Tuesday, December 16, 2008

DARI DALAM HATI - 1

EPISOD: ILMU TINGGI
***
Pada kebiasaan dalam kehidupan dulu hingga kini
apabila seseorang itu belajar tinggi
secara automatis kita angkat dia tinggi-tinggi
kononnya dia juga orang berilmu tinggi
lantas berbagai-bagai kepercayaan dan keyakinan diberi
sebagai ketua disanjung dipuji
diberi tanggungjawab dalam sesebuah organisasi.
***
Memanglah ada orang belajar tinggi
tapi ilmunya belum tentu lagi tinggi
ada yang tak tahu nak urus kerja yang diberi
cuma cukup bulan dia ambil gaji.
***
Bila ilmu tak tinggi
semua benda dianggap remeh sekali
walaupun ramai yang sakit hati
tapi dia buat tak peduli
buat kerja ikut puas hati sendiri
sepatutnya khidmat untuk umum diutamakan sekali
tapi dengan sikap membutakan hati
maka akan wujudlah bermacam masalah yang tak diingini
apatah lagi yang berkaitan dengan orang ramai di sana sini
dari masalah kecil hingga jadi kontroversi
kalau tak masuk surat khabar akan masuk dalam TV.
***
Begitulah maklumnya bila ada orang sebegini
yang terpilih dari ramainya di kalangan manusiawi
pada hal masih ramai lagi yang boleh dipilih dicari
bukan sekadar berbelajar tinggi
tapi juga berilmu tinggi yang sesuai sekali
cukup pula dengan syarat-syarat yang di kehendaki
tapi malangnya orang sebegitu selalu di ketepi
ah.., mungkin tak ada rezeki
ah.., mungkin juga tak ada kaki
oh.., rupanya dia tak ada kabel sebesar kepala kereta api.
***
Seharusnya mereka yang berbelajar tinggi
kerjanya pula setiap hari
berhubungkait dengan orang ramai serata negeri
tak sepatutnya menonjolkan hidung yang tinggi
tapi tonjolkanlah ilmu yang tertinggi
dipadankan pula dengan baik pekerti
agar tak meruntuhkan peribadi sendiri
atau memalukan orang berpelajaran seperti kami.
***
Alahai saudara saudari
tuan puan yang bijak bestari
bukan mengutuk atau mencaci
jauh sekali untuk mengeji
cuma mengingat sesama sendiri
jangan buat perkara yang orang benci
tanggung amanah jangan lepas batuk di laci
biarlah setimpal apa yang diterima dan apa yang diberi
agar bila mati kubur tak berapi.
***
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
***
SEKEHLOGI
***
"Berusahalah untuk kehidupan dunia dengan menginsafi bahawa akhirat adalah lebih utama dan tinggi kedudukannya."
***
****************************************************

15 comments:

Tie said...

Hmm....

Tie belajar tak setinggi mana...

Setakat dip. je..tak sempat nak sambung dah kena kerja..hu hu...

Tapi...banyak perkara yang Tie belajar, walaupun kini jadi house manager...

Memang banyak lagi yang kurang dan perlu diperbaiki. Kerana itu Tie cuba bincang2kan (dlm blog)..dengan harapan dapat sesuatu yang baru dan berfaedah..hi hi...

chekdenoor said...

Salam,

Ilmu bukan kayu ukur keperibadian....sebab ilmu ada banyak jenis.......

Ada seorang yang chekdee kenali...sangat berilmu...sangat power...... tapi....EGO nyer pun POWER gak.......

Jadilah padi...semakin berisi semakin menunduk..... (rendah diri)

naz ilyn said...

Salam...

setinggi mana ilmu didaki
setabal mana ijazah dilaci
sejauh mana pun kita pergi
sebanyak mana pun ilmu dicari
sifat hakiki menjadi lumrah duniawi

p/s: yang kurang pandai tu... dalami ilmu manusiawi dan jati diri.

Princess Liyana said...

ilmu yg tinggi mesti digunakan utk jalan yg baikkk;)

teddi said...

dady sy selalu cakap kalau org pandai mana tapi xleh buat keja
nak buat apa....
tapi kita perlu berusaha lebih untuk berjaya

ku tak sempurna said...

mereka bukan setakat belajar tinggi... tapi bercita2 tinggi... sifat tamak meninggi... moga dibuka pintu hati... ingat pada Yang Maha Tinggi

noorlara said...

Kalau disuruh pilih saya lebih mengutamakan yg berpengalaman tapi kalau ada dedua kira alhamdulillah, tak apa kalau yg belajau tinggi tu mau bertanya kpd yg lebih rendah jawatannya, yg jadik masalah pandai tak bleh ikut bodoh tak bleh ajar kan ke payah tu! Tapi yg berpengalan pulak ade yg ngengada, pendek kata serba salah kita dibuatnya.

Mak Su said...

org ilmu tinggi ni kekadang suka perleceh orang, dia tgk orang lain semua ilmu tahap cikai2, tahap2 tapak kaki.

org ilmu kureng ni plaks suka syak-wasangka, tanpa ilmu, semua dia pilih syirik, kufur, kafir...

begitu pulak ceghitenyer... sadis

A t i Q a h said...

Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab.

Apekah? Eheh.

coffeeHolic said...

=)

tintaHati said...

Org tua2 dulu selalu kata perempuan belajar tinggi2 nak buat apa pasai nanti dok ceruk dapur gak. Tapi, kalau saya diberi pilihan dan kebebasan saya nak jadi suri rumah yg ada phd...tp konfem mak ayah xkasi! Huhu

ryann said...

belajar kenali manusia

Aishah Jamal said...

