Monday, December 1, 2008

SAJA NAK CERITA - 6

JULIAN CHER @ NUR HIDAYAH CHER

Aku kenal dia
aku jatuh cinta
tapi apa daya
ingin kumeminangnya....

Sejak mengenali Nur Hidayah, aku sudah tersuka padanya.

Sejak aku suka padanya, aku sering teringat-ingat akan dia.

Sejak aku teringat-ingat akan dia, aku mula menjadi seorang perindu.

Aku jadi rindu jika tak melihat wajah. Jika tak merenung matanya yang sepet dan kuyu itu.
Nur Hidayah adalah segala-galanya bagiku.

Tapi rinduku padanya masih lagi rahsia.

Apakah aku sudah jatuh cinta?

Cintaku padanya juga tetap rahsia.

Namun begitu, aku dapat menduga bahawa Nur Hidayah amat memahaminya. Aku yakin dia amat mengerti akan cintaku padanya yang masih dalam rahsia itu.

Kenapa? Kenapa masih berahsia?

Ah, aku ni pemalu agaknya.

Kadang-kadang bimbang juga seandainya Nur Hidayah akan terlepas ke tangan orang lain. Nanti aku yang berangan, orang lain yang akan mengecap impian.

Hissyy..! Minta-minta tak terjadi begitu.

Aku sayangkan dia. Aku tak mahu kehilangan dia.

Alahai.,..! Tapi kenapalah mulut aku ni berat sangat nak berkata, "Aku... aku... cinta padamu, Nur..."

Tapi tak mengapalah. Minta-minta biarlah Nur Hidayah akan mengerti isi hatiku yang masih berahsia ini dalam berahsia juga. Biar sama-sama rahsia.

Aku semakin rapat dengan Nur Hidayah. Semakin kerap juga keluar bersama. Kadang-kadang dia minta aku temankan dia shopping, atau ke mana-mana yang difikirkan perlu untuk aku menemaninya. Dan aku pula tidak pernah menolak jika tidak terganggu dengan masaku.

Kadang-kadang aku juga ajak dia keluar makan-makan atau temankan aku shopping. Dia juga tidak pernah membantah.

Aku tahu dia faham yang aku sukakan dia. Sebab itu dia sudi bersamaku selalu. Aku tahu dia juga tidak ada insan istimewa lain lagi selain aku. Macam aku juga.

"Mak.., saya dah ada pilihan hati saya, mak..!" ujarku dengan tenang, memberitahu mak sewaktu aku pulang bercuti di kampung.

"Iya ke..? Dah sampai seruan kamu ke..?" Mak seakan setuju dalam nada menyindir. Wajahnya nampak ceria.

Sebelum itu, memang mak dah kerap sindir-sindir supaya aku berkahwin. Cuma aku saja yang buat-buat tak faham. Bukan tak cukup duit. Memang lebih dari cukup untuk semua itu. Lagipun soal duit tak jadi masalah, mak kata dia boleh bantu.

Alasanku ialah aku masih belum bersedia. Memang aku belum ada pilih hati lagi sewaktu itu.

Kemudian aku hulurkan gambar Nur Hidayah pada mak.

Wajah mak yang tadi ceria, tiba-tiba sedikit berubah bila melihat gambar itu.

"Budak yang hari tu?" soal mak tanpa memandang padaku.

"Ya, mak," balasku ringkas.

"Dia yang kamu suka? Dia yang kamu pilih..?" soal mak lagi.

Aku angguk.

"Dah tak ada orang kita ke?"

Aku terdiam. Aku terbeliak memandang myuka mak.

"Carilah orang kita dulu. Kalau dah tak ada, barulah pilih bangsa lain," ujar mak dengan lembut dan jelas sekali.

Aku agak terkedu. "Kenapa dengan mak ni?" bisik hatri kecilku.

"Kenapa? Dah tak ada orang kita ke?" ulang mak lagi.

"Tapi saya sukakan dia, mak. Dia baik, mak. Sesuai jadi isteri saya..." aku pertahankan Nur Hidayah.

TUNGGU..! Bersambung lagi....

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

MNUSIA ATAU HAIWAN?

Nafsu dan akal adalah sama penting.

Jika nafsu saja yang diperlukan, maka jadilah kehidupan manusia seperti haiwan yang tidak tahu akan halal haram. Kerana haiwan hanya memounayai nafsu.

Begitu juga jika akal saja yang digunakan dalam segala hal, termasuk dalam soal memilih jodoh, tanpa mengambil kira akan nafsu, itu tidak mungkin juga. Ini adalah kerana manusia hidup tidak seperti Malaikat yang tidak berkehendakkan makan minum, kahwin dan sebagainya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHAN MINDA

"Seharusnya setiap kita perlu memahami keperluan sendiri dan tidak boleh dipaksa mengikut keperluan orang lain, kecuali dalam situasi tertentu."

************************************************************************

11 comments:

azza_irah said...

wahh..tak sabar nak tahu kesudahannya..

Afida Anuar said...

Salam.

Nur Hidayah ni berasal dari Terengganu ke?? heeeee

uikss..makin menarik pulak kisah ni...

Tie said...

Alaahai!! Tie pulak yang berdebar2 ni.....napa lak gi potong cerita tu...buat suspen je...hu hu..

~mardihah~ said...

erm...Nur Hidayah - cahaya petunjuk..

amin.

bilo nak sambung entry ni jang oi!

13may said...

aisehhh...sambung plak...

potong stim betul laa...hehhe hehhe

teddi said...

emm cepat2 buat sambungannye
xsabar nak tau nie

Mak Su said...

ni yg menarik ni.... ada cabaran.

Bunga Rampai said...

Salam Al,

Kisah yang menarik.
Saya tunggu sambungannya :)

noorlara said...

A'kum,
betul le tu nafsu dan akal sama penting punbegitu jgn sampai nafsu mengawal akal nanti jadik macam lelaki tua yg perasan masih gagah nak menikah ngan anak dare yg bleh dipanggil cucu. Tapi awak masih gagah perkasa dan cerdas minda kan kan kan encik Al bima sakti (Bayangkan kalau tersesat di bima sakti apa nak buat untuk mencari jalan keluar sedangkan tiada sebarang pintupun kelihatan)

Sri Diah said...

Nampak gayanya makin suspen, teruskan, tak sabar nak baca seterusnya... jang cepat teruskan!

AL-BIMA SAKTI said...

azza_irah;
jeng... jeng...


afida;
bukang orang ganung. orang pj.


tie;
biar suspen sikit...


mardihah;
amin,
dah dekat dah nak sambung...


13may;
aiseh... kena tunggu ler... he he he...


teddi;
dah nak sambung dah, tapi tak sempat...


mak su;
btul tu, biar ada cabaran... dan penantian... he he he he...


bunga rampai;
tima kasih...


noorlara;
ya, saya. kalau tersesat kat bima sakti, jemput ler ke teratak saya...


sri diah;
insya-Allah... akan diteruskan...