Sunday, December 21, 2008

DARI DALAM HATI - 2

PILIH YANG PATUT PADAN

Mereka yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan
dalam apa juga memilih pekerja dan kakitangan
seharusnya juga lebih berpengetahuan
dan harus juga tebal sifat keilmuan
buat kerja jangan pakai lepas tangan
nilai dan lihat apa juga yang patut padan
sebelum seseorang itu menjadi pilihan
jangan sekadar tebal sijil dan kelulusan
zahiriah seseorang itu perlu dipandang hingga ke dalaman
batiniah juga seharusnya menjadi nilaian.
***
Si penilai dan si pemilih perlu ada kemahiran
bukan sekadar bertanya dan bersoaljawaban
tapi juga kelebihan menilai dari segi kemanusiaan
bukannya pakai hentam sembarangan
berdasarkan sijil bergulungan dan bercakap kepetahan
barulah tak bermasalah di hari kemudian.
***
Jika yang patut padan jadi pilihan
kuranglah pelbagai jenis permasalahan
maka orang ramai tak sakit hati dan bosan
tak ada lagi keluhan sana sini yang tak berkesudahan
segala masalah tak banyak dengan kerenahan
tenang dan damai rakyat berurusan
setiap yang baik akan diberi pujian
jasa dan pengorbanan akan dikenang berterusan
negara pun aman berpanjangan.
***
Segala-galanya terletak pada orang atasan
kalau yang diatas baik dan bagus pemikiran
akan baik dan bagus jugalah segala urusan
kerana yang di bawah akan ikut arahan
amalkan kerja dengan keikhlasan dan kesopanan.
***
Kalau yang di atas berlintang pukang
yang di bawah pula akan bertunggang langgang
sebab ketua dipilih tersalah orang
namun setiap tahun gaji tak pernah pun kurang
setiap kenaikan tak pula terhalang
pangkat semakin tinggi tak pernah tumbang
walaupun tanggungjawab diberikan banyak yang sumbang
tapi orang-orang yang berkenaan tak pernah ambil pandang
yang tak bagus pun terus dapat anugerah cemerlang.
***
Kebanyakan yang kedapatan
walaupun kerja tak bagus tapi tak ada hukuman
walaupun sekali dua diberi amaran
yang lainnya lebih banyak dapat ganjaran
tapi kerenah buruk masih berterusan
hidup senang dengan gaji dan pelbagai elaun setiap bulan.
***
Maka orang ramai terus bermasalah
masalah dan kerenah tak sudah-sudah
maka setiap hari orang ramai menyumpah seranah
lama kelamaan yang kena sumpah terkena musibah
itulah pembalasan orang tak beramanah
akan terhukumlah dia dengan derita yang tak kebah-kebah
barulah tahu langit itu tinggi atau rendah
tapi sudah terhantuk baru nak terngadah
maka biarlah dia berterusan terngadah-ngadah-terngadah-ngadah
begitulah pembalasan daripada Allah.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
SEKEHLOGI
Manusia sepatutnya menggunakan akal dengan bijak dan betul dalam apa juga perkara. Seandainya bertindak di luar kewarasan, maka bersedialah untuk menanggung beban kesilapan yang berlaku itu.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

10 comments:

arsaili said...

salam..sangat setuju...

teddi said...

asalamualaikum
betul saya sangat setuju yang amat teramat

noorlara said...

Al,

Mengulangi kata-kata awak -
"kalau hati dah mati kalau tak serasi" siapapun kita tak peduli, buat keputusan ikut sedap sendiri,
kalau amanah sanggup dikhianati
patut padan bukan lagi ketegori
yang penting gua untung takkan rugi, huahuahuahaua adanyaaa

jom meratah kepiting dimasak lemak nanas bercili api di tepi sawah jam tengahari!

Mardihah said...

ini macam marah bonus kurang je..kikikikikikikikikikiki..

sama ar dihah...

tapi nak ucapkan, selamat bekerja ya!

kad0k. said...

bagus kata2 ko bro..aku setuju banget semua sekali..:)

sakurasa 2 said...

he he he setuju setuju

Sri Diah said...

Salam Maal Hijrah semoga tahun mendatang akan memberi kita lebih keberkatan dan kebahagiaan. InsyaAllah.

AL-BIMA SAKTI said...

arsaili;
salam,
trima kasih... pendedahan dari pengalaman...


teddi;
waalaikummussalam,
trima kasih...


noorlara;
wooiiuuh... saya dapat bayangkan betapa sedapnya makan kepiting masak lemak nanas bercili sambil dihembus angin sawah tengah hari walaupun saya bukan dari keluarga bersawah... he he he...


mardihah;
bonus? hi hi ha ha....


kadok;
trima kasih...


sakurasa 2;
ha ha ha ha....


sri diah;
sesamalah kita rangkumkan doa...

Bila Diary Bercerita said...

Salam,
Akhir tahun ni musim 'appraisal' maka banyaklah hati-hati yang terasa dengan karenah boss yang entah hapa-hapa hanya pandang pada yang 'selera'. Habis tu orang lain nak kata apa? Pandang saja? meski hati bengkak nanah berbisa...

Itulah dunia sekarang, yang berkepentingan dipandang ditatang. Nama lain dicampak sahaja di'longkang'.

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.