Wednesday, December 10, 2008

SAJA NAK CERITA - 8

JULIAN CHER @ NUR HIDAYAH CHER

Aku tiba-tiba termengeluh.

Macam mana tak termengeluh, mak ada rasa hati sikit denganku.

Sikit? Huh... berhari-hari jugalah mak tak tegur aku.

Sebabnya?

Sebab aku tak ikut cadangan mak. Aku tolak bulat-bulat calon isteri yang mak suruh aku pilih itu.

Nak pilih macam mana kalau hati tak suka. Tak berkenan. Sebab aku nak pilih sendiri. Aku tak suka orang lain pilih untuk aku. Dah termaktub macam tu dalam hatiku. nak buat macam mana kan..?

Berhari-hari juga aku termenung. Serba salah dibuatnya.

Berminggu-minggu juga aku terfikir-fikir. Sama ada mak suka atau tidak kalau aku bertegas nak pilih Nur Hidayah jadi suri hidupku?

Tapi nampak pada air muka mak (selain percakapannya), aku dapat agak mak sukar nak terima Nur Hidayah sebagai menantunya. Aduhai... memilih benar pula mak aku tu...

Dan berbulan-bulan juga aku jadi tak menentu. Nak terus pilih Nur Hidayah atau tidak..?

Kalau aku tak pilih Nur Hidayah menjadi teman hidupku, tak bermakna aku nak pilih cadangan mak. Cadangan mak dah aku tolak mentah-mentah. Sebab itulah mak sikit tersinggung denganku.

Dan dipendekkan cerita... aku akhirnya tak jadi juga pilih Nur Hidayah Cher Abdullah jadi isteriku.

Mungkin tak ada jodoh antara kami.

Aku terpaksa buat keputusan itu. Semuanya kerana mak.

Lebih utama, aku tak mahu Nur Hidayah terseksa jiwa seandainya dia jadi isteriku... seandainya mak hanya menerima dia sebagai menantu suam-suam kuku.

Maka aku terpaksalah korbankan jiwa raga dan perasaan serta segala-galanya. Meskipun jiwa dan perasaan halusku agak terasa dan terbisa.

Semoga berbahagia Nur Hidayah Cher Abdullah dengan insan lain yang bergelar suaminya. Sesungguhnya orang sebaik dan semurni Nur Hidayah seharusnya memperoleh suami yang sebaik dan semurninya juga. Insya-Allah...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

SEKEHLOGI

"Jernih di wajah, tidak bermakna jernih juga hatinya. Namun seandai jernih hatinya, maka akan berserilah wajahnya."

*****************************************************************

18 comments:

Bunga Rampai said...

Amiin.

Salam Al,

Hati kental menghadapi ujian. Semoga dibalasi dengan rahmatNya yang mulia dunia akhirat.

noorlara said...

udah kuar dalam persembunyian atau dari pertapaan? mencari ilham atau
merehatkan mindadari deraan!

naz ilyn said...

Salam...

Hati yang jernih terserah di wajah dengan senyuman dan bermuka manis.

chekdenoor said...

Salam,

dari mata turun kehati...itu cinta....

dari hati terpancar di wajah...... itu cahaya "nur"

Nek Cun said...

Cite tu habis takat tu ajer ke? Sambunglah lagi, apa jadi plak pada yang frust tuh?... hehehe...

Qasih said...

salam ukhuwah..

kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah terlalu sempurna melebihi perancangan kita sebagai hamba-Nya..

NaniRostam said...

Buktikan pada mak, selalunya bakal menantu yang mak tak berkenan tulah yang lebih prihatin dan mengambil berat tentang mak.

Segalanya mungkin. Jangan putus asa memujuk mak tu. Hati ibu tu lembut sebenarnya. Insyallah, cubalah.

