Tuesday, September 15, 2009

KITA DAN DIRI KITA

Memilih jika tak tepat
akhirnya akan bermudarat.

Bertindak jika tak betul
akhirnya akan digelar bahlul.

Memandu jika tak berhemah
akhirnya sendiri yang susah.

Berbelanja jika tak berhemat
akhirnya sendiri yang terkulat-kulat.

Bercakap jika tak berbahasa
akhirnya diri akan dikeji cela.

Berbuat baik jika tak berpada-pada
akhirnya masalah akan tertimpa-timpa.

Berbuat jahat jika terlalu sangat
akhirnya ibarat tupai yg pandai melompat.

Maka....

Biarlah akal yang berfikir
akan sejahtera hingga ke akhir.

Jangan hati dibiar mengarah
sudahnya malang menjadi parah.

Jangan nafsu dibiarkan ke depan
porak peranda jiwa dan perasaan.

Biar yang baik menjadi teladan
yang buruk pula jadi sempadan.

Selangkah terlenjur ke depan
berundurlah ke jalan kebenaran.

Terlajak perahu berundur semula
terlajak kata ada hati terluka.

Cakap siang pandang-pandang
cakap malam usah sembarang.

Bisa duri ada penawarnya
bisa lidah buruk padahnya.

Buruk rupa hanya gambaran
buruk hati hilang pedoman.

3 comments:

Princess Liyana said...

Selamat hari raya :D

noorlara said...

Betultu, apapun kita perbuat kena rancang dan laksana dengan sebaik mungkin bukan sembrono. Hidup kalau mengikut berpandukan quan dan sunnah, Insyaallah manusia dan dunia akan sejahtera.

Selamat menyambut Syawal, semoga berbahagia dan gembira disamping keluarga.

AL-BIMA SAKTI said...

princess liyana;
selamat hari raya untuk awak juga.

lara;
hidup merancang, bahagia terancang.

selamat hari raya. moga sejahtera sekeluarga!