Friday, May 15, 2009

RUNGUTAN SEORANG SUAMI

Seorang rakanku pernah merungut berjela-jela
Sejak kebelakang ini isterinya macam 'gila kerja'
Rumaahtangga, dia, anak-anaknya jadi nombor yang entah ke berapa
Namun katanya, bukan bermakna si isterinya lupakan mereka.

Kalau fasal kerja di pejabat isterinya nak sempurna
Fasal rumahtangga kira ambil ada saja
Kadang-kadang masak di rumah kadang-kadang beli bungkus saja
Dia macam jadi keliru dan tertanya-tanya
Sudah tidak pentingkah dia dan anak-anak di mata isterinya?

Rakanku terus merungut-rungut lagi
Aku pula jadi pendengar sejati
Kalau buat tak tahu nanti dia berkecil hati
Katanya, dia pernah menyuarakan rasa tak puas hati
Moga isterinya akan faham dan mengerti
Sebaliknya teguran itu tak boleh diterima si isteri
Malah isterinya buat macam tak peduli
Tiga hari dia tak ditegur isteri
Tapi rakanku terus juga menyapa itu dan ini
Buat macam tak ada apa-apa terjadi
Sedangkan dalam diam dia termakan hati
Memikirkan sikap dan tingkah si isteri.

Kasihan, wajah rakanku tak seceria macam dulu lagi
Macam ada masalah besar yang terpaksa ditanggungi
Aku? Sekadar tumpang bersimpati
Dan sekadar mampu geleng kepala berkali-kali.

Persoalan: Apakah itu tanda-tanda si isteri
mula tidak berminat akan hal-hal rumahtangga lagi
dan riak-riak akan berubahnya hati
serta keretakan rumahtangga sedia menanti..?

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Kehidupan itu memerlukan kasih sayang yang berterusan. Namun jika tiada kasih sayang tak bermakna kehidupan itu tak mampu diteruskan."
^*******************************^

8 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Bima-sakti,

Juga Salam Mak Cik pada rakanmu itu,

Terlebih dahulu Mak Cik mohon maaf dan bukanlah bertujuan hendak masuk campur atau menyebelahi sesiapa sebab memang tak tahu hujung pangkal cerita yang sebenarnya.

Tetapi oleh kerana telah diblogkan ceritanya maka pada pendapat Mak Cik, kawan anda perlulah faham bahawa segalanya dalam hidup ini perlukan pengorbanan.

Jadi kenalah bertolak ansur sendikit. Bukan senang hendak maju dan apatah lagi meningkatkan taraf kehidupan sekeluarga.

Sabar paling utama. Kita tidak boleh dapat segalanya.

Jika keadaan menjadi lebih teruk, eloklah di bawa berbincang, slow talk antara kedua pihak. Si suami mesti meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya dan berterus terang betapa tertekan mereka semua dengan bebanan pekerjaan ister iitu.

Kalau telah dibincangkan dan dirasa tidak berbaloi ganjarannya beberbanding dengan pengorbanan mereka sekeluarga, elok juga dicadangkan supaya si isteri mencari perkerajaan yang lain sesuai dengan tugas pada keluarga sendiri.

WaAllahuAlam.

arsaili said...

salam..kehidupan semakin mencabar..apabila kedua2 bekerja...dengan ekonomi yg gawat..dengan tekanan luaran spt traffic jam etc....mampukah rakyat malaysia memperkasakan institusi rumah tangga agar menjadi terus utuh dan berkualiti?

noorlara said...

memang sukar mendapat isteri yg berkerjaya, apapun perkahwinan adalah satu perkongsian, isteri tu macam kerak nasi, lama terendam dlm air pempaham le, cuba dipujuk, cuba merajuk, tak jalan juga kenale digertak......

kendalikan wanita macam memegang kaca, kuat sgt pecah, longgarpun ia jatuh pecah, serba salah tapi kalau kena gaya nye suasana menjadi indah dan dunia menjadi surga!

S.YanaZ said...

Al-Bima Sakti,
mintakkk simpanggg...mintak dijauhkan yg buruk2!

Err, tp kalo yg bz itu suami, mcm mana pulaaa...?

kad0k. said...

kadang2 benda tu terjadi seperti bermusim. tp sementara shj. ni betul ni. ikut pengalaman kwn2..:)

kerisLekuk7 said...

Mencari rezeki untuk kesenangan tidak salah bagi isteri yang ingin membantu keluarga (suami)tapi jangan sampai mengabaikan segala tanggungjawab ke atas rumahtangga...terutama pada suami....jangan sampai derhaka jadinya.
dalam soal ini rasanya :-
1.tegur sikap isteri,nasihat bukannya marah
2.bawa berbincang jgn sampai bergaduh.
3.mendalami masalah sebenar si isteri mengapa jadi begitu.
4.libatkan orang ketiga jika perlu spt ibu bapa.
5.meminta nasihat daripada org yang berpengetahuan spt pakar kauseling,pejabat agama.

Jikalau semua itu tak berjaya mengubah si isteri maknanya memang tak layak jadi isteri...derhaka la tu...'jadikanlah ia seperti burung,bebas dari sangkar'

Hanya satu pandangan,jika membantu.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
terima kasih kpd semua yg memberikan buah fikiran. telah disampaikan kpd rakanku itu. dia juga berterima kasih.

terima kasih.

anyss said...

Ada tak kemungkinan isterinya tu sebenarnya MOGOk je? Mana tau...ada terkilan di suudut hati...acu try cuba test tanya lah dulu :)