Thursday, May 21, 2009

RUNGUTAN SEORANG RAKAN

Seorang rakanku merungut dalam marah. Katanya, di pejabat tempat kerjanya ada dua tiga ekor mawas yang suka mencari dan 'mencipta' kesalahan orang lain.

Antara dua tiga ekor mawas itu, ada yang tak tinggal sembahyang ( semasa di pejabat, di rumah tak tahulah).

Apa yang orang lain buat semua tak betul. Kononnya mawas-mawas itu saja yang betul dan tahu buat kerja.

Kalau ada kawan-kawan lain yang berurusan dengan orang luar yang berkaitan dengan tugas, dituduhnya kawan-kawan lain itu buat perkara tak betul. Dibuat cerita dan dituduh melulu. Pada hal kawan-kawan lain tak buat pun macam tu. Mereka tahu dosa pahala.

Ketika mawas-mawas itu pernah berurusan dengan orang luar memang mereka ada buat perkara-perkara tak betul. Jadi mawas-mawas itu ingat orang lain pun buruk perangai macam mereka juga.

"Walaupun kawan-kawan lain tahu perangai buruk mawas-mawas itu, tapi malas nak bising. Malas nak ambil tahu. Mereka buat dosa, mereka tanggunglah sendiri. Jadi mawas-mawas itu ingat orang lain tak tahu perangai buruk mereka. Itu sebab mawas-mawas itu rasa kononnya mereka baik dan suci. Hampeh..!" ujar rakanku itu sambil menahan geram.

Pesanku kepada rakanku itu: Katakan pada mawas-mawas itu, "Sudahlah tu, jangan nak tunjuk baik. Jangan ingat orang lain tak tahu apa yang kamu pernah buat. Jangan ingat orang lain pun perangai buruk macam kamu. Cermin dulu muka-muka kamu tu..!"

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Orang yang pernah kita benci, tidak mustahil kita boleh menyayanginya. Dan orang yang kita pernah sayang, tidak mustahil dia akan membenci kita."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

7 comments:

Sri Diah said...

Orang yang berbuat jahat dia anggap orang lain pun buat jahat seperti dia...

Orang yang berbuat baik selalu anggap orang lain pun buat baik seperti dia...

Sekehsket dia tu!

noorlara said...

besday mereka blehle hadiahkan cermin...hari hari tengok cermin nampak diri semakin tua, dosa yg tentu banyak, pahala lom nampak...

org kalu sibuk cari kesalahan org lain dah tentu tak jumpa kesalahan sendiri!

anyss said...

Macam2 orang ada!

kak ja said...

Org2 mcm ni mmg ramai dlm masyarakat kita ni.. Mereka menipu org lain dgn berselindung di sebalik imej yg ckp cantik, pdhal mereka sdiri tau siapa sebenarnya diri mereka..

Kita boleh tipu semua org dlm dunia ni, tp kita tak boleh tipu diri kita sendiri.. Dan manusia yg paling bodoh adalah yg menipu diri sendiri!!

melayuangkat said...

Asslamualaikum Al-Bima,

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.

Beginilah kisah hidup..macam macam perangai. Yang baik kita jadikan tauladan, Yang tidak baik kita jadikan sempadan, tinggalkan..

AL-BIMA SAKTI said...

sri diah;
org baik kerap jadi mangsa. yg buruk perangai, bermuka2 dan berpura2, masih lagi dipercayai.

org jahat tak sedar dia jahat. itu pasal dia selalu buat jahat dan tak rasa takut buat jahat.


lara;
org jenis macam tu, kalau dia tengok cermin pun, tetap nampak muka org lain. sebab itu dia tak pernah sedar perangai buruknya.


anyss;
macam2 'perangai orang' yg kekadang 'menyusahkan orang'.


kak ja;
org macam tu, muka dia bertalam-talam. depan manis, belakang kelingking berkait.

AL-BIMA SAKTI said...

melayuangkat;
waalaikummussalam bu,

betul, ragam manusia berbeza. perangai tak sama.

trima kasih.