Saturday, May 17, 2008

MACAM MANA NASIB MELAYU KINI DAN SELAMANYA..?

Nasib Melayu...?

Huh dah tak menentu. Silap-silap akan menjadi nasib batu, yang akan tenggelam dan terus lenyap selamanya selamanya.

Kenapa jadi begitu...? Sebab Melayu sendiri yang sentiasa 'bunuh' Melayu. Seorang Melayu yang 'naik', seribu Melayu lain yang akan menjatuhkannya. Yang akan berlumba-lumba 'membunuhnya'.Lalu akan naiklah pula Melayu yang tak berjiwa Melayu. Melayu yang hanya pada nama. Melayu yang hanya pada kulit. Melayu yang mudah dipergunakan oleh bukan Melayu. Maka akan hilanglah ketuanan Melayu di tanah airnya sendiri.

Melayu dalam keadaan sekarang pun hidup segan mati tak mau. Nak buat apa-apa pun susah, macam dah jadi penumpang di negara orang pula. Melayu nak pinjam wang nak berniaga, macam-macam alasan dan jaminan yang dimahukan pihak-pihak tertentu. Itu baru nak pinjam RM1000 atau RM2000. Belum dua juta lagi. Kalau boleh semua yang ada, termasuk yang dalam kain pun nak dijadikan jaminan.

Sebab apa? Sebab Orang Melayu yang diberikan tanggungjawab itu tak berjiwa Melayu. Masih berjiwa asing. Kalau bangsa asing, bukan main mudah lagi dapat pinjam. Itu masih ramai orang Melayu yang berkuasa di agensi-agensi tertentu. Itupun dah susah Melayu nak bangkit. Belum lagi bukan Melayu yang berkuasa. Silap-silap Melayu berundur masuk dalam gua, hidup macam zaman batu.

Sedarlah MELAYUku. Sedarlah asal-usul kamu. Kalau Melayu tak tolong Melayu, jangan harap orang lain nak tolong Melayu.

Ingat, orang lain baik dengan Melayu sebab ada kepentingan. Kalau tak ada kepentingan, jangan kata muka Melayu, bontot Melayu pun tak ada orang nak tengok. Kesian Melayuku...!

Sesungguhnya dah lama Melayu tak ada harga. Tak ada nilai pada pandangan orang lain, termasuklah 'orang-orang yang berdarah Melayu + bukan Melayu. Liohatlah di sekitarmu sejak dulu hingga kini wahai Melayu: Anak-anak dara yang berdarah campuran Melayu dan bukan Melayu pun tak berminat nak berlakikan lelaki Melayu. Kecualilah kalau Melayu itu hartawan atau jutawan. Kalau tak, jangan kata sebelah mata, kalau anak dara darah campuran yang bermata buta pun tak nak pandang lelaki Melayu.

Begitulah sebenarnya nasib Melayu. Nasib yang akan terus Me'layu' dan terus melayu di tanah airnya sendiri, sekiranya tiada kesedaran oarang Melayu sendiri.

Moral:

Maaf, ini bukan Melayu bercakap soal perkauman. Jangan salah faham pulak. Ini Melayu cakap tentang nasib dan perangai orang Melayu. Kerana terlalu ramai Melayu yang tak sedar diri dan tak tengok cermin mukanya sendiri secara realiti. Aduhai Melayuku...!

1 comment:

Sri Diah said...

Salam Al Bima Sakti;
Moral penting daripada entri saudara ini ialah - bayangkan saja sekumpulan ketam di dalam bakul. Masing-masing saling hendak naik, tapi tak sedar... rupanya saling menjatuhkan yang lain. Semoga terus tabah menempuh hidup yang semakin tua ini. Terima kasih kerana ke blog saya.