Bima Sakti,
Saya setuju dengan pendapat Chekdenoor tu ikut resam padi.

Masalahnya orang bila dah biasa duk kat tempat tinggi tak nampak rumput dibumi.

Beruntunglah orang yang belajar tinggi tetapi yang kurang ilmu jangan pula dicaci mungkin hidup dia lebih bererti....

Afida Anuar said...

Salam Incik Al-Bima..

semakin tinggi seseorang itu diangkat oleh manusia lain..semakin susah untuk dia turun dengan sendirinya.. maka berpada-padalah untuk kita mengangkat seseorang itu...

tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..

Tie, belajar tak semestinya di nilai dengan diploma atau ijazah yang kita dapat, kerana ilmu ini sesungguhnya amat luas. Even dengan dip pun, seseorang tu tak mustahil punyai ilmu yang lagi tinggi dari mereka yang punyai phd.. waAllahualam..

AL-BIMA SAKTI said...

tie;
ilmu bukan sekadar belajar tinggi,
ilmu bukan sekadar di universiti,
ilmu juga banyak di dalam pelbagai buku,
yg boleh didalami satu persatu,
ilmu ada di mana-mana
tidak terkecuali di sekeliling kita,
ilmu juga banyak di jalanan
yang boleh dinilai untk dijadikan pengetahuan.
______________________________

chekde;
kalau seseorang itu egonya lebih tinggi,
maknanya ilmu dalam dirinya belum cukup tinggi.
dia cuma belajar saja tinggi,
untuk dapat pelajaran tinggi.

itulah yg dikatakan belajar tinggi atau jawatan tertinggi, tp ada kalanya ilmunya belum cukup tinggi.
itu yg kita kena pasti....
_______________________________

naz ilyn;
salam,

setinggi mana ilmu didaki
tak bermakna semuanya dicapai pasti.

setebal mana ijazah di laci
tak bermakna tebal juga ilmu dimiliki.

sejauh mana pun kita pergi
ingatlah bahawa langkah kita akan terhenti.

sebanyak mana pun ilmu dicari
kalau tak dipraktik dgn semulia hati,
amatlah rugi berkali-kali.

sifat hakiki menjadi lumrah duniawi,
tapi kebaikan juga disanjung ilahi...

p/s: yg kurang pandai kena sedar diri dan belajar lagi,
yg rasa diri terpandai kena muhasabah diri dan kenali menusiawi...
_____________________________


princess;
ilmu tinggi seharusnya digunakan pd jalan yg baik,
bukannya pd jalan yg terbalik...
______________________________

teddi;
kalau dia tak boleh buat kerja,
maknanya dia tak sepandai seperti yg disangka.

berusaha utk belajar,
lebih mulia drp menjadi kurang ajar...
_______________________________

ku tak sempurna;
kalau belajar tinggi,
tp sifat tamak dan jahat masih meninggi,
maknanya ilmu dan daya fikirnya belum cukup tinggi.

Selagi dia tak kenal dirinya,
macam mana nak kenali yg maha kuasa...
_____________________________

noorlara;
ada kedua-duanya lagi baik,
kalau digunakan dgn sebaik-baik,
dialah antara manusia paling cerdik.
Kalau masih ada yg mengada-ngada,
atau bodoh sombong belaka,
maknanya ilmunya masih belum sendat di dada,
malah menyusahkan orang pula...
______________________________

mak su;
org yg mak su maksudkan,
cuma dia belajar saja setinggi awan,
tp ilmunya masih kecetekan.

yg tak berilmu tu selalunya bodoh sombong lakunya,
org sebegini lagi susah nak diajar jadi sempurna,
silap2 kita yg merana olehnya...
_____________________________

atiqah;
timang tingi-tinggi,
sampai belakang parang,
dah bergigi dan sampai hilang gigi,
tp perangai masih tak serupa orang...
______________________________

coffeholic;
(:-
______________________________

tintahati;
walaupun duduk di dapur,
ilmu di dada nak juga kena subur.
tak salah di duniawi
suri di dapur berilmu tinggi...
______________________________

ryann;
terlebih dulu kena belajar kenali diri,
barulah kita belajar mengenali manusiawi,
maka akan selamatlah duniawi...
_______________________________

aishah jamal;
orang yg berilmu tinggi,
sikapnya akan sempurna sekali.

org yg belajar saja tinggi,
belum tentu sempurna ilmu dimiliki.

kebanyakan sekarang ini,
org yg duduk di tempat tinggi,
sebab dia telah belajar tinggi-tinggi,
tp ilmunya belum tentu sempurna di hati.

itulah yg dikatakan dan disedari,
kebanyakan antara kita cuma belajar saja tinggi,
tp ilmunya kurang sekali.
sebab itulah walaupun ada bermacam jawatan dan tanggungjawab,
namun masih ramai juga orang yang memerlukan, masih terbiar dan diabaikan. Masih juga banyak masalah di bermacam organisasi yang menyusah dan menyulitkan org ramai.
Kalau orang berilmu,
apa nak buat dia tahu.
apa masalah mampu diselesaikan,
bukan dgn bermacam alasan.

dunia hari ini,
kerana tersalah pasti
memilih orang ke tempat tinggi
maka bermacam masalah terjadi.

Siapakah yg bersalah?
orang yang diberi tugas untuk memilih,
atau orang yg dipilih?
_______________________________

afida;
bima setuju dgn afida,
tersilap angkat seseorang bernama manusia,
silap2 timbul masalah lain pula.
maka kenalah berwaspada,
jangan sampai biawak berlagak buaya,
dan jangan pula buaya nak berlagak naga,
sudahnya hura-haralah yang tertimpa-timpa...
_______________________________