Thursday, November 27, 2008

SAJA NAK CERITA - 5

JULIAN CHER @ NUR HIDAYAH CHER

Part: 2

Nur Hidayah Cher Abdullah. Satu nama baru dalam hidupku. Juga satu igauan baru dalam jaga dan lenaku.

Persahabatan kami yang menjangkau hampir lapan bulan telah tercatat pelbagai kenangan dan pengalaman. Aku sedar dia menyukaiku. Sebagaimana aku menyukainya.

Aku telah menanamkan niat yang murni dalam hatiku. Aku ingin menyuntingnya sebagai suri hidupku. Namun masih lagi aku merahsiakannya.

Nur Hidayah kian mendalami ilmu agama Islam hari demi hari tanpa rasa jemu. Sejak memeluk Islam, solat tidak pernah diabaikan.

Dan dia tidak lagi tinggal bersama keluarganya di Petaling Jaya. Dia tinggal menyewa dengan seorang rakan sekerjanya. Tujuannya supaya dia lebih mudah dan selesa untuk menunaikan solat, mempelajari rukun dan hukum Islam dengan lebih mendalam dan belajar mengaji al-Quran. Kerana dia masih lagi merahsiakan tentang dirinya yang sudah Islam itu kepada kedua ibu bapa dan adik-beradiknya.

Dia masih mencari waktu yang sesuai untuk berterus-terang kepada ahli keluarganya.

Walaupun Nur Hidayah mempunyai seorang ustazah yang akan membantunya mendalami Islam, aku masih juga menjadi tempat rujukannya pada waktu-waktu tertentu. Tak mengapa, aku rela membantunya setakat yang termampu.

Kesempatan ibu mengunjungiku di Kuala Lumpur, aku juga sempat memperkenalkan Nur Hidayah kepada ibu.

Aku ceritakan pada ibu siapa Nur Hidayah sebenarnya. Tapi aku tak beritahu yang aku sukakan gadis Cina yang telah memeluk agama Islam itu. Aku cuma katakan dia hanyalah kawanku.

Selebihnya mengenai Julian Cher @ Nur Hidayah Abdullah?

"Cantik budaknya..!" ujar ibu. Ringkas.

Pelik. Ibuku tak pula bertanya lebih-lebih mengenai Nur Hidayah. Kenapa ya..? Terfikir juga aku dibuatnya.

Ya. Dia yang kupanggil Nur itu memang cantik. Sekali pandang tak ada rupa Cina langsung. Macam Melayu campur orang putih. Tapi lebih pada rupa Melayu yang berkulit kuning langsat. Cakap Melayu pun langsung tak pelat.

Rakan-rakanku yang mengenali Nur Hidayah, semuanya memberi cadangan supaya aku jadikan gadis itu sebagai isteriku. Serupa seperti apa yang terniat dan terpendam dalam hatiku.

Bersambung lain kali...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

NAFSU DAN AKAL

Nafsu dan akal tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya sama perlu dan seharusnya digandingkan dalam kehidupan, terutamanya dalam usaha mencari jodoh.

Dalam pada itu, perlu juga diingat bahawa akal itu seharusnya dipimpin oleh keteguhan iman yang mampu membataskan keinganan yang baik atau sebaliknya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHAN MINDA

"Kenapa sanggup memikul amanah dan kepercayaan, sedangkan pada hakikatnnya tingkah laku diri yang ditonjolkan ialah menggambarkan pengkhianatan terhadap amanah dan kepercayaan itu."

*******************************************************************

12 comments:

azlin hashim said...

Aduh abang Nas Ahmad terjah Melodi nih... suka benor buat citer berepisod lah.. org tgh syok baca pasal nur hidayah nih.. cepat lah up date! sekeh kang...hehe

~mardihah~ said...

entah..ni yg nak marah ni...aiseh haii...

azza_irah said...

aduiii...
nnti upload gamba nurhidayah tu ye..

kad0k. said...

ishhhh..potong stim la bro...hahahaha

tintaHati said...

Salam tinta datang menyinggah di rumah al bima. Saya seorang penggemar novel. Boleh tahu ngak novel2 yg al bima hasilkan?

aNIe said...

Salam dari kak anie...hmmm...bersambung plak citer nurhidayah ni ye...

Takpe...tungguuuu

Tie said...

Eh!! Betul ke ni Nash Ahmad yang tu?? Aduh!! Memang blur betul makcik ni...!!

Tu cerpen ke?? Macam betul je... Baru nak tanya...ingat dah kahwin! hu hu...bengong betul laa...

P/s: Nanti sambung cerita cepat2!!

chekdenoor said...

aha...nak juga lihat photo nurhidayah....... boleh upload ker......

Aishah Jamal said...

Baru perasan ada 'ikan' bergerak dalam blog ni. Anda suka Ikan... Suka memancing tak?
Camna pun saya suka akan cerita ini..

Rajuna said...

bang bima boleh wujudkan ruangan sesi luahan perasaan kat sini, ni.
amacam? ala2 kak sri siantan gitu.

AL-BIMA SAKTI said...

azlin;
aduh!
haa... kan dah kena sekeh...

sabo..!


mardihah;
entah... jangan ler marah ek..?


azza_irah;
gambo dia dah tak ada. terccicir atau terlupa tempat letak gamaknyer..


kadok;
potong stim? nanti sambung semula...


tintaHati;
terima kasih kerana sudi singgah...


aNIe;
ya, kak Anie, kena sambung-sambung...


tie;
Nash Ahmad Melodi sesat ler tu. takyah blur2 makcik...


chekde;
dia punya foto dah tak ada dalam simpanan saya. hilang entak ke mana masa pindah rumah agaknyer..


aishah jamal;
saya suka pelihara ikan. dalam kolam kat umah ada. dalam akuarium pun ada. mancing saya tak suka.

rajuna;
bukan kak sri siantan. tp abang sri siantan. awww...

***********************************
TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG BUDIMAN..!

~mardihah~ said...

isk...bilo nak sambung niiiiii