Tuesday, May 20, 2008

"MELAYU OH MELAYU..!"

Melayu bila dah terhantuk
Barulah Melayu nak terngadah
Melayu selagi tak terhantuk
Selagi itu assyik nak berbalah.

Melayu berebut nak memerintah
Melayu berebut nak mengarah
Melayu berebut nak naik ke atas
Melayu berebut pintas memintas
Melayu asyik dengki mendengki
Melayu asyik lobi melobi
Melayu berebut nak kuasa
Melayu berebut nak kaya
Melayu berlumba pijak kepala Melayu
Melayu berlumba tikam belakang Melayu
Melayu berlumba nak bunuh Melayu
Melayu teruja nak jahanamkan melayu
Melayu teruja nak padamkan Melayu;

Melayu tak pernah sedar diri
Melayu tak pernah cermin diri
Melayu dari hari ke hari
Melayu semakin nak mati.

Melayu sebenaranya dah tak ada kuasa
Melayu sebenarnya dah nak hilang pusaka
Melayu sesungguhnaya kurang apandai
Melayu sesungguhnya menang sorak kampung tergadai.

Dah 50 tahun merdeka
Melayu gah diri tak tau ke hala
Sebenarnya susah nak cari Melayu yang benar-benar berilmu
Belajar tinggi-tinggi tapi otak masih jugak lagu tu.

Konon ada yang nak tunjuk bijak
Pandai tak seberapa tapi terlebih lagak
Sebab ilmu tak berapa ada kat dada
Masa masuk universiti asyik baca buku nak lulus periksa
Setahun hanya baca sebuah buku saja
Macam mana ilmu nak tertimba.

Masa belajar PTPTN disediakan
Harap duit keluarga tak cukup sakan
Walaupun PTPTN duit pinjaman
Tapi tak pernah bersyukur kepada Tuhan
Tak reti nak kenang budi yang memberi
Apatah lagi kenang jasa seikhlas hati
Susu yang diberi tuba pula yang dibalas
Kononnya di hati baru terasa puas.

Apa yang orang buat semua tak kena
Konon rasa diri nak bijak belaka
Bakal dapat ijazah berjela-jela
Mula rasa nak besar kepala.

Konon dah terlebih nak tunjuk pandai
Mujur negara tak tergadai
Begitulah malang nasib si Luncai
Hantuk kat dinding biar otak berkecai
Sebab ada otak pun tak boleh pakai..!

Segala janji manis usah mudah nak telan
Fikir dulu dengan akal kewarasan
Berfikir sebelum bertindak
Itulah dinamakan orang yang bijak.

Jangan bertindak sesuka hati
Silap-silap diri sendiri yang akan rugi
Menyesal pun dah tak bererti
Termenung hari-hari menggigit jari.

Cakap orang jangan mudah ikut
Tak guna jadi pak turut
Kalau tak luka buat apa nak dibalut
Kalau lenguh barulah berurut.

Ada otak fikirlah sendiri
Tak cukup ilmu kena cari lagi
Tak semestinya masuk universiti tiga empat kali
Ilmu ada di mana-mana tak semestinya kena beli.

Otak yang ada kenalah pakai
Jangan mudah nak tergadai
Usah berterusan diri terlalai
Susah-susah sangat duduk surau jadi Tok Lobai..!

2 comments:

Angah said...

Sangat setuju.... menang sorak kampung tergadai...

Kaktiny said...

teramatlah setujunya dengan setiap bait dan kata..

p/s : masih melayu dan adakalanya malu dgn sikap melayu tapi masih juga melayu