Friday, September 4, 2009

LAGU 1MALAYSIA KITA - SESUAIKAH..?

Lagu berjudul 'Malaysia Kita' yang digubah oleh Audi Mok dan liriknya ditulis Nur Fatima telah dipilih sebagai juara pencarian lagu 1Malaysia Kita baru-baru ini.

Dari segi konsep, ia bolehlah dianggap pemilihan yang sesuai dengan masyarakat majmuk negara kita kerana dihasilkan daripada gabungan kreatif Melayu-Cina, antara dua tonggak kaum yang ada dinegara kita.

Tapi dari segi irama dan liriknya, didapati pemilihannya tidak begitu sesuai dengan situasi kenegaraan kita. Kerana irama lagunya yang ala rock dan bernada terlalu tinggi serta agak kurang kental secara menyeluruh pada liriknya.

Irama lagu yang bercorak komersial tidak semestinya sesuai diangkat sebagai lagu patriotik. Komersial ada laluannya yang tersendiri dan begitu juga dengan irama patriotik.

Setiap lagu patriotik seharusnya kena pada kesesuaian rentaknya dan turut menggambarkan kesesuaian dengan negara kita. Liriknya juga biarlah yang melambangkan matlamat dan keperluan serta kesesuaian negara dan masyarakat, selain ia mudah difahami dan diikuti semua golongan dan peringkat umur.

Saya teringat kata-kata Datuk Seri Najib ketika merasmikan pengumuman kemenangan itu. Katanya, lagu itu (Malaysia Kita) mungkin memerlukan sedikit pengubahsuaian jika ia mahu disampaikan secara koir.

5 comments:

kerisLekuk7 said...

belum dengar secara meyeluruh lagi lagu itu...jadi tak dapat lah bagi penjelasan sepenuhnya..
tp kalau lagu patriotik lebih ke arah rock...tak sesuai lah..

AL-BIMA SAKTI said...

kerislekuk7;
rasanya memang tak sesuai...

noorlara said...

lagu yang tidak punya jiwa tidak akan membuat kita suka!
Meremang bulu roma setiap kali mendengar atau menyanyikan lagu Kemegahan Negaraku!

Mak Su said...

kena ubahsuai skit kot tang rentak dia tu

AL-BIMA SAKTI said...

lara;
bukan meolak arus, tapi kita bila buat sesuatu biarlah sesuai dgn diri, bangsa, agama negara.


mak su;
mungkin banyak kot...