kepada kes kemalangan. Terutama jalan perbandaran dan persekutuan. Kemalangan jarang berlaku di lebuhraya kerana keluasan jalannya.

Jalan raya yang sempit harus diambil kira. Sebagai contoh, ketika kita sedang memandu kereta, kita terserempak dengan sebuah motosikal yang dipandu terhegeh-hegeh di depan kita, manakala pada masa yang sama dari arah depan kita pula ada kereta lain. Disebabkan jalan yang sempit, kita terpaksa membrek kereta kita daripada terlanggar motosikal di depan kita.

Bersabitan dengan itu, dalam keadaan tertentu, terutama ketika memandu laju, macam-macam perkara yang tak diingini boleh berlaku.

Bayangkanlah kalau yang berada di jalan raya itu kenderaan besar seperti lori kontena, lori balak dan bermacam-macam jenis lori lagi.

Rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan ada sebilangan jalan raya kita hanya sesuai untuk kenderaan kecil seperti kereta Kancil saja. Sedangkan ia sebenarnya sebatang jalan yang sibuk dengan pelbagai jenis kenderaan.Itupun ada kalanya Kancil sama Kancil bertembung dan terdapat pula motosikal di depan yang dipandu perlahan, Kancil yang di belakang motosikal itu terpaksa juga membrek. Begitulah sempitnya jalan raya kita.

Selain polis dan JPJ, kerajaan terpaksa tubuhkan JKJR dan Miros untuk memastikan kemalangan jalan raya tidak terus meningkat. Namun hasilnya..? Fikir-fikirlah sendiri.

Bukan nak dikata bahawa penubuhan JKJR dan Miros sekadar pembaziran, namun alangkah elok jika peruntukan yang ada itu, termasuk perbelanjaan berjuta-juta setiap tahun yang digunakan untuk kempen keselamatan jalan raya itu digunakan untuk melebarkan jalan-jalan raya di Malaysia yang sesungguhnya memang sempit itu.

Jika sebelum ini, pihak-pihak berkenaan tidak terfikir mengenai bentuk jalan raya kita yang tidak cukup lebar itu antara menjadi punca kemalangan, cubalah fikirkanlah kebenaran itu sejenak.

"PANDULAH DENGAN BERHEMAH. JIKA TIDAK, ANDA TAK AKAN SEMPAT SAMPAI KE RUMAH!"

"PANDULAH DENGAN BERAKAL, SEBELUM ORANG TERSAYANG BOLEH HILANG AKAL!"

6 comments:

~Mardihah Adam~ said...

agaknya bila ya akan berkurangan kemalangan jalan raya?

tegezoot said...

kita jual semua kereta kita, beli unta banyak2.

Mak Su said...

manusia semakin kurang penyabar... tak sabar2 nak masuk *ubur

noorlara said...

setuju sgt dengan sarana tu, habiskan duit kepada kempen tapi perkara yg patut diutmakan dikesampingkan tai lagi... nanti kate pak menteri tak buat apele plak pasei tak nampakpun kempen yg diwarwarkan. Sekarang ni apa saja yg dibuat mesti diberi publisiti takkan tak tau.....pemandu pun kene ubah sikap, jalan sempit jgn sampai menyempitkan akal fikiran, kalu takut lambat keluar awal, kalu nak berlumba pergi ke litar sepang..

Princess Liyana said...

tu la..masa memandu tu mesti igt org tsayang..hmmm

AL-BIMA SAKTI said...

mardihah;
bila manusia memandu gunakan otak. he he he ...


tegezoot;
stuju!. tp unta kena import, mahal. pakai aje lembu, kerbau, kambing... jimat sket.


mak su;
belumba2 nak masuk kubur secara haram... ha ha ha ha ...


lara;
sebenarnya ada manusia tak tahu apa dia buat dan apa yg dia nak buat.... sebab itu dia buat susah org lain...


princess;
degil ke benak diaorang ni tak tau la....