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

Adoi, cedeynye cerita. Semoga si hero tabah merenangi gelora hidup.



saya juga link blog saudara :)

ku tak sempurna said...

alahai.... klu dah jodoh takkan ke mana... ikan di laut, asam di darat, dlm belanga bertemu jua...

ikut sajalah kata mak tu... biar mak yg pilihkan.... pastinya yg terbaik untuk anak nya :D

-salam kenal-

ryann said...

mengenangkan mak...memang serba salah dibuatnya. kata mak selalu 'memaksa' kita berfikir semula

Tie said...

Oooo...macam tu ke je ceritanya??

Susahlah pasal pilih jodoh ni.. Ada sorang tu yang rapat dengan Tie, pilih jodoh sendiri, walaupun maknya kurang berkenan.

Mula2 nampak rajin wifenya, tapi tak sampai setahun baru tahu sifat pemalasnya. Malas masak, malas ngemas, buat kerja tak cekap, lembab je.. Anak2 pun tak cekap jaga...kesian kenalan Tie tu...puas dia tegur wifenya, tapi degil pulak. Mungkin dia tersalah pilih. Dahlah belanja hantaran beribu2, tapi apa yang diharapkan utk menjaga makan minumnya tak menjadi. Malah kekadang dia sendiri yang masak kerna wifenya tak minat masak!Harapkan dia kerja je...mungkin itu alasannya...

Danielle_Corleone said...

mengeluh kurang baik untuk kesihatan.

S.YanaZ said...

Enche AL-BIMA SAKTI,
Kisah yg lebey kurang sama...
Gua anggap sudah tertulis tidak dijodohkan...

*First cut is da deepest*
Rasanyalah...

Aishah Jamal said...

Jodoh itu ditentukan oleh Illahi. Restu ibunda juga perlu mengiringi agar kehidupan diberkati. Calon isteri boleh dicari tapi ibu tiada galang ganti.

Mak Su said...

moga kejernihan akan mewarnai setiap ruang :)

AL-BIMA SAKTI said...

Bunga rampai;
salam,
sekental hati
berderai dalam sepi....
_________________________________

noorlara;
pertapaan mencari kesempurnaan
membereskan bermacam urusan...
_________________________________

naz ilyn;
salam,
biarlah berwajah manis
tanpa senyuman sinis....
_________________________________

chekde;
salam,
dari hati terpancar di mata
tanpa berpura,
dari wajah terserap di hati,
itu mulia....
_________________________________

nek cun;
yg frust itu.... hatiku... aduhai...
_________________________________

qasih;
salam ukhuwah,
aku terima dalam redhaaa...
_________________________________

nanirostam;
stuju dgn pendapat anda...
_________________________________

zalisa maz;
aduhai..,
segelora di hati sara,
gelora lagi di hati hero yg sengsara...
_________________________________

ku tak sempurna;
alahai,
ke manakah jodoh itu
bagi yg suci dlm debu?

ikan di laut,
asam di darat,
hanya hati terpaut,
kasih tak juga kudapat...

salam kenal. saya link blog anda...
________________________________

ryann;
itulah pasal,
wal hasil balik asal...
________________________________

tie;
tima kasih kerna memberi contoh dgn panjang lebar,
membuat hatiku berdebar-debar.

semoga semua hero2 di malaysia ni dijauhi drp isteri (pompuan) sedemikian lakunya... insya-Allah....
________________________________

danielle;
tq doc....
________________________________

s.yanaz;
senasib ler yer..? dugaannn...
________________________________

aishah jamal;
isteri boleh dicari dan berganti-ganti'
ibu mana boleh ditukar ganti... btul tu....
________________________________

mak su;
setelah ruang itu kelam,
kejernihannya cuma dalam suram...
_________________________________

tasikmerah said...

abis tu kamu kawen dgn siapa bang? he he.

sibuk je tanya.

.

AL-BIMA SAKTI said...

tasikmerah;
abang kawen dgn pompuan yg bukan namanya nur hidayah cher...
takde jodoh... cari le yg lain...